Saturday, June 23, 2012

Lesson of G!fT

Bismillah Alhamdulillah

"Akak, kek coklat tu sedaplah... coklat cair tu.. buat sendiri ea?"

"takpa lah tu..." Akak mengelak.. sa tau akak taknak ngaku...

"Kek coklat tu maniskan? sebenarnya takda apa-apa pun kat kek tu"

Akak menyambung lagi "ada tersirat sebenarnya atas pemberian akak tu"

Jom berimaginasi sekejap.. ^^ ready?? tenangkan fikiran.. zikir sikit... selawat sikit.. ready?? baik..

Bayangkan dihari jadi kita, kita terima banyak hadiah dan "wishes" daripada sahabat-sahabat kita, saudara-mara kita, keluarga tercinta kita.. dalam banyak-banyak hadiah tu, ada satu bungkusan indah. Buka saja bungkusan tu.. dalamnya ada sepotong kek coklat kegemaran kita dan senaskah kecil mathurat.

Kita rasa excited sangat dapat hadiah tu, tapi jujur pada diri kita... kita akan sentuh dan santap yang mana dulu? benar jika ana katakan kita pasti merasa kek coklat kegemaran kita tu terlebih dahulu bukan??

Astaghfirullah...astaghfirullah.... astaghfirullah...

Betapa kita mengutamakan dahulu santapan fizikal kita tanpa melihat pada santapan rohani. Ana nak menarik perhatian pembaca yang ana kasihi kerana Allah, analogi mudah itu sebenarnya terkandung maksud tersuratnya..

Dunia itu sesuatu yang manis, sehingga ramai yang hanyut didalamnya.. bermula daripada kaum-kaum terdahulu hingga kini. Sama umpamanya kek yang manis itu. Ianya hanya sementara, habis makan dah takda lagi. Begitu juga dunia yang sementara itu.

Lain halnya Mathurat yang diperoleh, kita baca... kita dapat pahala, dan sudah selesai diguna ianya tidak akan habis bahkan boleh disimpan untuk kegunaan hingga ke hari tua. Sedangkan naskah mathurat itu kecil saja.. RM2.70 saja. Sangat murah.. tapi nilainya??? SUBHANALLAH....

Allah berfirman

"..Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat (mengingkari) nikmat Allah" [ Surah Ibrahim : 34 ]

"owh.. camtu rupanya.. syukran kak"

"Afwan dik, moga manfaatkan sebaiknya, jika kamu menggunakan mathurat itu, insyaAllah pahalanya akak dapat juga"

"sekurangnya ada aset akhirat akak skit" tambah akak lagi

Alhamdulillah, begitu halus cara senior dan orang yang lebih berpengalaman menegur. InsyaAllah pesanan itu akan lekat dan diturunkan ke generasi mata rantai perjuangan seterusnya.. Kepada Akak mantan yang kami kasihi kerana Allah.. syukran kathir... dari kami SMIAS 2012

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...