Saturday, January 23, 2010

Bagaimanakah Mengukur Iman Kita~

SEORANG murid telah bertanya kepada gurunya, “Bagaimanakah untuk mengetahui samada diri seorang itu mempunyai iman atau tidak?

Guru tersebut menjawab, “Rumah manakah yang menjadi tumpuan perompak dan pencuri?”

Murid menjawab, “Rumah yang mempunyai harta.”

Guru menjelaskan, “Begitu juga dengan diri seorang. Jika diri seorang itu sering di datangi was-was ataupun godaan syaitan, ia menunjukkan diri itu mempunyai iman.”

Iman adalah suatu yang abstrak (sesuatu yang tidak boleh dilihat). Di antara kaedah untuk mengukurnya adalah dengan memeriksa keadaan diri kita apabila berhadapan dengan beberapa keadaan.

1. Bagaimana perasaan kita apabila terdetik melakukan kemaksiatan?
Orang yang melakukan kemaksiatan dikira oleh Nabi s.a.w. sebagai tidak beriman sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

“Tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak beriman seorang penzina ketika dia berzina...” dan seterusnya. Ini menunjukkan bahawa apabila perasaan seorang tidak cemas, takut dan malu ketika hendak atau sedang melakukan kemaksiatan, imannya tidak berfungsi.

2. Bagaimana perasaan kita apabila melihat kemungkaran?
Rasulullah s.a.w. menyifatkan iman seorang yang tidak redha apabila melihat kemungkaran sebagai selemah-lemah iman. Dan tiada iman selepas itu bagi orang yang redha dengan kemungkaran. Seorang yang beriman apabila melihat kemungkaran perasaannya menjadi ‘sensitif’ kerana ia bertentangan dengan kepercayaannya. Bagaimanakah keadaan orang yang seronok dengan perbuatan mungkar?

3. Bagaimana perasaan kita apabila meninggalkan ketaatan?
Bagaimanakah perasaan kita apabila waktu solat hampir habis sedangkan kita belum menunaikan solat berkenaan? Tentu saja cemas atau gelisah. Dan apabila selesai solat, jiwa atau hati menjadi tenang. Jika sebaliknya, maka perlulah kita memeriksa iman kita. Allah menyifatkan salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka yang mendirikan solat di permulaan surah al-Baqarah. Ini berarti mereka yang tidak mendirikan solat, bukanlah daripada golongan yang memiliki iman..

Sebagaimana pepatah yang mengatakan ‘tepuk dada Tanya iman’, begitulah yang perlu kita lakukan setiap kali menghadapi apa saja situasi di dalam kehidupan kita. Alat hawa dingin yang kekurangan gas atau kereta yang kekurangan petrol, tentu saja tidak dapat berfungsi dengan baik. Sudahkah kita berfungsi dengan baik sebagai seorang yang beriman? Tepuk dada, periksa iman...

Friday, January 15, 2010

Bubur Asyura~

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

· Hari pertama Allah menciptakan alam.

· Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

· Hari pertama Allah menurunkan hujan.

· Allah menjadikan 'Arasy.

· Allah menjadikan Luh Mahfuz.

· Allah menjadikan Malaikat Jibril.

· Nabi Adam a.s. dicipta.

· Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

· Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

· Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

· Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

· Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

· Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

· Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

· Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

· Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

· Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

· Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

· Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

· Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

· Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

· Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura)


Rakan Masjid Bukit Kachi:

Masa : 8 Januari 2010 bersamaan 22 Muharam 1431 Hijrah
Tempat : Perkarangan Masjid Bukit Kachi
Aktiviti : Gotong royong memasak Bubur Asyura
Kerjasama : Para pelajar, staf UPSB, mantan-mantan RM,Ustaz-ustaz serta keluarga
Kuantiti : 2 kawah



Wanita Cantik yang Suka Menangis~

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?'

'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'


Allah berfirman:


'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '


'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '


'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'


'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya'


'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya


'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'


'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'





Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'


'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya..' tempat dimana cinta itu ada.'

Saturday, January 2, 2010

TAZKIRAH: 90 Nama Al-Quran


Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah:
  • AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2)

  • AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1)

  • AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9)

  • AL-MUBIN, AL-KARIM,AL- KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.

(Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...