Wednesday, April 18, 2012

Implementasi Ihsan


“Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.”

Sungguh, hal ini berkait rapat dengan apa yang mahu ana bawa ikhwah dan akhawat sekalian rasa, sedar dan faham. Ana nak ajak antum sekalian untuk lihat pengertian ihsan dalam kehidupan kita. Fungsi dan peranannya. Ya, bukan sekadar kefahaman, tapi dengan kesedaran. Yang penting ialah implementasi.

Ihsan hakikatnya ialah merasai kehadiran Allah dalam seluruh kehidupan kita. Inilah yang dipanggil syuur maiyyatullah. Satu analogi mudah yang diberikan oleh seorang murabbi, “ masa ana kecil dahulu, ana suka pekena orang, ana minta kawan ana cerita pada ana cerita semalam yang tayang kat tv. Dia naik basikal dan ana belakang dia, tapi bila dia mula mengayuh, ana tinggalkan dia, jadi diapun cerita seorang tanpa sedar yang ana sebenarnya dah tiada belakang dia “

Lalu dia menyambung “ kenapa dia cerita seorang diri?”

“ Sebab dia YAKIN ana ada belakang dia”

Ikhwah dan akhahwat, nampak? Sungguh, begitulah kita sepatutnya dengan Allah. Hubungan kita dengan Allah bukan hubungan fizikal, tapi hubungan intelektual, emosi dan hati.

Kita tahu Allah ada, itu hubungan intelektual. Tapi ini tidak cukup lagi.

Kita SEDAR dan RASA Allah ada, itu hubungan HATI.

Syu’ur maiyyatullah, ialah merasai kehadiran Allah dalam kehidupan. Hubungan hati ialah RASA dengan KESEDARAN. Disitulah berputiknya CINTA, HARAP dan TAKUT pada Allah.

Inilah hakikat IMAN

Iman yang berfungsi seperti kata Abu A’la Al-Maududi ialah iman yang mendorong untuk kita taat pada Allah. Iman yang bergerak ialah iman yang memandu seluruh hidup ini kearah Ubudiah pada Allah.

Sungguh, ia tidak ubah seperti akar yang menunjangi pokok. Dan buah-buah pokok itu ialah apa yang kita katakan sebagai syakhsiah Islamiah(keperibadian seorang muslim). Dan ini perlu kepada proses! Islam yang realiti perlu proses. Dan tidak lain tidak bukan ialah proses hati.

Kefahaman bukan difikiran, tapi ialah tindakan.

As-Syuur maiyyatullah, merasai kehadiran Allah, itulah ihsan. Dan disitu, kita SEDAR dan RASA bahawa kita ialah hamba setiap masa, dimana sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun.

Dan kita RASA dan SEDAR Allah itu ialah Ilah dan Rabb setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun dan dimana sahaja. Ya, kita hakikatnya tidak cuti walau satu detik dari menjadi hamba. Dan sungguh, ihsan bawa kita kepada satu hakikat bahawa menyembah Allah itu sepatutnya berlaku pada setiap tingkah laku, tindak tanduk, perilaku kita dan setiap susut kehidupan kita.

Inilah Islam yang menyeluruh.

Sebab....

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri mereka pada-Ku “ Surah Ad-Zariat, ayat 56

Hanya untuk pengabdian, seluruh hidup ini. As-Syahid Syed Qutb menafsirkan ayat ini dengan mengatakan jika kita tidak merealisasikan tujuan hidup kita, iaitu ubudiah, maka kita tiada fungsi dalam hidup ini.

Ya, tiada fungsi....

Inilah hidup kita....bagi hati-hati yang menyedari

Moga Allah redha....



sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...