Sunday, November 20, 2011

Ad-Deen yang hilang


Bismillah Alhamdulillah

mari sejenak... kita mencari kekuatan dan hayati sajak ini



Ad-deen yang hilang


aku melihat Islam hari ini

orang-orang Islam ibarat di genggam

belenggu orang-orang kafir

akhirat mereka luput

dunia pun tercicir

budaya jahil tidak diambil peduli

melampau-lampau dalam hiburan

khayalan keterlaluan

luas..

luas membanjir

teruk...

tak tertaksir orang-orang yang karam


Barus... Singkel... Pasai...

Ranir... Cordoba..

Baghdad.. Andalus

hilang,

hilang ditelan zaman


Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan

yang mahir di hafal.

mampukah kita nak jawab

didepan munkar dan nangkir nanti?


Sesetengah-setengah orang kata

sejarah ini ibarat pentas bermain wayang.

cerita-cerita lampau dihurai

dipanjang-panjangkan.

bila tamat, diulang..

dan diulang... ulang kembali

itulah sejarah


Kalau begitu..

takkanlah mustahil

untuk giliran Islam pula yang mendatang

tamadun kita yang lama dulu

yang Indah gemilang

hidup semula

kembali segar bugar

terbentang

didunia yang luas.


- Syed Naquib Al-Attas -


Linangan mutiara jernih.. menitis dikala mendalami sajak syed Naquib..

mari mentadabbur diri pada surah ini


"...Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-nya. Sungguh, Allah Mahakuat dan Mahaperkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang munkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan." surah Al-Hajj 40-41


Islam itu akan bangkit suatu hari nanti. Oleh itu.. kita sekarang ini harus mengambil peluang untuk menyediakan landasan dan tapak bagi menggapai impian yang telah dijanjikan itu. Allah mewariskan bumi ini pada hamba-hambanya yang soleh. Dia mahaperkasa.. tiada yang lain

~nature mujahid

Tuesday, November 1, 2011

REMAJA & DUNIA PERCINTAAN


Kenapa ni, moyok aje ni, sakit ke?” Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

“Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku”, Ain menangis teresak-esak.

“Kenapa?” Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esaknya.

“Kami...kami....da putus”, raung Ain.

Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada’ menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif.

Sewaktu malaikat Jibril bertanya kepada baginda s.a.w apakah baginda s.a.w ingin Allah Taa’la menurunkan bala kepada penduduk Taif. Baginda s.a.w menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda s.a.w mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang amat dalam kepada Rasulullah s.a.w hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan.

Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah.

Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang.

Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu”.

(Surah al-Maidah:3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan nafsu semata-mata.

Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian.

“Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya, tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.”

“Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu?”

“Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.”

CINTA ITU KEKUATAN

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-

I asked....



Bismillah Alhamdulillah...



I asked

I asked for Strength
and Allah gave me difficulties to make me strong

I asked for Wisdom
and Allah gave me problem to solve

I asked for Courage
and Allah gave me obstacles to overcome

I asked for Friendship
and Allah gave me people to approach on

I asked for Love
and Allah gave me trouble people to help

I asked for Favors
and Allah gave me an opportunities

I asked for Blessing
and Allah gave me menah and enemies

look weird,
but you must have faith..

Maybe I received nothing that I wanted
but I received everything I needed.


by : nature mujahid

seminar Islam Nusantara peringkat ASEAN 2011 : Pemikiran dan Cabaran masa kini [bahagian 2]


Bismillah Alhamdulillah...

Seminar Islam Nusantara ini diadakan di hotel De Baron yang terletak 2km daripada jeti pelabuhan Langkawi. Seramai 28 pembentang kertas kerja dijangka akan menghadiri seminar Nusantara ini.


Seminar 3 hari 2 malam ini berlansung dengan ucaptama oleh yang berusaha Prof.Zakaria bin Stapa, pensyarah tertinggi fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam ucaptama itu, beliau menyimpulkan akan tujuan pembentangan kertas kerja itu sendiri disamping apa yang akan dicapai setelah seminar ini berakhir kelak.


[ kedatangan Prof.Zakaria (berkot Hitam) disambut oleh TNC UUM
Dr.Faiz dan diikuti oleh barisan pimpinan Pusat Islam UUM ]


Penasihat Sahabat masjid Kachi, Ustaz Aus Korni bin Yahya antara ahli jawatankuasa yang terlibat mengendalikan protokol majlis. Ustaz memberi peluang kepada exco Sahabat Masjid sendiri untuk menjadi pengerusi majlis. Alhamdulillah, ilmu ditimba dimanfaatkan sebaiknya.


Aktiviti peserta sepanjang Seminar berlansung



[Saudara Akmal, exco Dakwah & tarbiah SM sedang mendengar
pembentangan kertas kerja oleh beberapa orang panel]


[tidak dilupakan juga para Exco dan MT muslimat SM.]


[pembentangan kertas kerja oleh Dr.Alias, pensyarah Undang-undang
"pemikiran kritis dan
kaitannya dengan tajdid pemikiran di Malaysia]



[pembentangan kertas kerja oleh Prof Madya. Haji Hairuddin bin Haji Megat Latif,
pensyarah undang-undang, "kedudukan dan martabat Islam dalam
perlembagaan Malaysia]



[Pembentang kertas kerja En.Solahuddin bin Ismail, pensyarah COLGIS
"dari pondok kayu ke sekolah batu : suatu transformasi ke arah
memantapkan sistem pengajian Islam di Kedah]


Sebanyak 30 pembentangan kertas kerja yang berlansung selama 3 hari ini, antara tajuk kertas kerja itu disertakan dibawah:

  • Kerjaya dalam industri perhotelan : dilema dan cabaran pelajar muslim (Dr. Basri bin Rashid, UUM)
  • Industri judi dan undang-undang di Malaysia : Manifestasi kebebasan beragama atau kebebasan dari agama (Dr.Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, USIM)
  • Fiqh sains rumah tangga di kalangan wanita bekerjaya masa kini (Ustzh. Naemah bt Hamzah, UTM)
  • Tarian SEUDATI : dimensi edukasi dalam seni budaya Acheh (Iskandar bin Ibrahim, Acheh)
  • Haji Harun dan pembaharuannya dalam pendidikan Islam di selatan Thailand (Dr. Abdulrasyid Abdullah Hameeyae, Princess 0f Naradhiwas University)

Senarai diatas antara sedikit daripada semua pembentangan kertas kerja yang diadakan.



[Barisan panel pembentang beserta moderatornya.]



[keberangkatan keluar..]


[Barisan pelajar yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan
di seminar ini]


Seminar Islam Nusantara : bahagian 2
tarikh berlansung : 25-27 Oktober 2011
di edit : 1/11/2011

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...