Wednesday, April 2, 2014

Daei' dan Surah As-Saff




Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdullilah wa syukurillah masih lagi dengan izin Allah masih diberi kesempatan untuk menulis disini..  Moga setiap coretan di sini mampu menyentuh hati dan iman.. Peringatan ini adalaah peringatan bersama.. Kali ini suka untuk berkongsi 2 ayat yang amat mendalam maksudnya dari Surah As-Saff... 


Ayat ini ialah ayat 2-3 dari Surah As-Saff. 

Ayat ini bila dibaca terjemahannya bagaikan Allah sedang datangkan satu peringatan kursus buat yang bergelar daei'.. 

Siapa daei'?
Daei' ialah penyeru @ pengajak @ penyampai... Daei' atau pendakwah ini tidak terikat pada ustaz atau ustazah, si serban atau si berpurdah, si kopiah atau si bertudung labuh tapi tugas dakwah ini tugas semua.. Harus difahami bahawa daei' itu adalah semua orang yang telah melafazkan kalimah syahadah ""Asyhadu an lailaha illallahu wa asyha du anna Muhammadar Rasulullah" iaitu Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad utusan Allah... Ini bermakna kamu, kamu dan kamu berhak menyebarkan dakwah ini...


Berbalik pada ayat 2 hingga 3 dari Surah As-Saff ini teramatlah menyentapkan.. Surah As-Saff sebenarnya bila dibaca akan terjemahannya tersangat membawa kepada tersentuhnya hati dan menjentik iman terutamanya buat mereka yang bergelar seorang daei'. 

contoh situasi yang dapat saya kongsikan melalui gambar ini :




Yeaa... memang mudah dan teramatlah senang untuk kita mengeluarkan perkataan.. Apa sahaja mampu kita katakan dan lafazkan tapi sayang sekali kita sukar untuk melakukan apa yang kita katakan.. Contoh dalam situasi bergambar 1 ini.. Kita mengajak orang untuk menjaga ikhtilat tapi sejauhmana ikhtilat kita sendiri ? Jangan pula kita jadi seperti peribahasa melayu, "kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih". Gambar kedua pula, ikhtilat hanya terjaga di alam real tapi tidak dialam maya sedangkan ikhtilat itu harus ada dimana-mana bila berhubung antara lelaki dan perempuan.. Seolah-olah diluar ada yang memerhati tapi tidak di alam maya kerana mungkin tiada siapapun yang akan perhatikan jadi bebas untuk lakukan apa sahaja.. 

Wahai ikhwan wa akhawat,

Ketahuilah bahawa tanggungjawab dakwah ini tersangatlah besar.. Surah As-Saff umpama menyatakan bahawa orang yang berdakwah mesti melakukan apa yang didakwahkannya. Tidak melakukan apa yang dikatakan akan mengundang kebencian dan kemurkaan Allah S.W.T..  Medium dakwah sekarang makin meluas berbagai-bagai ilmu dapat disampaikan pada mad'u contohnya melalui saluran blog, facebook, twitter dan segala bagai yang ada. Jadi, menulislah apa pun andai ia bermanfaat untuk orang lain itu adalah dakwah tapi harus ingat, "tulis serupa bikin" yea..

Tetapi jangan pula menganggap bila tengok ayat ini , taknak dah kata apa-apa nak senyap jea.. Tidak boleh begitu kerana usaha dakwah ini adalah kerja kita.. Berusaha sedaya yang termampu untuk dakwah selebihnya serahkan sahaja kepada Allah.. Dakwah itu tidak memandang siapa yang menyampaikan tetapi apa yang kita sampaikan.



Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan “aku lebih tahu” tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
     Akhir kata, moga kita dapat mencontohi para nabi dan sahabat yang bersusah payah berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam. Semoga yang menulis (saya)  lebih mempraktikkan penulisannya (ini) , begitu juga dengan pembaca... InsyaAllah.. 


Mari bersama berusaha menjadi PENYOKONG Allah! InsyaAllah.. Moga Allah redha akan usaha kita.. InsyaAllah.. Allahuma ameen.. 

Wallahu'alam.. 



Tuesday, March 4, 2014

Coretan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) & Watikah Perlantikkan SMIAS..



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdullilah, wa syukurillah dengan izin dari Allah mampu untuk terus menaip meskipun orang yang menaip silih berganti untuk saban tahun.. InsyaAllah kami selaku Exco Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia yang baru akan meneruskan perjuangan menjadikan pena ini jua salah satu daripada medan dakwah.. InsyaAllah..

Enti kali ini adalah berkaitan "Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)" dan "Majlis Perlantikkan Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2015. Kursus ini telah diadakan pada 27/2/2014-28/2/2014 bertempat di Wang Tepus, Jitra. Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada saff kepimpinan tentang pengurusan organisasi, pelaksanaan gerak kerja, dan juga untuk mengeratkan ukhuwah di antara kepimpinan yang lama dengan yang baru dilantik..

*pemandangan di hadapan tempat penginapan*


Slot pertama kami bermula selepas solat isyak dengan ceramah oleh  Ustaz Yusri Affendi dengan tajuk "Ilmu Dakwah"..


Slot kedua pula diteruskan dengan ucapan mandat dari mantan-mantan..



Pada keesokkan pagi Jumaat diadakan pula slot bersama Ustaz Aus Korni, Penasihat SMIAS bertajuk  "Bahagian Pengurusan Masjid" untuk menerangkan fungsi pusat Islam dan Majid As-Shafie juga gerak kerja aktiviti pada tahun ini..


Slot diteruskan oleh perkongsian dari mantan Baizura dengan tajuk "Ikhtilat"


Selepas itu diteruskan pula dengan slot yang disampaikan oleh mantan Taufiq yang bertajuk "Ukhuwah"..



Selepas solat Jumaat kursus ini diteruskan lagi dengan slot atau aktiviti yang dikendalikan oleh mantan Sakinah Haris..




Slot terakhir kami pada kursus ini adalah "Majlis Perlantikkan Watikah Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2105... Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua... InsyaAllah dibawah ini senarai nama kepimpinan yang terbaru.. 

MAJLIS TERTINGGI:

Presiden: Ahmad Amirul Bin Awang

Timbalan Presiden 1: Syazwan Bin Hisham

Timbalan Presiden 2: Wan Khadijah Binti Mohamed Zain

Setiausaha Agung: Sarah Syahira Binti Othman

Setiausaha 1: Mohd Samimi Bin Majid

Setiausaha 2: Siti Noraim Binti Abdul Ghani

Bendahari: Syakirah Binti Zulkafali

Penolong Bendahari: Nurain Binti A.Rahman


SENARAI EXCO:

Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah: Muhammad Faiz Bin Makhtar, Nur Afiqah Binti Muhamad Rozi

Lajnah Smart Group dan Dakwah Strategi: Muhammad Yusof Bin Mat Jasin, Aiman Ain Binti Azahar

Lajnah Informasi dan Akademik: Muhamad Ilham Bin Pok Muda, Nur Halinee Ummi Amira Binti Abdul Halim

Lajnah Keusahawanan dan Korporat: Mohammad Fakhrul Adib Bin Othman, Sabilah Binti Sazulkafli

Lajnah Hubungan Luar dan Komunikasi: Nurzaki Fadhli Bin Ridzuan, Saedah Binti Taib

Lajnah Sayangi Siswa: Mohamad Fadhli Syakirin Bin Mohd Jamaluddin, Raja Nur Fatihah Binti Raja Ibrahim

Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia: Muhammad Firdaus Bin Saldi, Siti Rohana binti Mohd Ali

*Barisan saff kepimpinan baru sesi 2014-2015 bergambar bersama penasihat Smias, Ustaz Aus Korni*

Salam tahniah dan takziah buat semua yang telah dilantik..


Amanat dah disampaikan..
Amanah dah diberikan..
Sekarang masa untuk jalankan gerak kerja dakwah..

Dipilih untuk bersama-sama dalam gerabak dakwah bukanlah satu kebanggaan sedangkan di sisinya terpikul amanah yang berat yang akan dipersoalkan kelak andai tidak dapat jalankan dengan baik... Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran
 dan kasih sayang pada semua yang terlibat dalam organisasi ini kerana jalan dakwah itu tidak pernah direntangi dengan karpet merah tapi penuh dengan duri-duri yang menanti sebagai ujian..
Teringat ayat cinta-Nya :


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
( Surah Ali-Imran ayat 104)

Ingin diingatkan kembali ketika slot "Ilmu Dakwah" ustaz sempat berpesan :


 "Jangan pernah merasa diri kamu tidak layak untuk berada dalam kerja dakwah kerana kamu adalah insan yang layak yang dah dipilih oleh Allah untuk berada di tempat ini untuk mengantikan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nabi-nabi... Kamu insan yang terpilih, hargailah "



Namun harus ingat, tugas pendakwah adalah menyeru, bukan menghukum dan jangan sekali ingat bahawa hasil dakwah kita itu akan diperolehi dalam masa sehari kerana mungkin kesan dakwah itu terkesan pada sepuluh tahun akan datang .. Siapa tahu kan.. Kerana apa ?Kerana pendakwah itu penyeru bukan pemberi hidayah.. Hidayah itu milik Allah bukan milik manusia.. Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah.


Selamat mengerakkan gerak kerja Islam dengan penuh hamasah dalam diri.. InsyaAllah ,, Allah sedang nilai setiap apa yang sedang kita kerjakan dijalan-NYA.. 












Wednesday, January 22, 2014

VARIASI DAKWAH

BISMILLAH.ASSALAMUALAIKUM.

Kaifa Haluka?
ape khabar saudara seagama dan saudara saperjuanganku.
 maaf jika sudah lama tidak update blog
namun hari ini alhamdulillah sempat untuk diriku 'bercinta' dengan blog ni.
jadi hari ni cuma ingin mengimbau kembali kenangan SMIAS untuk satu sem ini.
Variasi dakwah merupakan satu medium untuk kita bersama-sama memperkenalkan islam kepada umum.
hmmm....dibawah ni ana bawakan beberapa program yang dijalankan olaeh SMIAS UUM.
hello junior welcome senior

imam bilal


bahaya syiah


















 di atas merupakan beberapa program yang dijalankan oleh SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE..
 dalam mengejar redha ilahi terapkan dalam diri kesepakatan dan ukhwah yang berkekalan
kelak hidup bahagia.dunia digapai akhirat kelak mendapat rahmat.
coretan dari hamba ALLAH yang serba kekurangan ^_^
Sekian....wassalam..

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...