Saturday, August 17, 2013

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatul,
alhamdulillah walaupun ramadhan telah berlalu namun ALLAH ingin menambahkan lagi pahala puasa kita dengan menjalankan ibadat puasa enam hari di bulan  syawal.dalam gembira kita menyambut raya jangan dilupa ganjaran yang akan diperolehi bagi yang melaksanakan puasa enam hari ini.
Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

puasa yang dilaksanakan di bulan ramadhan setelah disambung dengan puasa enam ibarat puasa setahun penuh kerana pahala bagi satu kali puasa dAAiberi ganjaran oleh ALLAH sebanyak 10 kali.
bertapa beruntungnya bagi sesiapa yang mengerjakannya
ayuh saudara semuslimku sekalian kita 'upgrade' pahala kita dalam mengejar cinta Allah yang kekal abadi..



Thursday, August 1, 2013

KEMBARA ALAM DAN EKSPLORASI MINDA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN
syukur kepada ALLAH AZZA WAJALLA kerana jaulah kami pada kali ini berjalan lancar dan sempurna...alhamdulillah..
jaulah kami kali ini bertempat di terengganu darul iman.program ini berjalan selama tiga hari dua malam
dalam jaulah kami kali ini memang menemui kelainan dan pelbagai informasi berguna yang diperolehi..
    
antara tempat yang kunjungi adalah air terjun lata tembakah di jertih terengganu. di situ kami menjalankan aktiviti perkhemahan dan mendaki .
alhamdulillah Ya Allah syukur padamu atas segala yang Engkau berikan kepada kami..
Selain itu,pada hari kedua kami berkunjung ke rumah anak yatim di marang, makan angin di pantai chendering dan pada malam pula aktiviti bersama UMT...
dan pada hari terakhirnya,kami berkunjung ke masjid ladang  dan pasar payang...

ilmu diperolehi apabila melalui banyak pengalaman dan pengetahuan..hijrah membawa satu perubahan dalam hidup.hijrah rasulullah membawa sinar islam menjadi gah..hijrah tanpa perjuangan tidak akan membawa apa-apa makna...wassalam..

Wednesday, July 10, 2013

PROGRAM MALAM LANTUNAN MAHABBAH



Pada 22 april yang lalu sahabat masjid Iman As-Syafie telah mengadakan program MALAM LANTUNAN MAHABBAH
program ini diadakan bagi tujuan memperingati junjungan besar nabi muhammad s.a.w.antara pengisian program tersebut adalah seperti:
  •  iftar jamaie 
  •   kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeikh Tayyib Al-MakkI
  • ceramah tausiah mahabbah yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa KaMaL Bin Hamzah
  •  alunan qasidah

sememangnya alunan tersebut penuh kesyahduan dan intonasi yang cukup memukau. Kepelbagaian lagu yang disampaikan menambahkan lagi keasyikkan dan menunjukkan betapa mendalam rasa cinta kepada Baginda S.A.W



kami rindu padamu Ya Rasulullah.Cinta kepadamu tiada bandingan.syafaatmu di akhirat berguna kepada kami.Dalam mengejar redha Allah perbanyakkan sunnah nabi.rahmat dan syafaat peroleh bersama..Ashiteru Wahai Kekasih Allah.

Tuesday, June 11, 2013

BARISAN KEPIMPINAN SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN BULAN KEDUA PENUH KEBERKATAN SELEPAS REJAB

Begitu juga dengan bulan rejab dalam bulan syaaban juga banyak kelebihan yang boleh disyafaatkan.
Allah berfirman:" Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) "       (Al-Taubah ayat 36 ).

 Antara kelebihan bulan syaaban yang banyak diperkatakan adalah seperti:

1.sabda nabi S.A.W:apabila masuk bulan syaaban baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ku atas kamu.(AL-HADIS)

2. sesiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
 
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
 
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
 
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
 
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
 
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
 
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
 
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
 
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
 
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
 
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
 
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
  • Orang yang kekal minum arak
  •  Orang yang derhaka kepada ibubapa
  •  Orang yang kekal dalam zina
  •  Orang yang banyak berkelahi
  •  Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
  • Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
 
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
 
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
 
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
 
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
BULAN SYAABAN
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

 ini adalah antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan.peluang ini cuma datang setahun sekali sahaja.amalan yang soleh dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan di akhirat kelak.wallahualam.selamat beramal^_^

Tuesday, May 28, 2013

Liqo SMIAS di tasik Jitra

Bismillah Alhamdulillah

 Sayyidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata
" Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap
umat ini ialah munculnya orang yang alim pada
lisan tetapi jahil pada hati "

Musim peperiksaan akhir semester kini
dipersimpangan, tekanan demi tekanan baik
daripada assignment, project work, thesis, presentation,
kelas ganti, tutorial, kuiz hatta midsem test pasti
membebani masa mana-mana mahasiswa/i.

Namun itu semua bukan penghalang untuk
mendidik tarbiyyah diri kerana Islam dijadikan
sebagai panduan dalam setiap detik kehidupan.


Alhamdulillah shabab proaktif dalam SMIAS atau nama
kepanjangannya Sahabat Masjid Imam As-Shafie telah
berjaya mengadakan satu lagi liqo santai yang diketuai oleh
akhi Taufiq Johari (timbalan presiden 1 SMIAS).

Pengisian santai liqo ini melibatkan pimpinan tertinggi dan
exco-exco semasa SMIAS 2013-2014 bersama-sama
dengan mantan SMIAS yang lain.

Pengisian dimulakan dengan sesi ta'aruf (berkenalan)
kemudiannya kata-kata dan amanat daripada
mantan-mantan SMIAS.

 [ Pimpinan SMIAS 2013-2014 ]

Alhamdulillah, sedikit perkongsian ilmu
mengenai apa itu syariatullah dan Sunnatullah..
keduanya harus bergerak seiring dalam diri muslim 
seperti diri kita ini.

Ingatlah wahai para dai'e 
dalam memikul beban dakwah ini sememangnya
berat tetapi yakinlah dengan firman Allah dalam surah
Muhammad ayat 7 yang inti patinya mengatakan
dengan menolong agama Allah yakni Islam,
Allah akan memperkukuhkan kedudukannya 
dan membantu dirinya.

oleh itu ayuh!!!
keyakinan kita mesti mantap.

Seusai pengisian ringkas,
Allah kurniakan sedikit lagi rahmat berupa angin
yang kuat bertiup diiringi dengan awan mendung di kaki
langit Jitra. Namun, itu semua tidak memberi
apa-apa mudharat selagi Allah tidak izinkan.




Seterusnya aktiviti santai dan bebas, muslimah
mengupas buah limau bali yang dibeli dan diagih
kepada semua.

ada yang makan bersahaja, ada juga yang cecah 
dengan colek.












[ Uhibbukum fillah, abadan abada ]

mengakhiri kalam dengan bacaan doa, moga Allah
memberkati kita semua..

Bismillahi rahmanirahim...

"segala puji bg Allah tuhan seru sekalian alam,
selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w
beserta keluarga dan para sahabat baginda.

Ya rabbi, jadikanlah diri kami sebagai 
orang yg bersyukur kepadamu,
orang yang berzikir kepadamu,
orang yang bersandar kepadamu,

ya rabbi, terimalah taubat kami
bersihkanlah kesalahan dan dosa kami,
kabulkanlah doa kami,
teguhkanlah langkah kami,
tunjukkan hati kami,
luruskanlah lisan kami dan
sucikanlah kedengkian dan dendam dari hati kami

aaminn ya rabbil alamin".

by : nature mujahid
28/05/13

Friday, April 26, 2013

Tajuk Khutbah:"INDAHNYA WARNA-WARNI PELANGI".(26/04/2013)Bersamaan 15 Jamadilakhir 1434H



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang yang berjaya di dunia dan berjaya juga di hari akhirat. Ingatlah, keingkaran kita kepada Allah SWT hanya akan menyusahkan diri kita sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka dia tidak tergolong sebagai orang Islam".
                                                                                                 (Riwayat Tabrani)

Khutbah pada hari ini adalah mengajak kita sama-sama menikmati 

INDAHNYA WARNA-WARNI PELANGI

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Politik atau siasah merupakan antara cabang hidup yang sangat penting dalam urusan kita untuk membina ummah. Selain daripada ibadah khusus, ekonomi, pendidikan, pembangunan sosial dan pembangunan fizikal, tidak kurang pentingnya dalam meneruskan agenda pembentukan ummah yang madani. Perkara ini sebenarnya saling berkait rapat disebabkan ia memerlukan antara satu dengan lain, kerana Islam itu adalah cara hidup untuk membentuk kesejahteraan dalam kehidupan.

Apabila politik itu stabil maka semua urusan dalam kehidupan dapat berjalan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Contoh yang paling tepat untuk kita jadikan panduan ialah bagaimana tindakan politik Nabi Muhammad s.a.w yang telah membentuk Piagam Madinah kerana mahu mewujudkan sistem keadilan bagi masyarakat Madinah ketika itu tanpa membezakan bangsa dan keturunan. Piagam Madinah adalah asas yang paling berkesan untuk membinaan kembara dakwah yang lebih mantap dengan memperkukuhkan sistem dan iltizam politik Islam.

Politik telah dijadikan sebagai saluran dakwah yang paling berkesan ketika itu, hinggakan sokongan terhadap Baginda telah merentasi bukan sekadar diperolehi di kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam. Natijahnya kesan yang paling manis atas kesabaran Baginda ketika berdakwah maka ramai yang memeluk Islam kerana terpikat dengan hikmah dan siasah dakwah Rasulullah s.a.w. Ianya memberi pengertian bagi kita agar turut memberi tumpuan politik sebagai medan dakwah Islamiah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sama ada di media cetak mahupun elektronik kini, topik pilihanraya  atau lebih tepat topik politik telah menjadi bualan, perbincangan dan sebutan. Sama ada pemimpin disemua lapisan dan rakyat di akar umbi terlalu asyik berbicara tentang politik dan piliharaya. Maka kedengaranlah hujah, kritikan, bangkangan, sokongan dan sebagainya yang pasti telah menyentuh emosi dan perasaan rakyat di pelbagai peringkat dan tempat. 
Perang poster parti-parti yang bertanding berkibar di semua sudut dan tempat untuk menarik sokongan terhadap parti masing-masing, sehinggakan tunggul kayu di tepi jalan yang selama ini sudah terbiar telah di balut dengan poster yang berbagai ragam, bentuk dan gaya. Malah dengan penggunaan teknologi terkini dalam dunia internet maka kepantasan untuk menyampaikan maksud kempen mereka nampaknya semakin rancak dikemaskini. Kerancakan medan siasah kini semakin menarik minat apabila ada saja janji atau tawaran yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik untuk memenangi hati para penyokong apatah lagi kepada para pengundi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 

          Apa yang perlu difahami ialah hakikat sebenarnya pilihanraya bukanlah medan atau gelanggang untuk kita saling salah menyalah, tuding menuding mencari salah, hina menghina antara satu dengan yang lain, fitnah-memfitnah atau menjadi medan menunjuk kuat di antara satu dengan yang lain. Namun di musim piliharaya ini muncul pelbagai cerita, tohmahan dan tempat mencari kesilapan lawan dan kawan. Malah lebih malang lagi apabila perkara tersebut berakhir dengan selisih faham yang membawa fitnah, pergaduhan dan kecederaan. Apa yang mendukacitakan lagi medan politik telah dijadikan alasan untuk matlamat menghalalkan cara. Maka tidak hairanlah jika kita memerhatikan pertelingkahan yang berlaku dalam suasana politik ini berakhir dengan pertumpahan darah dan saling berbunuh-bunuhan.

Akibat daripada apa yang berlaku ini,  muncul pula persepsi bahawa politik itu kotor, ini adalah disebabkan masing-masing membelakangkan adab dan siasah Islamiah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Kesan daripada itu, sebahagian umat Islam menganggap bahawa politik tidak patut diceburi yang akhirnya ada di kalangan kita yang meninggalkan langsung sektor ini sehingga kita menjadi umat Islam yang hanya diperintah bukan sebagai pemerintah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah sekalian,

Sebagai umat Islam perlu di ingat bahawa gelanggang politik ini sebenarnya adalah pentas atau gelanggang untuk mencari kesejahteraan hidup bernegara supaya semua rakyat diberi keadilan, dan menikmati kesejahteraan dalam kehidupan. Apa yang mesti kita ketahui ialah berpolitik merupakan kewajipan kepada umat Islam. Sebab itu sebagai seorang Islam mestilah kita mengambil bahagian atau sekurangnya menjadi pemilih kepada kaedah untuk membentuk kerajaan ini. Sebab itu keterlibatan perlulah ada di kalangan umat Islam khususnya. Ini kerana apabila tiada antara kita yang peduli dalam masalah politik ini, bimbang nanti pentas yang penting ini akan diambil alih oleh mereka yang tidak layak untuk berpolitik bagi menentukan kepimpinan Negara ini. Sewajibnya kita mesti mengambil iktibar dari firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 58 :

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ†ْ تُؤَدُّوا الْØ£َÙ…َانَاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ٰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا ÙˆَØ¥ِØ°َا Ø­َÙƒَÙ…ْتُÙ…ْ بَÙŠْÙ†َ النَّاسِ Ø£َÙ†ْ تَØ­ْÙƒُÙ…ُوا بِالْعَدْÙ„ِ ۚ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù†ِعِÙ…َّا ÙŠَعِظُÙƒُÙ…ْ بِÙ‡ِ ۗ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ùƒَانَ سَÙ…ِيعًا بَصِيرًا
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat".

Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya golongan muda khasnya perlu mempunyai kesedaran politik yang tinggi agar keterlibatan mereka sebagai "penggantung dan penampal poster" tidak cukup setakat itu sahaja, tetapi mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agar masa depan politik mereka akan terjamin dan mempunyai prinsip politik yang mantap dalam berjuang untuk rakyat seterusnya untuk masa depan Islam itu sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, 

          Maka sudah tiba masa dan ketika untuk kita melihat dan belajar tentang teknik dan contoh berpolitik seperti yang diajar oleh Rasullullah s.a.w. Rasullullah s.a.w bukan sahaja dikenali  sebagai Nabi atau daie tetapi baginda juga adalah pencatur politik yang terbaik, malah politik juga adalah sebahagian daripada metod dakwah yang digunakan oleh baginda Rasullullah s.a.w dalam menyampaikan syiar Islam. Walaupun di himpit berbagai ranjau dan dugaan sebagai pemimpin politik yang unggul beliau akhirnya berjaya menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia.

Akhlak Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin politik bukan sahaja disanjungi dan ditaati oleh para pengikutnya malah Rasullullah  s.a.w sangat di segani dan di hormati oleh musuh-musuhnya sendiri. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasullallah s.a.w telah  berjaya dalam membentuk hal ini.

Adalah sangat menakjubkan apabila kerajaan Habsyah yang berbeza agama pendapat dengan Baginda s.a.w sudi memberi perlindungan politik kepada orang-orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah. Tidak terbayang di benak kepala kita bagaimana mereka sanggup memberi pertolongan walau sedar dengan adanya risiko dan ancaman  yang akan berlaku terhadap kerajaannya. Sudah tentu ini adalah kerana diplomasi atau teknik politik dan siasah yang sangat berkesan yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w pada ketika itu.

Sejarah pembukaan Kota Mekah adalah kemuncak yang telah menceritakan segala-galanya terhadap sikap dan prinsip politik Rasullullah s.a.w. Bukan saja teknik politik Rasullullah s.a.w sangat tersusun, malah akhlak Rasullullah s.a.w dalam memaafkan segala kesalahan musuh-musuh politiknya jelas telah memberi impak atau kesan yang besar yang akhirnya Islam dihormati dan tersebar keseluruh dunia.
Hal ini di rakamkan dalam Al-Quran surah An-Nasr ayat 1-3 :



"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhan-Mu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat". 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Umat Islam wajiblah menjadikan Rasullullah s.a.w sebagai contoh cara untuk berpolitik yang sihat. Janganlah kerana perbezaan pandangan politik, kita berpecah,beseteru atau memutuskan ukhwah Islamiah. Adalah sangat wajar menjadikan medan politik ini sebagai dakwah bil hal yang perlu ditunjukkan kepada umat-umat yang lain. Kita sebagai umat Islam adalah yang terbaik dan sudah tentu mesti menjadi contoh yang baik dalam semua keadaan.

Biarlah kita menjadi seperti PELANGI, walaupun berbeza warna tetapi perbezaan itulah yang menunjukkan keindahannya. Dan sudah tentu itulah yang paling penting buat kita yang bernama mukmin dalam menonjolkan imej Islam agama yang indah dan memelihara kedamaian.
Sesungguhnya perbezaan pendapat itu perlu dijana supaya dihadkan kesan perbalahannya. Jangan sampai nanti pilihanraya sudah berlalu tetapi kita masih bermusuh dan tidak bertegur sapa. Sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan secara hikmah bukan secara ammarah. Biarlah hendaknya perbezaan pandangan dan pendapat itu diraikan, bukan dijadikan sebab untuk perbalahan. Walaupun berbeza pendapat tetapi perbezaan itu umpama indahnya pelangi kerana berbeza warnanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Semoga kita semua sebagai umat Islam sedar akan perkara ini dan  akan menjadi umat yang maju dari semua aspek kehidupan khasnya  dalam berpolitik untuk membentuk kerajaan negeri dan Negara yang diredhai serta dirahmati Allah SWT. Semoga dengan terjawabnya siapa yang menang dan siapa yang tidak berjaya dalam memenangi piliharaya kali ini, dapat meredakan "kepanasan" yang melanda. Marilah kita raikannya dengan bermaaf-maafan di antara satu dengan yang lain kerana dengan cara itu sahaja, kemenangan akan menjadi lebih bermakna.  Selain itu juga, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk bersikap terbuka dengan menerima segala-galanya merupakan ketentuan Allah SWT. Kita juga mengharapkan sesiapa sahaja yang menag dapat menjalankan tanggungjawabnya dan sesiapa sahaja yang kalah janganlah menyimpan dendam dan kebencian yang merugikan.

Ù‚ُÙ„ِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ÙˆَتَÙ†ْزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ†ْ تَØ´َاءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ۖ بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرُ ۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
                                                                                                         (Ali-Imran : 26)

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...