Thursday, June 21, 2012

Ahlan wasahlan ya....SYAABAN

Bismillah ALhamdulillah
Segala puji pada Allah yang menciptakan bulan dan bintang berkelipan dilangit buat pedoman dan panduan hamba-hambanya. Hari terus berlalu pergi, Sya'ban kini menjelmakan dirinya, menggantikan pemergian Rejab unutk sekali ini lagi. Alhamdulillah masih diberi nafas kesempatan unutk bertalaqi lagi dibulan yang Rasulullah sangat muliakan.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila masuk bulan Sya'ban, baikkanlah niatmu padaNYA, kerana kelebihan Sya'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu"

PENGERTIAN SYA'BAN (SYAABAN)

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada ketika itu terpaksa berpecah kepada kumpulan tertentu unutk mencari air dipadang pasir.

Apabila Rasulullah datang, beginda mengekalkan nama tersebut sehingga sekarang.
Rasulullah s.a.w bertanya pada para sahabat,

"Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab "Allah danb rasulnya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah s.a.w "kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" [dipetik dari kitab Raudatul Ulama]

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Sya'ban amat bermakna bagi para hamba Allah yang ikhlas. Bnayak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan mengenai kelebihan bulan ini. ANtaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.

Sya'ban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan merupakan bulan menyucikan diri dari dosa. Rasulullah memberi simbolik bahawa Sya'ban itu merupakan bulan baginda, ini diertikan sebagai bulan dimana baginda banyak melakukan amal ibadah. Dalam erti kata lain, kita umat baginda kena banyak mengamalkan amal ibadat dibulan ini juga.

SYA'BAN MERINDUI

Subuh Isnin yang hening
cahaya bergemerlapan
menyambut lahirnya nabi
Muhammad, nama diberi.
dirimu rasul pilihan
dirimu rasul akhir zaman
diutus untuk umat manusia
membela ad-deen
sepanjang zaman.

Dirimu sinonim dengan Sya'ban
tetamu yang hadir selepas Rejab
yang bakal mengiringi Ramadhan
puasa amalan yang dijadikan wajib

Habiburahman anugerah Allah padamu
Sya'ban mulia pula bulanmu
dirimu utamakannya selepas Ramadhan
ikutan ummat tingkatkan amalan

Pergimu kini menjadi snajungan
tambah rindu lagi dibulan ini
moga bulanmu Sya'ban dirindui lagi
seperti mana dirimu merinduinya
wahai penghulu manusia
kesayangan penduduk bumi dan langit.

~naturemujahid
Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah :

-Berpuasa sunat [terutama diperbanyakkan di 15 terakhir Sya'ban]
-Berpuasa sunat tiga hari pada permulaan, pertengahan dan penghujungnya
-Berpuasa di siang hari 15th Sya'ban (Nisfu Sya'ban) & solat malam (Nisfu sya'ban)
-Bnayakkan berselawat keatas Rasulullah s.a.w
-Banyakkan berdoa di pertengahan bulan Sya'ban kerana

"Diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah s.a.w bersaba :dalam solat 5 waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam jumaat, malam 10th MUharram, pada malam pertengahan bulan Sya'ban dan pada dua malam raya iaitu raya Aidilfitri dan Aidiladha"

-Banyakkan bertaubat dan mohon keampunan di malam Nisfu Sya'ban kerana pintu langit dibuka waktu itu

Moga bersama kita mengamalkan mana yang termampu insyaAllah... dari pihak kami Sahabat Masjid Imam As-Syafie mengucapkan selamat menyambut bulan Sya'ban insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...