Thursday, October 13, 2011

Ucapkanlah SALAM



Bismillah alhamdulillah

Bersama kita amalkan.. insyaAllah

Salam?? peace be upon you??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Beberapa bulan lepas, saya mendengar radio Ikim, ketika itu masih berada di Sabah. Tiba-tiba teringat kembali ketika sibuk membelek bahan rujukan untuk gema jumaat yang bakal terbit. Ustaz Zawawi nama tetamu jemputan ketika itu.. beliau berkata ada cerita
tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah
tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz
"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan
salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda saw akan ; Beri salam dengan ucapan -
"Assalamualaikum"

dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

"WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr...
dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer" dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan
"Assalamualaikum".

Bersamalah kita memberitahu kenalan atau sahabat-sahabat kita yang selalu sangat menggunakan shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran yang digunakan oleh orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani/Hebrew

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita
ingatkan rakan dan sahabt kita untuk menggunakan "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
"Di Bawah Naungan Pope
."Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud
"Binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom"
kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam"
sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum." Tolong forward kepada umat
Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Salam Ukhuwah..

by: nature mujahid

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...