Wednesday, October 19, 2011

Menyusuri laluan


Bismillah Alhamdulillah...

Pertama dan selamanya bersama kita memanjatkan setulus kesyukuran (melalui lafaz, niat dan tindakan ) kepada al-Khaliq yang menciptakan.. yang memberikan nikmatnya kepada kita.

"tunjukilah kami jalan yang LURUS"
(Al-Fatihah : 6)

Dalam umul kitab yang Allah berikan kepada kekasihnya dalam perjalanan Mik'raj telah menunjukkan bahawa hidup ini akan dipenuhi jalan dan simpang yang bersiur.. ada yang lurus, ada yang berbatu.. tidak dilupa juga ada yang berlubang. Pelbagai bentuk jalan yang boleh di lihat sehari-hari.. namun sejauhmanakah kita mengambil pengajaran??

"eh bus abang ni bawa laju sangat r.. berayun sana.. berayun sini...", "sabar Fiq, abang tu bawa laju.. tambah lagi jalan p kachi ni bukannya cam highway sana.. sini jalan berbatu.. berlubang" jawab Khafiz. "by da way.. Kachi memang cantikkan. suka sangat.. hijau.. redup..". "haha.. awak besalah desh... nature.." Azri menambah.

Bukankah itu situasi yang selalu dialami sehari hari? waktu hendak pergi ke kelas.. bahkan pulang ke DPP..


Dalam kehidupan seorang manusia.. banyak jalan dan liku di tempuhi.. seperti gambar ini... jalan masuk kachi bersiur... siap ada tanda (50 km/j) memberi isyarat. begitu juga dalam kehidupan.. ada kalanya kita lari dari jalan yg lurus.. dan Allah telah memberikan tanda-tanda di sepanjang perjalanan sebagai pembimbing agar kembali ke jalan yang lurus dan tidak terlajak sesat ketempat bukan sepatutnya. Bergantung pada kita untuk menyedarinya.

Tanda-tanda itu banyak.. salah satunya ialah sahaabt-sahabat kita yang mengajak ke jalan kebaikan, ujian yang menimpa diri dan sebagainya. Beruntungnya jika mendapat petunjuk-petunjuk ini di sepanjang perjalanan dan kita menyedarinya..
Jangan di lupa juga.. dalam perjalanan kita itu.. bekalan dikumpul dan mutiara-mutiara (iman) dicari kerana ianya kerap timbul dan tenggelam dalam kalbu insan.

"Diturunkan cahaya (ad-deen) memperhalusi akal
dianugerahi akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai KHALIFAH
menyusuri kehidupan mencari...
sebutir permata bernama IMAN"

Itulah Islam... merupakan cara hidup dan bukannya sekadar anutan kerohanian semata. Ia bukan sekadar fahaman yang dicipta namun ajaran samawi (agama langit) yang diiktiraf dan diredhai oleh Rabb' alamin.

"mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan
berdiri, duduk dan baring serta berfikir tentang kejadian langit
& bumi (sambil berkata): 'wahai tuhan kami! Tidaklah engkau
menjadikan benda-benda ini sia-sia, maha suci engkau, maka
peliharalah kami dari azab api Neraka"

(surah Ali'Imran : 191)


....subhanAllah....
(maha suci Allah)

by: Nature mujahid



No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...