Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan 
wanita. Tanpa wanita hati, perasaan dan 
fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih 
mencari walaupun ada segalanya. Apa yang 
tidak ada di syurga hingga Adam tetap 
rindukan Hawa?
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri 
ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada 
tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan 
oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak 
lurus, mana mungkin kayu yang bengkok 
menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan 
yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka 
dengan panduan dari-Nya. Janganlah cuba 
menjinakkan mereka dengan harta kerana 
nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan 
kecantikan kerana nantinya mereka semakin 
menderita.Yang sementara itu tidak dapat 
menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka 
kepada Allah, zat yang kekal kerana di 
situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah 
ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, 
kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia 
dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka 
bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. 
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di 
situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti 
tidak terhibur dan tidak menghiburkan. 
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak 
akan lurus bahkan akan bengkok.
Itulah akibat andai wanita tidak kenal 
Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki 
akan huru-hara. Lelaki pula janganlah 
mengharapkan ketaatan, tetapi binalah 
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin 
wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri 
kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah 
nescaya akan jinaklah segala di bawah 
pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia 
Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu 
Wajhah.

No comments:
Post a Comment