Ka'bul Ahbar berkata bahawa,
"Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kpd Nabi Musa
a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg bermaksud:
"Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh Muhammad dan
umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat Subuh) semua
apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat yg pertama, Aku
beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan
para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi
mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit
sehingga para bidadari dpt mengintai mereka."
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun oleh
malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka
pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti akan Aku
berikan."
Firman Allah s.w.t.:
"Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari
dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu
bagaikan anak yg beru lahir dari perut ibu."
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu' sebagaimana Aku
perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air wudhu' itu dgn
syurga yg luasnya seluas langit dan bumi."
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dlm bulan
Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka
setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yg
dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar pahal fardu.
Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar, barang siapa yg
membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn bersungguh-sungguh dan
menyesal di dlm hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati
pd mlm itu atau pd bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30
org mati syahid."
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada org-org yg berdiri di atas
tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan syahadat La illaha illallah, maka
pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi a.s. dan rahmatKu wajib ke atas
mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka dan tidak akan Aku tutup bagi
mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat Ashhadu an Laa illaha
illallah."
No comments:
Post a Comment