1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 
2.SURAH AL `ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 
3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy 
Jumat) 
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati 
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah. 
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas 
dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff) 
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati 
"Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami 
Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi 
dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya." 
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 
6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati 
"Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya 
beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi. 
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai 
Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau 
bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya." 
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA 
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim 
professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap 
orang Nasrani dan Yahudi 
(Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) 
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi 
muhammadin sallallaahu `alaihi wasallaam 
nabiyan wa rasulla. 
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika 
petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya 
(Riwayat Tarmizi) (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 
8.DO'A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL 
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, 
wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal- mala-ikatil-muqarrabin 
fi-afiatin ya arhamar-rahimin. 
"Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan 
hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat 
yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan 
wahai Yang Amat mengasihani." 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 
9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA 
Allahummaftah `alaya futuuhal `arifiin. Wa 
faqqihni fiiddiin. "Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti 
terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku." 
10.DO'A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK 
Allahumma alhimni rusydii wa a'idznii min syarri nafsi. 
"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan 
lindungilah aku dari kejahatan nafsuku." 
11. DO'A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS 
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul `uqdatan min lisani 
yafqahu qauli. "Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, 
mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah 
lidahku agar mereka faham pembicaraanku." 
12. DO'A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN 
Rabbi zidnii `ilman warzuqni fahman "Ya Tuhanku, 
tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman 
(pengertian yang baik dan fahaman). 
13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH 
Ya `Aliimu Ilman Hikmah "Wahai Tuhan Yang Maha 
Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah" 
14. WIRID UNTUK PELAJAR 
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, 
ilmu, kepakaran yang nyata. 
Ya Haadii Ya "Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin. 
"Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, 
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai 
Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang 
Nyata" Wirid ini adalah sebahagian dari wirid 
susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy. 
15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH 
Ya `Aliimu Allimni Hikmah 
"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah 
aku hikmah". 
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 
16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block) 
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan Ya Haadi, 
ihdinii. 
"Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku" 
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah 
ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada 
dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, 
insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh 
petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan. 
17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI 
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat 
"Wahai Tuhan Yang Maha Pandai" Jika kita ingin 
menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat 
belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan 
mengembangkan bakat masing-masing, eloklah 
bermohon kepada Allah dengan berulangkali 
berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, 
semoga akan berjaya. 
18. WIRID UNTUK "MELIHAT" YANG DI RAHSIAKAN 
Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir 
"Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, 
sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui". 
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan 
beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi 
dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. 
Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk 
belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu 
peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami 
suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

No comments:
Post a Comment