Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam 
| sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.  
| Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang           
| memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku   
| dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada      
| seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
| "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam    
| keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin      
| kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".             
|                                                                          |
| Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
| memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh ku   
| luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
| kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
| jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
| wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana 
| tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.                             
|                                                                          
| Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, 
| aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu         
| menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian        
| Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari       
| rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat            
| selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi 
| diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur 
| selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak sauda ra buat kali      
| terakhir.                                                                
|                                                                          
| Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula  
| berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,      
| jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan       
| janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".          
| "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk 
| warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
| didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan          
| keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".                    
|                                                                          |
| Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
| pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-m as  
| ing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di   
| muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga    
| dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
| ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka    
| yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan           
| teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan     
| tidak pernah me! ndoakan aku".                                           
|                                                                          |
| Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam 
| itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
| dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran 
| itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk     
| bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi      
| bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur  
| di mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.                 
|                                                                          |
| Baginda Rasullullah S.A.W berkata:                                       
| Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan 
| malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka    
| menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
| Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh  
| dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang 
| lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
| hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali  
| datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya   
| hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang  itu."                                                                    
|                                                                          |
| Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:                                         |
| "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail    |
| A.S. ak an menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang |
| nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang       |
| beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada  |
| di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan     |
| melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang   |
| nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di      |
| sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di      |
| neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di          |
| sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka|
| yang akan menjadi tempat tinggalnya.                                     |
|                                                                          |
| Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin |
| itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut |
| hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir|
| dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tid ak ada jalan bagimu     |
| mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa        |
| menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut  |
| mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan     |
| menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.              |
|                                                                          |
| Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu   |
| cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat      |
| perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang     |
| mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang   |
| mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan |
| ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh     |
| orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan  |
| ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu          |
| pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang   |
| mukmin dar i arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.    |
| Malangnya mal! aikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak |
| ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang|
| alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan       |
| enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila! gagal malaikat maut,mencabut   |
| roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah  |
| telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun  |
| berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini        |
| sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut|
| cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak        |
| menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini|
| sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata |
| ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal! maka        |
| malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman |
| yang bermaks ud :"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan  |
| tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat       |
| perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan    |
| menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya |
| kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari! arah m ulut dengan |
| tenang.                                                            
|                                                                          
| Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar  
| dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 
|                                                                          
| 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.                      
|                                                                          
| 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.                              
|                                                                          
| 3. Roh mereka yang berbahagia menu ju ke Syurga Illiyyina.               
|                                                                          
| 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut       
| kehendak mereka.                                                         
|                                                                          
| 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
| tidak di langit sampai hari kiamat.                                      
|                                                                          
| 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak    
| misik.                                                                   
|                                                                          
| 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa   
| berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."                            
|                                                                          
| Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
| tangannya oleh para malaikat pada hari me re ka keluar dari kuburnya:-   
|                                                                       
| 1. Orang-orang yang mati syahid.                                        
|                                                                          
| 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.        
|                                                                          
| 3. Orang berpuasa di hari Arafah.                                       
| Sekian untuk ingatan kita bersama.                                                                                                          |
| Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.   
| Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang    
| yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.                                
|                                                                          
| Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita

No comments:
Post a Comment