Friday, January 9, 2009

"Saat Janji Allah swt Yang Hampir Tiba"

Sesungguhnya kiamat itu pasti akan berlaku, semua orang Islam dan semua agama yang datang dari langit menyakini tentang kejadian hari kiamat ini. Namun tidak seorang pun tahu bilakah ianya akan berlaku. Hatta nabi saw sendiri pun tidak tahu bilakah hari kiamat ini berlaku. Namun dengan rahmat Allah swt, Dia (Allah swt) menunjukkan kepada kita tentang tanda-tanda akan berlakunya hari yang besar ini. Antara sebahagia daripada tandanya ialah:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari -
Penaklukkan ini sudahpun berlaku sekarang ini.

2) Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusaia yang buruk akhlaknya, yang suka melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim -
Pada hari ini penzinaan berleluasa dan tidak lagi terkawal. Ini kerana memang benar hadis nabi saw yang mengatakan penzinaan berleluasa pada akhir zaman...

3) Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita"
-Ibnu Majah -
Dan sesungguhnya pada hari ini artis menjadi pujaan, ulama' dicaci dan dihina. Artis bebas berkata-kata malah setiapa ucapan artis disanjung. Namun ulama' tidak boleh bercakap dan sekiranya berkata-kata dan memberi pendapat pasti akan dihukum.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.-

Benar perkara ini sudah berlaku yang mana banyak masjid cantik dibina tapi jarang orang sembahyang

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan jiran tetangga.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan& perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam masyarakat tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim-

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad
Sekarang ini kita boleh kira berapa sahaja para ulama' yang tinggal. Itupun termasuk ulama' yang menjadi ular dalam semak. (faham-fahamkanlah maksudnya)

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Ada orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
-Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad-
Jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda-tanda hari kiamat akan muncul ialah apabila mereka berpakaian namun hakikatnya mereka itu berkeadaan seperti telanjang".

Fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani-
Sekiranya anda tidak percaya hal ini, cubalah anda perhatikan pada bulan yang mana ia semakin mengembang dan saintis dari NASA juga mengakui bahawa mereka melihat jarak antara 2 bintang semakin berjauhan dan mereka mengatakan bahawa alam ini mengembang..

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohongan-pembohongan yang besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu & memfitnah kamu"
- Sahih Muslim-

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad-
Persaksian ini bukan sahaj berlaku di luar negara malah banyak juga berlaku di dalam negara kita. Namun rasanya tidak perlu untuk kita menyebut pemalsuan yang macam mana mereka lakukan yang pasti kebenaran juga yang disembunyikan.

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2"
- Sahih Muslim-

Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir.

wallahualam'...

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...