Friday, September 14, 2012

Jom Iftar berjemaah ^^

Bismillah Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Akidah diucapkan kepada pengunjung blog SMIAS ini. Alhamdulillah semester baru kini bermula, mulakan ianya dengan semak niat kita kerana lillahi taala. Pihak saf pimpinan Sahabat Masjid Imam As-Syafie (SMIAS) mengucapkan

" Ahlan wasahlan.... selamat menjadi mahasiswa/i
Universiti Utara Malaysia (UUM) "

Lantunan Azan oleh Muadzzin mengajak kita semua merebahkan kepala menyembah Allah yang satu walau dimana kita berada, berjalan dengan langkah tawadduk penuh kerendahan hati di muka bumi ini. Alhamdulillah, pada 13 September majlis Iftar dan bacaan yassin telah diadakan anjuran SMIAS. Ini merupakan program mingguan kami insyaAllah.
Jemaah petang itu subhanAllah, meriah sangat. Kehadiran adik-adik semester satu memeriahkan lagi suasana barokah itu. ^^ MasyaAllah moga keadaan ini berterusan hendaknya. Seusai maghrib petang itu, bacaan Yaasin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Aus Korni bin Yahaya [ Penasihat SMIAS ]
[ Saudara Aqmarul Azri (kiri) naib presiden SMIAS bersama
Saudara Umar Farid (Kanan)Exco Dakwah & Tarbiah ]

Seperti kebiasaan, bila ada saja majlis jamuan seperti ini selesai Isyak, sahabat-sahabat SMIAS baik MT mahupun Exco akan turut sama-sama membahagikan hidangan kepada jemaah yang hadir.



[ photo by Nature mujahid ]

Begitu sedikit sebanyak lembaran tabir episod SMIAS untuk minggu ini. Banyak lagi aktiviti ukhwah akan menyusul insyaAllah, semuanya dilakukan kerana ingin menggapai redha Allah. Bersama kita semua mengimarahkan rumah Allah ini insyaAllah..

Akhir kalam... tasbih kafarah dan surah Al-Asr...

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...