Friday, July 27, 2012

Tajuk: "BADAR AL-KUBRA : PERISTIWA DAN PENGAJARAN"...(27/07/2012) Bersamaan 7 Ramadhan 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم

السّلام عليكم ورحم

ة الله وبركاتة


Alhamdulillah, minggu ini pihak kami dapat post intipati KHUTBAH JUMAAT awal sehari sebelum solat jumaat…Mudah2an dengan kelebihan ini, dapat memudahkan sahabat-sahabat (terutama sahabat yang tinggal di selangor)untuk menangkap isi serta intipati dalam khutbah yang akan disampaikan serta dapat berkongsi intipati bersama-sama dengan sahabat dari negeri-negeri lain …insyaallah… (n_____n..)



"Badar Al-Kubra:

Peristiwa Dan Pengajaran".



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kerana sesungguhnya orang-orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Khutbah hari ini adalah bertajuk "Badar Al-Kubra : Peristiwa Dan Pengajaran".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Setiap kali kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini, yang menghendaki kita sama-sama merenungi dan mengambil pengajaran darinya. Antara peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peperangan Badar al-Kubra pada tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Peristiwa yang bersejarah ini berlaku setelah Rasulullah s.a.w. mendengar berita bahawa qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb sedang dalam perjalanan pulang dari Syam menuju ke Mekah. Peluang itu diambil oleh Rasulullah s.a.w. bersama-sama 313 orang sahabat keluar ke Badar bagi mengambil barangan perniagaan tersebut sebagai gantian harta orang Islam yang dikuasai oleh musyrikin Mekah setelah umat Islam berhijrah ke Madinah.

Sekalipun qafilah Abu Sufian telah terselamat dari sekatan Rasulullah s.a.w. dan tidak lagi memerlukan bantuan tentera Quraisy dari Mekah, namun Abu Jahal yang memimpin hampir seribu bala tentera yang lengkap bersenjata, dengan angkuh dan sombong menyatakan:

"Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta, minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa Arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka".

Untuk menghadapi saat yang getir ini, Rasulullah s.a.w. segera mengadakan mesyuarat dan meminta pandangan para sahabatnya dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Para sahabat semuanya memberi ikrar taat setia akan tetap berdiri teguh bersama Rasullah s.a.w. dalam menghadapi tentera pimpinan Abu Jahal tersebut. Inilah kehendak Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat ke 7 :

"Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pagi Jumaat 17 Ramadhan telah tiba, kedua-dua belah pihak telah bersedia untuk berperang. Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyusun sof tenteranya dengan susunan yang kemas dan rapi. Ketika itu pergantungan Rasulullah s.a.w. hanyalah kepada Allah SWT. Rasulullah s.a.w. dengan penuh harapan mengangkat tangan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT dengan doanya yang bermaksud:

"Ya Allah! Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, jika binasa pasukan yang kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini".

Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w. meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan al-Walid bin Utbah yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam itu telah berjaya membunuh ketiga-tiga musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad.

Selepas itu berlakulah pertempuran sengit. Tentera Islam mengambil tindakan bertahan. Sementara Rasulullah s.a.w. terus-menerus bermunajat kepada Allah SWT, sehinggalah Allah SWT mengkabulkan doanya, dengan menghantar tentera dari kalangan malaikat yang turun berduyun-duyun membantu tentera Islam. Hal ini telah diabadikan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat ke 9:

"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Tentera Rasulullah s.a.w. bukan sahaja mengambil setrategi bertahan, bahkan meraka mula mengambil tindakan menyerang dengan bantuan tentera-tentera dari kalangan malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT. Para tentera Islam dapat saksikan bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Pada pusingan ini, Abu Jahal sendiri telah berjaya dibunuh, dan kepalanya dibawa kepada Rasulullah s.a.w. seraya Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dengan terbunuhnya Abu Jahal maka berakhirlah peperangan yang bersejarah ini dengan memberi kemenangan yang nyata kepada tentera Islam. Seramai 70 orang pembesar musyrikin telah terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Sementara itu hanya 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Berita kemenangan ini disambut oleh penduduk Madinah dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dengan laungan takbir dan tahlil kepada Allah SWT. Kemenangan ini telah meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat, bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:

Pertama: Agama Islam yang kita anuti dan nikmati hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pendukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w.. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.

Kedua: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.

Ketiga: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.

Keempat: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan setrategi yang betul, perancagan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

Kelima: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Semoga semangat dan roh kemenangan Badar al-Kubra yang bersejarah ini akan kembali berulang di abad ini, dan membakar semangat kita supaya sama-sama kita bangkit menghayatinya dengan teguh mendokong perjuangan Islam dan kepimpinannya. Dengan itu sahajalah, agama Islam akan terbela, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh semua lapisan masyarakat dalam tempoh terdekat InsyaAllah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka, mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".

(At-Taubah: 111)

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Engkau bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan di dalam Al-Quran. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Khutbah Jumaat Bacaan 27 Julai 2012

(Unit Dakwah dan Tarbiyyah SMIAS)

Sumber: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1197&Itemid=1

Saturday, July 21, 2012

Tajuk: DI AMBANG RAMADHAN … (20/07/2012) Bersamaan 3 0 syaaban 1433H

DI AMBANG RAMADHAN … (20/07/2012) Bersamaan 30 syaaban 1433H


Khatib : Haji Ismail Bin Abas…

Masjid Nurul Falah Sungai Leman, Sekinchan Selangor D

arul Ehsan.




Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di samping sentiasa berusaha melaksanakan segala suruhan dan melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Khutbah hari ini adalah bertajuk "Di Ambang Ramadhan".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Antara sedar atau tidak, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan yang sering disebut dan ditunggu-tunggu ketibaannnya yang datang sekali lagi menemui kita. Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan! Ada dikalangan kita yg berdoa kepada Allah sejak kedatangan bulan Rajab lagi dengan doa yang penuh makna dan harapan:

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sehubungan dengan ini, terdapat suatu riwayat yang menyebutkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah masih hidup, Baginda pernah menyampaikan kuliah selepas maghrib pada akhir bulan Syaaban sebagai mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang bersama baginda ketika itu mengenai kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kuliah yang sangat bermakna itu dirakam oleh Ibn Huzaimah dalam Sohih Ibn Huzaimah. Intisari daripada kandungan kuliah tersebut ialah:

Rasulullah s.a.w. mengingatkan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia itu, dimana ia mempunyai kelebihan yg tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain sepanjang tahun. Antara kelebihannya ialah:

Pertama : Allah mengurniakan salah satu malam dalam bulan itu sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan;

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran; puasa pada siang hari menjadi fardhu dan qiam pada malamnya pula sebagai nafilah atau sunat;

Ketiga : Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan pada bulan itu ia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain;

Keempat : Ramadan bulan kebajikan, sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu;

Kelima : Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah, bahkan dipenghujungnya bebas dari api neraka.

Justeru, di ambang Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil iktibar dan memuhasabah diri daripada kuliah Baginda Rasulullah s.a.w sepertimana berikut:

Pertama : Ramadhan adalah bulan yang Allah berikan peluang kepada umat Islam untuk meraih sebanyak mungkin lambakkan jongkong-jongkong pahala yang dijanjikan kepada orang yg berpuasa. Amalannya tidaklah sangat berat, tetapi ganjarannya berlipat ganda dan sangat lumayan. Oleh itu beberapa soalan yang mesti kita lontarkan ke dalam benak fikiran kita ialah: Tidakkah dengan tawaran-tawaran yg dijelaskan oleh Rasulullah itu sudah cukup membuatkan kita teruja untuk berjumpa dan bersama Ramadhan sekali lagi?, Adakah kali ini kita dapat mendakap Ramadhan seeratnya hingga ke saat Ramadhan beredar meninggalkan kita?. Atau apakah kita memilih sikap dingin dan tidak kisah sehingga kita menjadi orang yang sangat malang kerana apabila Ramadhan berlalu tidak seberapa pun yg kita perolehi? Mungkinkah kita tergolong di kalangan yang telah disindir oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud:

"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar dan dahaga sahaja".

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji dan menyuntik erti kesabaran; sabar dalam melaksanakan apa-apa perintah, akur dan patuh meninggalkan larangan Allah walaupun terpaksa berperang dengan nafsu syahwat dan runtunan syaitan yang terdiri dari makhluk jin dan manusia.

Justeru, orang yang sedang berjuang menjalani ibadah puasa adalah dimuliakan Allah setiap masa, mereka umpama seorang mujahid yang sedang berada di medan perang untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan. Kemuncak penghargaan Allah tersebut dapat difahami dari hadis Nabi yang diriwayatkan oleh (ibnu abi aufa al islami)dimana Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidur orang yg berpuasa diberi pahala sebagai ibadah, diamnya sebagai sedang bertasbih, balasan pahalanya berlipat ganda, doanya diperkenan dan dosanya pula diampun". (Riwayat al-Baihaqi)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ketiga : Kemuliaan Ramadhan yg dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya yang beriman sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan dengan penurunan al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah...".

Malam penurunan Al-Quran juga disebut sebagai malam "Lailatul Qadr" atau malam penilaian. Pada malam tersebut para Malaikat diperintah turun beramai-ramai ke dunia sebagai merayakan penurunan sebuah lagi kitab dari langit yang penuh dengan pertunjuk Ilahi kepada manusia. Ia merupakan kitab suci yang terakhir dan diturunkan kepada Nabi yang terakhir. Al-Quran adalah kitab panduan hidup yang lengkap, sesiapa yang mematuhi dan mengikuti ajarannya ia akan berada di jalan yang selamat, sebaliknya sesiapa yang berdegil tidak mematuhinya ia adalah orang yang sesat di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 1-2:

"Alif, Lam, Ra', (kitab) Al-Quran yang Kami telah menurunkannya kepada Engkau (wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; kecelakaan besar bagi orang yang kafir kerana azab yang sangat pedih (bakal menimpa mereka kelak)".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita sambut, Nuzul Quran demi Nuzul Quran kita rayakan dulu, kini dan selama-lamanya, namun persoalannya ialah: Adakah kita akur, redha dan tenang menerima Al-Quran sebagai panduan hidup kita?. Adakah kita terasa bertuah menjadi umat yang dikurniakan Al-Quran yg mulia ini? adakah kita telah bersedia menjunjung Al-Quran dan mematuhinya sebagai peraturan disegenap aspek kehidupan kita?. Adakah kita mengambil sikap tidak kesah pun terhadap Al-Quran dan pertunjuknya? Apakah kita mengambil sikap pura-pura tidak mendengar apabila orang mengatakan kepada kita sebagai orang yang tidak celik Al-Quran, sedangkan dalam pepatah warisan kita ada kecaman dalam bentuk pantun yg berbunyi:

Sorong papan tarik papan,

Buah keranji di dalam perahu,

Suruh makan dia makan,

Mengaji Al-Quran dia tak tahu.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Soalan-soalan yang berkaitan dengan Al-Quran tersebut adalah soalan yang mesti dijawab dan tiada pilihan, soalan-soalan tersebut akan dikemukakan mengikut giliran yang dirahsiakan oleh yang Maha mengetahui segala rahsia. Apakah sebentar lagi? esok , lusa? tahun ini atau tahun hadapan atau bila-bila masa? Tiada siapa yang tahu.

Sesungguhnya beruntunglah orang yg telah bersedia dengan amalannya, dia pasti akan dapat menjawabnya dengan lancar tanpa ragu, kerana praktis hidupnya yang sentisa iltizam terhadap Al-Quran membantu ia menjawab dengan mudah. Sebaliknya orang yang tidak mengambil berat terhadap Al-Quran, mereka tidak berusaha dan tidak berjihad untuk pandai membaca Al-Quran, malah mereka lalai, malas, angkuh, dan sombong, sudah pastilah mereka akan gugup dan gementar yang tak terperi semasa soalan-soalan itu dikemukakan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam kesempatan yang mulia ini, di ambang Ramadhan yang berbarakah, marilah kita mengkoreksi diri dengan menjadikan Ramadhan sebagai titik perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat dan ummah kepada yang lebih cemerlang dan beristiqamah.

Marilah kita bermunajat kepada Allah agar kita diberi peluang sekali lagi untuk membetulkan segala kesilapan dan kecuaian yang lalu dan akhirnya kita diizinkan melangkah pintu syurga tanpa apa-apa sekatan dan halangan.

"Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang baik daripada apa yang mereka telah kerjakan".

(An-Nahl: 97)

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Engkau bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan di dalam Al-Quran. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Khutbah Jumaat Bacaan 20 Julai 2012

Saturday, July 14, 2012

Tajuk :BERDAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA…(13/07/ 2012) bersamaan23 syaaban

BERDAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA…(13/07/ 2012) bersamaan23 syaaban

Khatib : Ustaz Suhaimi bin Abdul Jalil…

Masjid Nurul Falah Sungai Leman, Sekinchan Selangor Darul Ehsan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di samping sentiasa berusaha melaksanakan segala suruhannya dan melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Berdakwah di jalan Allah SWT adalah merupakan suatu kewajipan dan amal ibadah yang paling baik jika dibandingkan dengan amal-amal ibadah yang lain. Ini memandangkan tugas berdakwah adalah satu-satunya tugas utama yang dilaksanakan oleh para rasul yang telah diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 67:

يَأَيهَا الرَّسولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْك مِن رَّبِّك وَ إِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْت رِسالَتَهُ وَ اللَّهُ يَعْصِمُك مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لا يهْدِى الْقَوْمَ الْكَفِرِينَ‏

"Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; Jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya; Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah daripada menyembunyikan apa juga ilmu dan syariat yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya. Bahkan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Ternyata tugas dakwah ini tidaklah terhenti setakat kewafatan baginda rasulllah s.a.w, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab kita pula sebagai umatnya untuk meneruskan tugas dakwah ini agar manusia tidak tersesat daripada landasan Allah SWT.

Tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu para pendakwah atau para alim ulama' sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat. Setiap individu muslim mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam medan dakwah samada mereka sebagai petani, pegawai, artis, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai pemimpin negara. Pendek kata, apa juga jawatan atau kedudukan mereka, tugas dakwah ini sama sekali tidak boleh ditinggalkan.

Hadis daripada Amru Ibn al-Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

"Sampaikanlah apa-apa daripada ku walaupun satu ayat"

(Riwayat al-Bukhari)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Berbagai-bagai cara boleh digunakan untuk kita menunaikan tanggungjawab berdakwah, bersesuaian dengan peredaran zaman yang semakin mencabar pada hari ini. Dakwah masa kini tidak lagi sekadar ceramah atau kuliah-kuliah di masjid sahaja, bahkan ianya melangkaui dunia tanpa sempadan dengan penggunaan alat-alat elektronik seperti televisyen, internet, media cetak dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan seperti ini boleh digunakan sebagai perantaraan untuk menyampaikan mesej dakwah. Golongan penggiat seni misalnya, boleh menyampaikan mesej dakwah mereka melalui saluran televisyen. Mereka boleh menerbitkan cerita yang mempunyai unsur-unsur dakwah dan nasihat-nasihat yang baik untuk disajikan kepada para penonton. Mereka juga boleh menerbitkan rancangan-rancangan hiburan yang dapat mendidik jiwa anak-anak muda selanjutnya mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT.

Manakala mereka yang tidak mempunyai kemampuan ini samada golongan pekerja, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain boleh menggunakan perantaraan internet, media cetak dan sebagainya untuk menyampaikan mesej dakwah mereka. Apa yang penting, cara yang digunakan mestilah sesuai dengan golongan sasar dakwah agar apa yang disampaikan akan menjadi lebih berkesan.

Apa yang dikesalkan, kemudahan-kemudahan yang baik ini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada dakwah Islam melalui media penyiaran yang telah disalahgunakan untuk menyiarkan cerita-cerita khurafat dan tahyul serta cerita-cerita yang merosakkan moral anak-anak remaja. Media cetak dan internet pula telah disalahgunakan untuk menyebarkan berita-berita fitnah, caci-mencaci, maki-hamun dan sebagainya sehingga menjatuhkan maruah orang-orang yang tidak bersalah. Penyalahgunaan seperti ini mestilah diperbetulkan agar masyarakat umum dapat mengambil manfaat yang baik hasil daripada kemajuan teknologi yang ada ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Selain daripada penggunaan media elektronik, terdapat juga cara-cara lain yang boleh digunakan dan mampu mempengaruhi keberkesanan dakwah masa kini. Antaranya ialah dengan menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik kepada orang lain. Sesungguhnya, budipekerti dan akhlak yang baik adalah merupakan aset penting bagi setiap individu muslim yang dapat dipertaruhkan untuk menarik orang lain menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Rasulullah s.a.w sendiri telahpun membuktikan kepada kita semua, bahawa dengan akhlak yang baik, baginda telah dapat melembutkan hati bangsa Arab untuk menganut ajaran Islam yang disebarkan ketika itu. Kebaikan akhlak Rasulullah s.a.w ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21:

لَقَدْ كانَ لَكُمْ في‏ رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كانَ يَرْجُوا اللهَ وَ الْيَوْمَ الْآخِرَ وَ ذَكَرَ اللهَ كَثيراً

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah".

Lantaran itu, untuk membentuk akhlak yang baik pula mestilah dengan usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh. Ini kerana akhlak yang baik tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia melainkan bagi orang yang telah membiasakan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan yang baik.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perkara yang penting juga dalam kita melaksanakan tanggungjawab dakwah ini, mestilah dilakukan dengan penuh berhikmah. Ini kerana apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dalam keadaan berhikmah akan mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain.Contohnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melkasanakan beberapa program untuk berdakwah seperti karnival mesra masjid dan karnival sukan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran ayat 159 :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ﴿159﴾

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau".

Menggunakan hikmah dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas dakwah adalah amat dituntut oleh Allah SWT sebagaimana yang dapat difahami melalui ayat di atas. Antara hikmah terbaik yang mampu memberikan kesan dalam tugas dakwah ialah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik serta mampu menyerap kedalam jiwa orang yang mendengarnya. Kerana itulah nabi Musa A.S. telah memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kepadanya lisan yang baik dengan harapan supaya dakwahnya dapat diterima oleh Firaun dan pengikut-pengikutnya. Doa baginda ini telahpun dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam surah Toha ayat 25-28:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ﴿25﴾

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ﴿26﴾

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي ﴿27﴾

يَفْقَهُوا قَوْلِي ﴿28﴾

"Nabi Musa berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku".

Berdakwah dengan menggunakan perkataan yang baik ini sememangnya dapat dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu Islam yang ada di tanahair kita. Ini kerana masyarakat Melayu Islam kita sememangnya telah terkenal dengan budi bahasa dan kesopanan yang amat tinggi. Justeru, amatlah malang jika budaya yang telah lama tersemat di dalam jiwa masyarakat Melayu Islam kita ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah di jalan Allah SWT.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sesungguhnya tanggungjawab berdakwah adalah merupakan salah satu kewajipan yang termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Oleh kerana itu, perbuatan meninggalkan tanggungjawab ini pasti akan mengundang kemurkaan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 24:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿24﴾

.Katakanlah(Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA(azab seksaNya)”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik(derhaka)

.

وَأَنذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحْشَرُواْ إِلَى رَبِّهِمْ لَيْسَ لَهُم مِّن دُونِهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ ﴿51﴾

"Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka seorang pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah agar mereka bertaqwa".

(Al-An'am: 51)

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Engkau bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan di dalam Al-Quran. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Sumber: http://www.jais.gov.my

Khutbah Jumaat Bacaan 13 Julai 2012

p/s: insyaallah, selepas ini pada setiap hari jumaat … intipati khutbah akan di update di blog Sahabat Masjid Imam As Syafie sbgai perkongsian bersama …walaupn berbeza tempat dan dr negeri mana kami ambil khutbah ini…

Doakan kami ye sahabat2 , moga istoqamah selepas ini…aminn….. (n______n)v

(Unit Dakwah dan Tarbiyyah SMIAS)

Saturday, July 7, 2012

Lukewarm of Determination

Bismillah Alhamdulillah


Alhamdulillah, Allah berikan nafas sekali lagi untuk menintakan pena di blog SMIAS ini untuk tatapan qudwah bersama. Untuk entri kali ini, kami ingin menyentuh mengenai nilai sebuah KESUNGGUHAN, KEAZAMAN.. dalam diri kita.

Setiap orang punya cetusan rasa suam suatu harapan, hajat, keinginan atau impian yang ingin dicapai, ini merupakan penyebab kenapa hanya segelintir saja menggapai nikmat sebenar kejayaan itu.. kerana cita-cita ini tidak kukuh pada setiap peribadi insan.

Untuk mencapai apa jua yang bernilai dalam hidup ini, kita mestilah berpegang kuat dan tsabat dalam apa yang kita sungguhkan tanpa kenal lelah. Tetapkan suatu kejernihan pada apa jua yang ingin digapai dan berusaha sehabis daya, doa serta tawakkal kepada Allah.

Seperti pepatah english ini "our desires must become burning desires, a resolute will bent only upon achievement." dengan itu jugalah apa yang kita inginkan. Mari mengimbas semula sirah para anbiya dan para pejuang Islam zaman lampau, keteguhan tinggi kepada Allah membuatkan tersemainya kesungguhan yang teguh tunjang akarnya.

Oleh itu, dalam detik masa yang ada ini, renungkanlah kembali seteguh mana sudah akar itu mencengkam sanubari? Keteguhan pada Allah? kesungguhan yang tiada tara yang merupakan tinggalan pejuang-pejuang silam. Buatlah hidup kita terbayar meski dunia itu penjara bagi kaum mukmin, kerana geriji besi itu bukan penghalang bahkan kekuatan.

edited by : Naturemujahid
source : 366 self motivating essays

Tuesday, July 3, 2012

Flower + Honey = LIFE

Bismillah Alhamdulillah

A philosopher once said that "Life is the flower of which the love is the honey". Love in one form or another is the ruling element in life. It is the great instrument of nature, the bond and cement of society, the spirit and spring of the universe.

In our daily lives, we often sees flowers every where, have we ever notice and pause our selves for a moment to recall back on what actually Allah reasons to creat such beautiful being?

We can make an analogy of our life.. Our essence need love in order to smooth the sails in the ocean of tremendous. We need Allah n our living and on what extend we want to reach that? yes.. via Love.

The word "LOVE" is a general and broad term used to describe various degrees of attraction beginning with a strong predilection or liking for anything all the way to the top, being the sense of oneness with Allah and HIS Creation.

On a Material plane the highest form of love can be found in then union of a man and woman in holy relationship been blesses in Islam which known as Marriage. All loves should be simply stepping stones to worshiping Allah, our mighty Lord and creator. Allahuakhbar.
This is what Islam taught us in the revelation and the as-sunnah left by our beloved prophet Muhammad S.a.w.Love is the tranquil which united us all. One's love to family, to his Brothers and Sisters, Family and of course Our holy prophet S.a.w and Allah s.w.t.

By : Yusof Ali
[ Senior Lecture of Adeleine University ]

edited by : Nature mujahid

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...