Wednesday, January 25, 2012

Jaulah ke Ulu Legong Baling


Bismillah Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan diri kita kekuatan.. rezeki baik nikmatnya hingga kini. Allahuakhbar.. besarnya keagungan Allah meliputi langit dan bumi. SubhanAllah.. betapa keindahan ciptaanNya memikat hati.. menjadikan diri ini semakin CINTA pada pemilik keindahan.. pemilik nyawaku


Jaulah ke ULU LEGONG, BALING


Jaulah merupakan aktiviti kemestian kepada Sahabat Masjid Imam As-Syafie
yang diadakan setiap penghujung semester. Aktiviti santai, riadah tapi pada
masa yang sama dipenuhi dengan pelbagai pengisian kerohanian..

Jaulah kali ini diadakan di Pusat rekreasi Ulu Legong Baling, terletak lebih 90km daripada Varsiti tercinta.. Perjalanan pagi itu dimulakan dengan bacaan doa seperti biasa setelah mengalami sedikit menah sebelum bertolak.

Perjalanan mengambil masa dalam 3jam dan berhenti sekejap di perhentian GURUN untuk menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan.



Alhamdulillah.. "welcome to Ulu Legong, Baling"..


Peserta berkumpul di luar pintu masuk Pusat Rekreasi untuk sesi "briefing" oleh Unit Protokol bagi memudahkan pergerakan dan perjalanan sepanjang program berlansung.




Kami kemudiannya berkumpul di dewan Pusat Rekreasi setelah khidmat diri dan makan tengahari.. untuk sesi majlis perasmian Jaulah ini. "Amanat" disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Aus Korni bin Yahya, penasihat Sahabat masjid Imam As-Syafie.



[ Ustaz Yusnaidi, timbalan pengarah Pusat Islam UUM ]

turut bersama dalam menjayakan program Jaulah ini.



[ Amanat daripada Penasihat Sahabat Masjid Kachi
Ustaz Auz Korni bin Yahya ]


Selesai pembukaan majlis oleh yang berbahagia penasihat Sahabat Masjid, aktiviti seterusnya pula bermula.. Untuk Jaulah ini, aktiviti terbahagi kepada dua iaitu "in-door" dan "out-door".

AKTIVITI ( In-Door )

Aktiviti pertama adalah sesi perancangan aktiviti untuk program semester hadapan. Kumpulan terbahagi kepada 4 iaitu setiap daripadanya terdiri daripada 2 Lajnah berbeza beserta dengan MT.


Perbincangan : kumpulan Lajnah Dakwah tarbiah dan
Lajnah Sayangi Siswa



Lajnah Keusahawanan dan Lajnah Sukan serta Kesenian Islam

Seterusnya.. setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan mereka itu pada kumpulan yang lain dan beserta objektif dan matlamat.



Aktiviti seperti ini mampu membina kemahiran insaniah seorang mahasiswa itu, terutama lagi mahasiswa yang bergelar dai'e, banyak manfaat yang boleh diperoleh antaranya ialah kemahiran untuk berkomunikasi dan menjana idea serta kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain dalam satu kumpulan.




Tazkirah Subuh pula keesokan paginya di sampaikan oleh salah seorang exco Sahabat Masjid dan kemudiannya ditambah oleh Ustaz Auz sendiri. Barisan peserta muslimin kemudiannya berTa'aruf bersaam dengan Ustaz Yusnaidi sebelum menangguhkan Usrah Subuh itu dengan tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.





AKTIVITI (Out-Door)

Semestinya, aktiviti yang paling digemari oleh mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti mana-mana program.. iaitu aktiviti luar. Altiviti santai yang membina ukhwah pada masa yang sama membentuk jasmani yang sihat selaku seorang pejuang "fisabilillah"



Ulu Legong, Baling terkenal dengan kolam air panasnya dan itulah matlamat seterusnya setelah selesai beraktiviti di dalam dewan. Air sememangnya panas... so step by step dulu.




"Ukhwah yang tertaut kerana Allah... simpulannya bersifat
ganjil.. tidak akan terputus walau badai melanda
dan tidak akan terhakis walau apa jua yang
berlaku.. Andai ditakdirkan ikatan itu longgar atau terputus

percayalah... ikatan itu akan tersimpul pada ikatan
tali yang lain sehingga menyebabkan ukhwah itu lebih
besar... baik.. seperti indahnya si sang Pencipta"



"Ukhwah di padu... Fikrah di satu...
moto dan lambang tunjang Sahabat Masjid Kachi."



"SAHABAT... mesra berputik.. hadirmu membawa sinar,
cahaya inspirasi. Kau sesungguhnya.. teman dikala
suka.. dan dikala lara, kau tiupkan ketabahan untuk
ku ukir senyuman.. =) "


Seterusnya... Aktiviti 21th Jan 2012, hari kedua berkampung di sini. Pagi itu selesainya bersarapan.. kami menghadiri taklimat tentang perjalanan kami ke puncak bukit. Meneroka hutan simpan kekal di sini.

Kami diiring oleh Ranjer hutan dan merangkap pelatih untuk aktiviti meredah hutan simpan. Ranjer terdiri daripada 2 orang iaitu Pak Supin (nama mesra) dan abang Fuad.



Perjalanan bermula !!!


Bermulanya pengembaraan meredah hutan simpan.. peserta-peserta yang terdiri daripada muslimat (bergerak di baris hadapan) dan diikuti oleh peserta muslimin di barisan seterusnya. Allahuakhbar.. banyak ujian yang dihadapi dan banyak juga pengalaman manis ditempuh bersama sahabat-sahabat



Permulaan perjalanan keadaan normal, hinggalah kami harus melalui laluan sempit yang bersemak dan semestinya dipenuhi dengan pacat. pelbagai ragam yang dilihat disini, Allahuakhbar.. pesta pacat mari.. kehadiran pacar menaikkan lagi semangat untuk meneruskan aktiviti.

Kini tiba di perhentian dimana harus menuruni cerun bukit yang curam dan licin pada masa yang sama. cabaran turut bermula.. dan ana serta beberapa sahabat lain terpisah dalam keadaan tersebut. Allahuakhbar.. dalam hutan yang tebal ni, terputus pula dengan saf hadapan. dihadapan kami kemudiannya terbentang dua jalan.. tak tahu mana satu yang dilalui oleh saf hadapan.. >.<

Allah itu maha mendengar... doa hambanya termakbul, dan kami dapat bersama semula setelah 10 minit tersesat. Selesai menuruni cerun, kami merentasi anak sungai untuk ke destinasi seterusnya.




Perhentian seterusnya ... "sungai angkat"


Gambar diatas ditangkap setelah merentasi anak sungai tadi. Kami dikehendaki menaiki anak tangga kayu sehinggalah tiba di pondok kecil ini untuk berehat 5 minit sebelum memulakan perjalanan semula. Di sini peserta muslimin mengambil peluang untuk membuang semua pacat yang ada.. setiap inci tubuh di jelajahi.. dari tapak kasut, hingga ke dalam seluar dan stokin.

Berlalu 5 minit, kemudian perjalanan dimulakan semula. kali ini berjalan di tepi lerneg berhutan yang mana di sebelah kiri kami letaknya jurang, fuh.. bahaya jika jatuh ni.








Alhamdulillah, perjalanan sejauh 3km berjaya dilalui.. dan kini kami tiba ke destinasi yang dituju.. Air terjun Lata Gading.. sumber air mata air dan kawasan tadahan hujan di Baling. Gambar diatas : peserta mengabadikan kenangan





Alhamdulillah, penat lelah hilang akhirnya dihanyutkan oleh aliran air hutan simpan. Sejuknya sememangnya menyegarkan tubuh yang berpeluh dan disaluti selut. Dalam pada bermandi-manda, dapat menikmati kesejukan alam yang Allah ciptakan.. menambahkan lagi rasa syukur akan kebesaran dan nikmat yang di beri..



Sebelum Zohor dalam jam 11.45pm kami selesai bermandi manda dan bersiap untuk kembali semula ke tempat penginapan unutk membersihkan diri. Kelihatan semua sahabat yang mandi bergetar akibat kesejukan air terjun itu... pasti apa yang tergambar di minda adalah untuk berendam di kolam air panas setibanya nanti.

Alhamdulillah... Jaulah yang singkat namun penuh bermakna sekali. Selesai solat Jamak dan Qasar tengahari itu, semua sahabat muslimin dan muslimat telah siap dengan barang masing-masing.. Bas akan bertolak tepat jam 2.00pm. Rindu rasanya untuk bersama sahabat semua, namun terpaksa berpisah untuk sementara cuma.. insyaAllah semester hadapan kita aakn bertemu lagi..

"Azri.. jaga diri tau, insyaAllah jumpa kamu lagi semester hadapan" sambil memeluk erat sahabat.

"em, kamu juga Dash, jumpa lagi" balasnya.

"Dash, kamu budak Undang-undang kan?" Akak Farhana Flora bertanya

"yup. Ada apa kak? " menoleh belakang ke arah suara itu.

"takda apa, selamat bercuti ye.." ucap akak Farhana lagi

"untuk akak juga. ^^"


Perjalanan kami kini berbeza, Azri dan sahabat yang lain bergerak pulang ke UUM, Varsiti tercinta manakala diri ini dan dua sahabat yang lain pula bergerak ke pekan Baling, untuk ke destinasi seterusnya (rumah keluarga angkat)

Aktiviti : 20-21 Januari 2012
tempat : Ulu Legong, Baling Kedah

by : Lajnah Sahabat Pena (25th Jan 2011)

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...