Wednesday, January 25, 2012

Jaulah ke Ulu Legong Baling


Bismillah Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan diri kita kekuatan.. rezeki baik nikmatnya hingga kini. Allahuakhbar.. besarnya keagungan Allah meliputi langit dan bumi. SubhanAllah.. betapa keindahan ciptaanNya memikat hati.. menjadikan diri ini semakin CINTA pada pemilik keindahan.. pemilik nyawaku


Jaulah ke ULU LEGONG, BALING


Jaulah merupakan aktiviti kemestian kepada Sahabat Masjid Imam As-Syafie
yang diadakan setiap penghujung semester. Aktiviti santai, riadah tapi pada
masa yang sama dipenuhi dengan pelbagai pengisian kerohanian..

Jaulah kali ini diadakan di Pusat rekreasi Ulu Legong Baling, terletak lebih 90km daripada Varsiti tercinta.. Perjalanan pagi itu dimulakan dengan bacaan doa seperti biasa setelah mengalami sedikit menah sebelum bertolak.

Perjalanan mengambil masa dalam 3jam dan berhenti sekejap di perhentian GURUN untuk menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan.



Alhamdulillah.. "welcome to Ulu Legong, Baling"..


Peserta berkumpul di luar pintu masuk Pusat Rekreasi untuk sesi "briefing" oleh Unit Protokol bagi memudahkan pergerakan dan perjalanan sepanjang program berlansung.




Kami kemudiannya berkumpul di dewan Pusat Rekreasi setelah khidmat diri dan makan tengahari.. untuk sesi majlis perasmian Jaulah ini. "Amanat" disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Aus Korni bin Yahya, penasihat Sahabat masjid Imam As-Syafie.



[ Ustaz Yusnaidi, timbalan pengarah Pusat Islam UUM ]

turut bersama dalam menjayakan program Jaulah ini.



[ Amanat daripada Penasihat Sahabat Masjid Kachi
Ustaz Auz Korni bin Yahya ]


Selesai pembukaan majlis oleh yang berbahagia penasihat Sahabat Masjid, aktiviti seterusnya pula bermula.. Untuk Jaulah ini, aktiviti terbahagi kepada dua iaitu "in-door" dan "out-door".

AKTIVITI ( In-Door )

Aktiviti pertama adalah sesi perancangan aktiviti untuk program semester hadapan. Kumpulan terbahagi kepada 4 iaitu setiap daripadanya terdiri daripada 2 Lajnah berbeza beserta dengan MT.


Perbincangan : kumpulan Lajnah Dakwah tarbiah dan
Lajnah Sayangi Siswa



Lajnah Keusahawanan dan Lajnah Sukan serta Kesenian Islam

Seterusnya.. setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan mereka itu pada kumpulan yang lain dan beserta objektif dan matlamat.



Aktiviti seperti ini mampu membina kemahiran insaniah seorang mahasiswa itu, terutama lagi mahasiswa yang bergelar dai'e, banyak manfaat yang boleh diperoleh antaranya ialah kemahiran untuk berkomunikasi dan menjana idea serta kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain dalam satu kumpulan.




Tazkirah Subuh pula keesokan paginya di sampaikan oleh salah seorang exco Sahabat Masjid dan kemudiannya ditambah oleh Ustaz Auz sendiri. Barisan peserta muslimin kemudiannya berTa'aruf bersaam dengan Ustaz Yusnaidi sebelum menangguhkan Usrah Subuh itu dengan tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.





AKTIVITI (Out-Door)

Semestinya, aktiviti yang paling digemari oleh mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti mana-mana program.. iaitu aktiviti luar. Altiviti santai yang membina ukhwah pada masa yang sama membentuk jasmani yang sihat selaku seorang pejuang "fisabilillah"



Ulu Legong, Baling terkenal dengan kolam air panasnya dan itulah matlamat seterusnya setelah selesai beraktiviti di dalam dewan. Air sememangnya panas... so step by step dulu.




"Ukhwah yang tertaut kerana Allah... simpulannya bersifat
ganjil.. tidak akan terputus walau badai melanda
dan tidak akan terhakis walau apa jua yang
berlaku.. Andai ditakdirkan ikatan itu longgar atau terputus

percayalah... ikatan itu akan tersimpul pada ikatan
tali yang lain sehingga menyebabkan ukhwah itu lebih
besar... baik.. seperti indahnya si sang Pencipta"



"Ukhwah di padu... Fikrah di satu...
moto dan lambang tunjang Sahabat Masjid Kachi."



"SAHABAT... mesra berputik.. hadirmu membawa sinar,
cahaya inspirasi. Kau sesungguhnya.. teman dikala
suka.. dan dikala lara, kau tiupkan ketabahan untuk
ku ukir senyuman.. =) "


Seterusnya... Aktiviti 21th Jan 2012, hari kedua berkampung di sini. Pagi itu selesainya bersarapan.. kami menghadiri taklimat tentang perjalanan kami ke puncak bukit. Meneroka hutan simpan kekal di sini.

Kami diiring oleh Ranjer hutan dan merangkap pelatih untuk aktiviti meredah hutan simpan. Ranjer terdiri daripada 2 orang iaitu Pak Supin (nama mesra) dan abang Fuad.



Perjalanan bermula !!!


Bermulanya pengembaraan meredah hutan simpan.. peserta-peserta yang terdiri daripada muslimat (bergerak di baris hadapan) dan diikuti oleh peserta muslimin di barisan seterusnya. Allahuakhbar.. banyak ujian yang dihadapi dan banyak juga pengalaman manis ditempuh bersama sahabat-sahabat



Permulaan perjalanan keadaan normal, hinggalah kami harus melalui laluan sempit yang bersemak dan semestinya dipenuhi dengan pacat. pelbagai ragam yang dilihat disini, Allahuakhbar.. pesta pacat mari.. kehadiran pacar menaikkan lagi semangat untuk meneruskan aktiviti.

Kini tiba di perhentian dimana harus menuruni cerun bukit yang curam dan licin pada masa yang sama. cabaran turut bermula.. dan ana serta beberapa sahabat lain terpisah dalam keadaan tersebut. Allahuakhbar.. dalam hutan yang tebal ni, terputus pula dengan saf hadapan. dihadapan kami kemudiannya terbentang dua jalan.. tak tahu mana satu yang dilalui oleh saf hadapan.. >.<

Allah itu maha mendengar... doa hambanya termakbul, dan kami dapat bersama semula setelah 10 minit tersesat. Selesai menuruni cerun, kami merentasi anak sungai untuk ke destinasi seterusnya.




Perhentian seterusnya ... "sungai angkat"


Gambar diatas ditangkap setelah merentasi anak sungai tadi. Kami dikehendaki menaiki anak tangga kayu sehinggalah tiba di pondok kecil ini untuk berehat 5 minit sebelum memulakan perjalanan semula. Di sini peserta muslimin mengambil peluang untuk membuang semua pacat yang ada.. setiap inci tubuh di jelajahi.. dari tapak kasut, hingga ke dalam seluar dan stokin.

Berlalu 5 minit, kemudian perjalanan dimulakan semula. kali ini berjalan di tepi lerneg berhutan yang mana di sebelah kiri kami letaknya jurang, fuh.. bahaya jika jatuh ni.








Alhamdulillah, perjalanan sejauh 3km berjaya dilalui.. dan kini kami tiba ke destinasi yang dituju.. Air terjun Lata Gading.. sumber air mata air dan kawasan tadahan hujan di Baling. Gambar diatas : peserta mengabadikan kenangan





Alhamdulillah, penat lelah hilang akhirnya dihanyutkan oleh aliran air hutan simpan. Sejuknya sememangnya menyegarkan tubuh yang berpeluh dan disaluti selut. Dalam pada bermandi-manda, dapat menikmati kesejukan alam yang Allah ciptakan.. menambahkan lagi rasa syukur akan kebesaran dan nikmat yang di beri..



Sebelum Zohor dalam jam 11.45pm kami selesai bermandi manda dan bersiap untuk kembali semula ke tempat penginapan unutk membersihkan diri. Kelihatan semua sahabat yang mandi bergetar akibat kesejukan air terjun itu... pasti apa yang tergambar di minda adalah untuk berendam di kolam air panas setibanya nanti.

Alhamdulillah... Jaulah yang singkat namun penuh bermakna sekali. Selesai solat Jamak dan Qasar tengahari itu, semua sahabat muslimin dan muslimat telah siap dengan barang masing-masing.. Bas akan bertolak tepat jam 2.00pm. Rindu rasanya untuk bersama sahabat semua, namun terpaksa berpisah untuk sementara cuma.. insyaAllah semester hadapan kita aakn bertemu lagi..

"Azri.. jaga diri tau, insyaAllah jumpa kamu lagi semester hadapan" sambil memeluk erat sahabat.

"em, kamu juga Dash, jumpa lagi" balasnya.

"Dash, kamu budak Undang-undang kan?" Akak Farhana Flora bertanya

"yup. Ada apa kak? " menoleh belakang ke arah suara itu.

"takda apa, selamat bercuti ye.." ucap akak Farhana lagi

"untuk akak juga. ^^"


Perjalanan kami kini berbeza, Azri dan sahabat yang lain bergerak pulang ke UUM, Varsiti tercinta manakala diri ini dan dua sahabat yang lain pula bergerak ke pekan Baling, untuk ke destinasi seterusnya (rumah keluarga angkat)

Aktiviti : 20-21 Januari 2012
tempat : Ulu Legong, Baling Kedah

by : Lajnah Sahabat Pena (25th Jan 2011)

Thursday, January 5, 2012

Demokrasi dalam Islam : Yusuf Al-Qaradhawi



BISMILLAH ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah, tuhan seru sekalian alam.. kerana membenarkan lagi ana untuk berkongsi sedikit lagi ilmu daripada setitis ilmu yang Allah berikan kepada dunia. Selawat dan salam ke atas junjungan kekasih-Nya.. Rasulullah s.a.w serta para kaum kerabat dan sahabat baginda. moga kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Perkongsian kali ini ingin menyentuh tentang DEMOKRASI. dan apakah pandangan ulama kita tentang idealogi ini?? adakah ianya bercanggah dengan Islam?? atau tidak??




Ketika sibuk mengulangkaji di perpustakaan Varsity, ingin santai sebentar.. dan alhamdulillah. dalam pencarian buku sebagai bahan bacaan ringan, terjumpa buku kat atas ni.. "Sayyid Qutb" merupakan antara tokoh dakwah yang paling dikagumi oleh diri ini.


PANDANGAN YUSUF AL-QARADHAWI

Dalam buku beliau bertajuk "Fiqh daulah dalam perspektif al-Quran dan As-sunnah" ada membincangkan persoalan Islam dan Demokrasi. Dalam bukunya, beliau mengatakan bahawa ada suatu pertanyaan yang diajukanoleh seseorang dari Algeria kepadanya sewaktu berada di sana.

Menurut orang Algeria itu, beliau sangatt terkejut dan hairan apabila mendengar sebahagian orang yang dikenalinya bersemangat, dan sebahagian lagi menisbahkan diri kepada beberapa jemaah Islam yang menyatakan bahawa demokrasi tidak diakui dalam Islam.

Malah sebahagian Ulama mengatakan bahawa demokrasi boleh membawa kepada kekufuran. Ini berdasarkanalasan bahawa demokrasi memberi hak kepada rakyat dalam menetapkan hukum, sedangkan sepatutnya bukan rakyat tapi ALLAH s.w.t



Kemudian berkembang pula pendapat mengatakan bahawa Islam menolak demokrasi dan menegakkan diktator. Berdasarkan kenyataan ini, pelbagai persoalan akan timbul. Antaranya,

1. Benarkah Islam menolak demokrasi??
2. benarkah demokrasi membawa kepada kekufuran dan kemungkaran sebagaimana yang di dakwah oleh beberapa golongan??

3. Atau pendapat seperti ini hanya sekadar padangan atas nama Islam, padahal Islam tidak bersetuju dengan pendapat tersebut??

Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa telah dicampur adukkan dengan hak & batil oleh orang muslim secara umum serta golongan yang berbicara atas nama agama secara khusus sehingga timbul persoalan diatas.

Oleh itu beliau menjelaskan bahwa kaedah yang disepakati oleh ulama terdahulu dalam menghadapi masalah seperti ini ialah hukum tentang sesuatu merupakan cabang daripada konsepnya.

Al-Qaradhawi menjelaskan juga bahwa sesuatu hukum itu mesti diasaskan kepada "fiqh Muwazanah (pertimbangan).

Jika Demokrasi itu dikatakan bertentangan dengan Islam.. dari sudut manakah ianya bertentangan? apakah ada dalil mengatakan pertentangan ini??

UNSUR DEMOKRASI SELARI DENGAN

ISLAM



Islam menolak seseorang itu menjadi Imam solat yang tidak disukai oleh makmum dibelakangnya. Dalam sebuah hadis disebutkan

"Tiga golongan yang solatnya tidak boleh naik diatas kepala
mereka sekalipun hanya sejengkal.. iaitu seseorang yang mengimani
suatu kaum dan mereka tidak suka kepadanya...."
- Ibnu Majah


Berdasarkan hadis diatas, jika begitu keadaannya dalam menunaikan solat, bagaimana pula dengan pelbagai urusan kehidupan yang lain termasuk politik??

Dalam sebuah hadis sahih menyebutkan

"sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu cintai dan mereka
pula mencintaimu, mereka yang kamu doakan dan mereka mendoakan
kalian. dan seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci
yang dikutuk oleh kamu dan mereka pula mengutuk kamu"

(Hadis riwayat Muslim)


Jelas lagi bersuluh unsur demokrasi itu sebenarnya terdapat dalam Islam. Oleh itu wajib bagi siapa pun untuk menjalankan hak mereka selaku rakyat untuk mengundi pemimpin yang mereka sukai dan yang mengamalkan ajaran Islam dalam pemerintahannya.

sumber : Biografi Tokoh Dakwah [Sayyid Qutb, cetusan idea seorang pejuang]
penulis : Mohamad Kamil AB Majid
Norafifah AB Hamid
Norhidayah Mohammad
terbitan : Dewan bahasa dan pustaka 2010


Wednesday, January 4, 2012

Ukhwah kerana Allah itu pasti


BISMILLAH ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
(mudah-mudahan anda mendapat keselamatan, rahmat dan berkah dari Allah)


Tahun baru Masihi telah tiba, kedatangannya menyapa, menyingkap satu lagi lembaran musim kehidupan kita di bumi... membuahkan episod-episod dakwah kehidupan kita InsyaAllah.. seiring dengan itu, ana mewakili saf kepimpinan Sahabat Masjid Imam As-Syafie mengucapkan selamat melangkah ke tahun baru Masihi 2012 bersamaan 1433 H.



Ceritera kitA

Pembukaan untuk tahun baru 2012 ni, ana nak bercerita pula... moga dalam lautan cerpen ini, antum semua sedikit sebanyak memperoleh mutiara-mutiara muhasabah untuk kehidupan mendatang...


"Salam, Umar, Azri, dah bangun??? jom turun " mesej di taip pagi itu..

menyingkap tirai pagi itu, cuaca cerah dan suam memanaskan bumi sintok.. bukit Kachi yang dihuni oleh dua DPP dalam varsiti UUM.

"mesej tak dibalas lagi, em.. takpa, baik mengemas dulu " monolog ku.

Meja yang sememangnya bersepah dengan past year question, buku tort dan kes-kes yang perlu di hafal.. Sudah sinonim bergelar mahasiswa.. waktu menggerunkan sekali tentulah waktu final exam.. tapi tiada yang patut ditakuti lebih selain Allah.

Bit...bit.. nada dering "hadid alwi- indtrumental doaku" kedengaran... tertera di skrin
1 MESSAGE RECEIVED......

"Salam, pagi ini akan diadakan aktiviti masak di masjid pada jam 9pagi. Bagi sahabat yang berkelapangan dijemput turun untuk membantu sekali, bagi yang ada exam, utamakan exam. -kak Yana "

"^^ ustaz dah g tau semalam lagi.. hehe" cetus hati kecilku.

selang beberapa minit kemudian, Azri pula menghantar mesej, kami bergerak turun ke masjid tepat jam 9.30am.

Masjid Kachi kelihatan lengang... tiada kedengaran suara vakum yang menjadi kelaziman pak Mat.

"eh mana pak Mat? tiada orang pun" tanya diriku

"Pak Mat dan ustaz keluar beli barang la tu" jawab Azri.


Dalam pada berEXAM.. Janganlah sesekali lupa amanah kita.. selaku hamba Allah.. hablu minAllah.. hablu minan'nas. Pergantungan kepada Allah itu penting.. bukannya pada STUDY kita, tapi jangan abaikan study...

Selang puluhan minit kemudian.. pak Mat tiba, Abdul Rahman juga ada bersama.. alhamdulillah, ada juga muslimin. (muslimat selalu conquer)


Masak bermula

Bahan-bahan perlu disiapkan dulu... barulah boleh memasak.. santai-santai camni juga boleh dapat pahala.. kerana kita menolong memudhkan urusan orang lain.. pada masa sama boleh mentaqarrub diri tentang kekuasaan Allah.



Kami tidak bertiga.. tapi makcik dan pakcik UPSB
turut tolong sama..

[ Manisnya berjemaah ]




Petai !!!!!!!!!!!!

PENGEMBAR@@N MENCARI ULAM


Semakin ramai makcik datang membantu...

"eh.. Azri, makcik blok kamu tu kan? "

"yup.." sambil kami tunduk tanda hormat kepada orang yang lebih tua.

"blok kamu makcik.. blok sa pula pakcik.. teda ni turun sa nampak.. haha, sibuk kali"

*****
"ni... sapa nama " Mak chak melambai tangan memanggil kami

"ya da pa mak Cak?? " respon ku.

"boleh tolong mak cak, ambil ulam mengkudu dekat atas bukit tu " bercakap dalam pelat Kedah., sambil tangan menunjuk kearah cerun bukit blok lelaki Bank Rakyat.

"InsyaAllah mak cak. bole saja" sahut ku.

Kami bertiga memulakan ekspedisi mencari ulam.. pucuk muda untuk santapan tengahari nanti. wah-wah.. mencabar juga. careful guys !!



Tidak sekadar di situ... kini mencari serai pula... hehe, tidak sukar untuk mencari, sebab tumbuh dekat saja dengan masjid.

"Azri... kurusnya serai ni.. kat rumah gemuk ja" perli ku

"tak taulah juga saya Dash, a.ah " sambil memotong akar pada serai yang ingin diambil

"bukan macam tu, mari pak mat tunjuk cara." lelaki yang sa kagumi, walau di usia sebegini masih kuat untuk berbakti. banyak ilmu yang dapat ditimba.

"potong akar macam ni.. supoaya yang tumbuh nanti tidak kurus. dia jadi kurus sebab teknik salah dalam memotong.." jelas pak mat.

"Oh..." angguk kami





Kak Dina.. salah seorang MT tolong sekali memasak Ikan..


TROPIKA.. NIKMAT



Cuaca tropika pula rasanya.. lihat gambar diatas.. kami berada kat pulau ke??? hehe, pokok kelapa pula.. ceciter... ceciter..



"Kelapa ni boleh makan tak? " tanya Azri sambil ditangannya memegang kelapa muda, kecil dan bujur bewarna oren kekuningan.

"eh.. kelapa! " excited. lalu tanya kepada pak mat perihal kelapa tu.. pak mat cakap.. nak makan makn jangan minta pak mat..sebab bukan pak mat yang tanam. huhu.. bole jah.

apa lagi. jom belah buah... Mak cak tolong sebagai hadiah untuk kami..





nikmatnyeRRR.. alhamdulillah




Akhirnya... sesi masak selesai.. kami semua menjamu selera, nikmatnyer terasa... dalam mengisi perut kenyang... dapat pula menambah pahala insyaAllah.. moga ukhuwah Exco dan Mt Sahabat Masjid dengan pak mat dan semua berkekalan demi kelancaran gerak kerja Islam juga..




Inilah kami.... barisan saf Sahabat Masjid Kachi 2011

Kedengaran surah al-baqarah di alunkan melalui speaker masjid.. Alhamdulillah.. sekian untuk kali ini dulu pena wakafku untuk Blog SM tercinta ni..

by ; nature mujahd
date : 2nd January 2012


















sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...