Petang itu, suasana cukup hening... sayu saja terasa. Kedengaran deruan enjin pesawat yang bakal memulakan perjalannya.. Aku menghantar tetamu yang merupakan sahabatku setelah selama sebulan menjadi tetamu yang sangat ku muliakan dan nantikan. Terasa mutiara jernih panas meniti lurah kerinduan... lalu sahabatku itu mengesatnya dengan dakapan tarbiyah.
"ana pasti akan merinduimu sahabatku.. bilakah lagi kita dapat bertemu?" tanyaku kepadanya.
"Ana juga begitu.. pasti akan merinduimu.. jika tuhanku dan tuhanmu (ALLAH) mengizinkan, insyaAllah kita akan bertemu juga lagi.".
Sahabatku itu meneruskan lagi bicaranya "biarpun ana akan pergi meninggalkan enta dan sahabat yang lain, tapi telah ku tinggalkan taqwa padamu dalam bungkusan al-Qadar. Jika bertemu lagi.. ana akan bawa lagi hadiah seribu bulan itu."
Lapangan terbang Darul Taqwa itu menjadi saksi... kapal terbang itupun berlepas...
Aku dan Syawal melihat dari jauh.... ianya beransur-ansur hilang dari pandangan
"selamat kembali kepada fitrahmu sahabatku. Taqabballahu minna waminkum". "jazakallah khair sahabatku Syawal.."
Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita untuk setahun ini, tangisan para malaikat memenuhi ruang antara langit dan bumi. Syahdu pemergiannya disambut dengan gema kemenangan Syawal..
ketahuilah.... Syawal bukan bermakna mengurangkan ibadat dan kesungguhan kita dalam mematuhi perintah Allah. Bahkan Syawal ialah pelengkap dan penyempurna kepada Ramadhan. Mari kita bermuhasabah diri sebentar......
-adakah masih dapat dilihat manusia yang berpuasa selepas Ramadhan?
-bacaan al-Quran kita meningkat tidak??
-istiqomah pada bulan Ramadhan lalu masih berbaki lagi ka??
Sempurnanya puasa kita itu hanya apabila zakat ditunaikan dan Syawal menjelma. Bukti puasa kita diterima dan sempurna??? InsyaAllah apabila kita dapat mengekalkan bersabar dan istiqomah amalan soleh selepas Ramadhan...
akhir pena...... ana mengajak para pembaca dan diri ini khususnya... marilah kita menunaikan puasa 6 di bulan Syawal yang masih berbaki ini. Marilah bersama-sama berusaha menjadi insan yang sentiasa istiqomah dengan amalan soleh.
sabda Rasulullah s.a.w "wahai sekalianmanusia, hendaklah kamu beramal sekadar mampu, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu yang jemu. Dan sesungguhnya sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit"
Ana mewakili saf kepimpinan Sahabat Masjid Kachi ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... taqabballahu minna waminkum...
Amin ya rabb ar-Rasyid
No comments:
Post a Comment