Wednesday, September 21, 2011

Fiqah berinteraksi dengan non-Muslim (Hukum berkongsi menyambut perayaan non-Muslim))


Bismillah Alhamdulillah.......... Allah menjadikan manusia di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Mereka menganut pelbagai agama dan budaya. Ruang yang Ruang yang terhad diatas muka bumi ini menjadikan mereka hidup dalam satu ruang lingkup yang terhad. Mahu tidak mahu, mereka kena berinteraksi sesama sendiri.

Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikhisme ialah antara agama-agama anutan masyarakat Malaysia. Oleh itu, orang islam perlu bergaul dan berhubung dengan golongan bukan Islam dalam banyak urusan. Ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam berinteraksi dengan non-muslim iaitu SYARIAT & STRATEGI.


Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kecenderungan media massa dan gedung-gedung perniagaan memperomosikan konsep perayaan apabila dua perayaan ini disambut pada tarikh yang hampir sama. Ekoran itu, lahirlah istilah-istilah "kongsi raya" dan "Deepa raya" yang kononnya menggambarkan keharmonian masyarakat Malaysia. Situasi ini menimbulkan persoalan genting keharusan orang islam menyambut perayaan orang bukan Islam atau menggabungkan perayaan orang Islam dan perayaan agama lain.


Dalam hal ini, Muslim perlu sedar bahawa hanya Islam agama yang diredhai Allah. Firman Allah yang bermaksud : "sesungguhnya Allah memilih agama untuk kamu, janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim" surah Al-Baqarah :232


"Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah ialah Islam" surah Ali Imran :19


Setiap Muslim tidak boleh redha dan rela kepada agama lain. Dengan kata lain, jangan sesekali berpegang bahawa semua agama adalah sama sahaja kerana kononnya semua agama menyuruh kepada kebaikan. Hal ini kerana semua agama menyuruh kepada kebaikan tetapi persoalan utama ialah akidah tauhid kepada Allah. Inilah perbezaan utama antara Islam dan bukan Islam.

Perasaan redha kepada agama lain menyebabkan seseorang itu kufur. Ini bertepatan dengan kaedah yang disusun hukama :

"Redha dengan kekufuran adalah kufur, dan redha dengan maksiat adalah juga maksiat"

Kaedah ini difahami daripada firman Allah :

"Dan Allah tidak rela bagi hamba-hambanya akan kekufuran"

(surah al-Zumar :7)


Tidak harus bagi seorang Muslim menghadiri perayaan agama lain. Ini berdasarkan ciri-ciri hamba Allah yang beriman sebagaimana dijelaskan dalam ayat 72 surah al-Furqan :


"Dan mereka (hamba al-Rahman) tidak menyaksikan majlis dusta"


Menurut Imam al-Qurtubi antara sifat hamba Allah ialah mereka yang tidak menghadiri pendustaan dan kebatilan atau mereka yang menyaksikannya. Tafsir ini juga disepakati oleh al-Dahhak,, Ibn Zaid dan Ibn Abbas. Ibn Abbas juga melaporkan, majlis dusta yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah perayaan-perayaan orang kafir. (tafsir Al-Qurtubi, surah al-Furqan, ayat 72, juz 13, hal. 85-86)


Namun begitu, Islam bukannlah menganjurkan umatnya membenci penganut agama lain. Islam mahukan harmoni dalam masyarakat dan dakwah berjalan dengan baik.

2 SYARAT MEMENUHI JEMPUTAN PERAYAAN NON-MUSLIM


1. Lokasi dimana ia diadakan


- Jika jemputan tersebut di gereja atau di kuil, jemputan ini tidak wajar diterima kerana ia satu simbolik kepada perayaan agama dan seolah-olah Muslim redha dengan agama tersebut.


"Walau bagaimanapun, satu sudut lain di mana ia dibuat atau diadakan di rumah non Muslim atau dewan, maka ia tidak lagi melambangkan perayaan agama semata-mata, tetapi sudah bercampur dengan program sosial dan masyarakat"

Maka ketika ini, tidak salah untuk muslim menghadiri jemputan kerumah terbuka sempena perayaan agama dengan niat menghubungkan tali persahabatan, kejiranan dan sebagainya.


2. Bukan bertujuan mengagungkan agama lain

- Membesarkan agama lain merupakan kesalahan besar dalam Islam. Tujuan hadirnya hanya untuk aktiviti masyarakat dan bersahabat. Ulama mazhab Hanafi menyebutkan bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji tembikai kepada non-Muslim dengan tujuan untuk membesarkan perayaan tersebut, maka ia telah Kufur. (Kitab Ahkam ahli Zimmah, juz 2 hal 158)


Pelbagai lagi antaranya persoalan yang perlu dijaga dan di teliti dalam menjalankan tahalusiasi terhadap mereka yang
non-Muslim..

Bahan lanjutan bolehlah dirujuk kepada penerbitan Telaga
biru...







oleh: Ust. Mohammad Nidzam Abd Kadir
http://nizamkadir.blogspot.com

sumber :Fiqah berinteraksi dengan non-Muslim
Telaga Biru

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...