Wednesday, May 2, 2012

Enam Persoalan Hidup



S
uatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
"mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
"masa lalu ". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
"nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
"memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah
"lidah manusia" . Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Wednesday, April 18, 2012

Implementasi Ihsan


“Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.”

Sungguh, hal ini berkait rapat dengan apa yang mahu ana bawa ikhwah dan akhawat sekalian rasa, sedar dan faham. Ana nak ajak antum sekalian untuk lihat pengertian ihsan dalam kehidupan kita. Fungsi dan peranannya. Ya, bukan sekadar kefahaman, tapi dengan kesedaran. Yang penting ialah implementasi.

Ihsan hakikatnya ialah merasai kehadiran Allah dalam seluruh kehidupan kita. Inilah yang dipanggil syuur maiyyatullah. Satu analogi mudah yang diberikan oleh seorang murabbi, “ masa ana kecil dahulu, ana suka pekena orang, ana minta kawan ana cerita pada ana cerita semalam yang tayang kat tv. Dia naik basikal dan ana belakang dia, tapi bila dia mula mengayuh, ana tinggalkan dia, jadi diapun cerita seorang tanpa sedar yang ana sebenarnya dah tiada belakang dia “

Lalu dia menyambung “ kenapa dia cerita seorang diri?”

“ Sebab dia YAKIN ana ada belakang dia”

Ikhwah dan akhahwat, nampak? Sungguh, begitulah kita sepatutnya dengan Allah. Hubungan kita dengan Allah bukan hubungan fizikal, tapi hubungan intelektual, emosi dan hati.

Kita tahu Allah ada, itu hubungan intelektual. Tapi ini tidak cukup lagi.

Kita SEDAR dan RASA Allah ada, itu hubungan HATI.

Syu’ur maiyyatullah, ialah merasai kehadiran Allah dalam kehidupan. Hubungan hati ialah RASA dengan KESEDARAN. Disitulah berputiknya CINTA, HARAP dan TAKUT pada Allah.

Inilah hakikat IMAN

Iman yang berfungsi seperti kata Abu A’la Al-Maududi ialah iman yang mendorong untuk kita taat pada Allah. Iman yang bergerak ialah iman yang memandu seluruh hidup ini kearah Ubudiah pada Allah.

Sungguh, ia tidak ubah seperti akar yang menunjangi pokok. Dan buah-buah pokok itu ialah apa yang kita katakan sebagai syakhsiah Islamiah(keperibadian seorang muslim). Dan ini perlu kepada proses! Islam yang realiti perlu proses. Dan tidak lain tidak bukan ialah proses hati.

Kefahaman bukan difikiran, tapi ialah tindakan.

As-Syuur maiyyatullah, merasai kehadiran Allah, itulah ihsan. Dan disitu, kita SEDAR dan RASA bahawa kita ialah hamba setiap masa, dimana sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun.

Dan kita RASA dan SEDAR Allah itu ialah Ilah dan Rabb setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun dan dimana sahaja. Ya, kita hakikatnya tidak cuti walau satu detik dari menjadi hamba. Dan sungguh, ihsan bawa kita kepada satu hakikat bahawa menyembah Allah itu sepatutnya berlaku pada setiap tingkah laku, tindak tanduk, perilaku kita dan setiap susut kehidupan kita.

Inilah Islam yang menyeluruh.

Sebab....

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri mereka pada-Ku “ Surah Ad-Zariat, ayat 56

Hanya untuk pengabdian, seluruh hidup ini. As-Syahid Syed Qutb menafsirkan ayat ini dengan mengatakan jika kita tidak merealisasikan tujuan hidup kita, iaitu ubudiah, maka kita tiada fungsi dalam hidup ini.

Ya, tiada fungsi....

Inilah hidup kita....bagi hati-hati yang menyedari

Moga Allah redha....



Saturday, March 17, 2012

Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah Pusat Islam & AGM SMIAS


Bismillah Alhamdulillah

Sekretariat Sahabat Masjid Imam As-Syafie telah menganjurkan majlis Ramah mesra bersama Pengarah Pusat Islam dan Annual grand Meeting 2012 pada rabu yang lepas ( 2012 )

Majlis telah berlansung dengan jayanya alhamdulillah.. Allah telah memberi kekuatan kepada para SMIAS untuk bergerak kerja. Program bermula selepas Isyak dengan ketibaan VIP jemputan iaitu DR.Ismail Ishak selaku pengarah Pusat Islam diiringi oleh Ustaz Mokhtar selaku Imam besar masjid Sultan Badlishah dan penasihat SMIAS, Ustaz Aus Korni bin Yahya

Sebelum melangkah ke tempat khas yg disediakan untuk tetamu VIP, tetamu kehormat mengabadikan autograf pada buku istimewa yang disediakan.

[ Ustaz Aus Korni bin Yahya ]

[ Imam besar Masjid Sultan Badlishah ]


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Khalifah Omar [ Mantan SMIAS dan juga YDP PERKIM 2011 ] dan seterusnya majlis dimulakan. Tujuan utama majlis seperti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan SMIAS kepada Tuan pengarah pusat Islam sekaligus memperkenalkan saf pimpinan yang baru bagi sesi 2012.


Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan kepada SMIAS oleh penasihat SMIAS sendiri untuk memberi penjelasan apa itu sebenarnya sekretariat sahabat masjid.

Seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat Islam sendiri untuk memberi nasihat membina sekaligus merasmikan majlis pada malam itu. Masih berbekas lagi apa yang dikatakan oleh Dr.Ismail Ishak... masa itu sangat penting..


Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan sedikit gimik yang disediakan khas oleh naib presiden SMIAS saudara Muhammad Aqmarul Azri bin Azmi.



Pengisian majlis ramah mesra ini turut melibatkan pameran booth-booth daripada 8 Lujnah atau unit yang bernaung dibawah SMIAS.. unit-unit ini adalah :

  1. Lujnah Dakwah dan Tarbiah
  2. Lujnah Sayangi Siswa ( amal makruf nahi munkar )
  3. Lujnah Kebajikan dan Akademik
  4. Lujnah Sahabat Pena ( Informasi & penerbitan )
  5. Lujnah Keusahawanan ( Ekonomi )
  6. Lujnah Fasilitator ( perhubungan luar )
  7. Lujnah Kesenian Islam ( kesenian dan sukan )
  8. Lujnah Kolokium Pusat Islam ( KPI )

[ Barisan saf pimpinan dan exco SMIAS 2012 ]

Majlis malam itu dihadiri oleh lebih dari 100 orang mahasiswa dan siswi yang menunjukkan kesungguhan mereka pada program-program kerohanian dan juga pembangunan karakter insaniah.

Dibawah ini antara sebahagian daripada peserta yakni hadirin yang turut memeriahkan majlis pada malam itu.




UKHWAH DEMI ALLAH ITU PASTI

Majlis kini telah selamat dirasmikan, dan VIP diikuti oleh Penasihat SMIAS mengiringi untuk meninjau booth-booth yang disediakan dan dikendalikan oleh Exco dan timbalan masing-masing.

Sesi fotografi bermula baik candid mahupun bukan candid... inilah kebahagiaan dan keceriaan dalam organisasi bergelar SMIAS ( Sahabat Masjid Imam As-Syafie ).

" Ukhwah kerana Allah terjalin...
mengikat hati-hati syabab dijalan juangnya."

"Senyuman manis kepada saudaramu itu sedekah...
bahkan memberi kekuatan yang luar biasa dikala suram dan sakitnya
dunia melanda"

"Aishiteru ya Allah.... Saranghea Ya Rasulullah"

"Masih segar di ingatan.. saat mesra berputik...
hadirmu membawa sinar.. cahaya inspirasi. Tika ku buntu menyelubungi
tubuh, kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman :) "

Pemandangan disekitar booth Exco Keusahawanan.. unit yang bergerak membantu menjana kewangan dalam bergerak kerja.. meningkatkan syariat Islam.


Pemandangan di sekitar booth Kesenian Islam, Exco yang bertanggungjawab mengintegrasikan kesenian mengikut acuan Islam disamping kesyumulan Islam dalam bersukan.




Booth Exco Sayangi siswa juga tidak kurang hebatnya.. pendekatan yang digunakan dengan pelbagai permainan, game yang menguji minda sehingga dapat menarik ramai mahasiswa tetapi juga "foreigner"

[ Saudara AKmal selaku exco Sayangi siswa (kiri) bergambar
bersama dua pengunjung "foreigner" yang ditemui. Exco Kesenian Islam
Muhammad Shaharul (kanan)]


Banyak lagi program yang akan menyusul yang akan dilakukan untuk semester ini dan semester akan datang.. kerjasama bersama amat diharapkan kerana menuntut ilmu fardhu Ain itu wajib dan perlulah selari dengan ilmu dunia yang dikejar.


Ukhwah dipadu Fikrah disatu

Friday, February 17, 2012

Saya juga 1st Class student



Bismillah Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah... kini semester baru bermula lagi.
Pihak Sekretariat Sahabat Masjid Bukit Kachi ( SMIAS ) mengucapkan selamat memulakan
semester baru ini.


[ Lihat gambar diatas? Jom jadikan azam kita ]


Sedikit buah tangan dari kami untuk sahabat-sahabat semua,
moga bermanfaat hendaknya insyaAllah.


Pointer !!! CGPA? GPA??

Tahniah diucapkan pada sahabat yang menempah keputusan cemerlang pada keputusan peperiksaan baru-baru ini , naikkan lagi. Bagi yang masih belum mempunyai rezeki... Allah nak sahabat lakukan yang terbaik lagi insyaAllah.. hadiah Allah itu menunggu.


"Develop the attitude of gratitude
and give thanks to everything that happen to you.
knowing that every step forward
is a step toward achieving something bigger..
and better than your current situation"

Jadikan kata-kata semangat ini kekuatan dikala jatuh... kerana Allah ada sesuatu yang baik untuk kita sebenarnya. so.. LETS MOVE FORWARD

Buah tangan ( 1-10 )

1. Datang/hadir semua tutorial

2. Berhubung baik dengan TUTOR anda - fikir mereka sebagai sekutu dan bukannya musuh

3. Berhubung dengan Lecture sentiasa - melalui email.. birthdy mereka jadikan mereka kawan

4. "Get organize & stay organize"

5. Gunakan masa dengan bijak

6. "Takes note"

7. Gunakan buku teks

8. Ikut peraturan menulis yang betul - APA system... format essay

9. BELAJAR - Asingkan waktu kuliah dan belajar sendiri

10. "GET GOOD AT EXAM"

10 buah tangan diatas antara yang perlu dipraktikkan oleh kita... nampak mungkin selekeh atau remeh namun bermuhasabah dirilah..

Tanya diri yang mana mendapat keputusan rendah tu... apa masalahnya. Allah beri keputusan itu berdasarkan kualiti usaha kita.. ^^


Selain itu.. fahami habit dan jenis belajar anda juga penting.. nak tahu lebih lanjut mengenai tips-tips ini? insyaAllah boleh letakkan alamat email antum semua kat bawah bahagian komen nanti.


Persediaan awal itu penting... ringan-ringankanlah tulang untuk bermula dari sekarang untuk ke Perpustakaan.. jadilah bijak sahabat semua, namun inigin di tegaskan sekali lagi.. usaha tanpa pergantungan kepada Allah adalah sia-sia. ^^


"Sebagaimana luruhnya daun..
janganlah menganggap gugurnya dirimu menandakan
berakhirnya suatu perjalanan..

ketahuilah

Daun yang gugur itu menjadikan tanah lebih subur
untuk pucuk baru bertunas..
menjadi lebih baik dan cemerlang lagi"


Selamat memulakan semester baru





Friday, February 3, 2012

12 Musim Bunga


Bismillah Alhamdulillah


Gemersik unggas bertasbih
mengiringi hening Subuh
Rahmat meliputi segenap ruang
Jazilah Arab sinar benderang
purnama Kelahiran
kekasih Ar-Rahman

Binnabil Huda ya Rasul salam
wa'ja mursalah rahmatalil alam
Alaika sollatu alaika salam
wa sohbikal watabi'inal Kiram

Ya Mustafa Rasulullah
ya nabi.. ya Sayidi
sollu...
sollu ya rasul

Abad Silam Sirahmu
kini 1433 tahun berlalu
Maulid Rasul mekar
kerinduan sekalian umat
pada ya Rasul
pada ya Habib..

12 musim bunga itu
rahmat kelahiran
gerhana pemergian


by : SMIAS UUM

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...