Saturday, March 17, 2012

Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah Pusat Islam & AGM SMIAS


Bismillah Alhamdulillah

Sekretariat Sahabat Masjid Imam As-Syafie telah menganjurkan majlis Ramah mesra bersama Pengarah Pusat Islam dan Annual grand Meeting 2012 pada rabu yang lepas ( 2012 )

Majlis telah berlansung dengan jayanya alhamdulillah.. Allah telah memberi kekuatan kepada para SMIAS untuk bergerak kerja. Program bermula selepas Isyak dengan ketibaan VIP jemputan iaitu DR.Ismail Ishak selaku pengarah Pusat Islam diiringi oleh Ustaz Mokhtar selaku Imam besar masjid Sultan Badlishah dan penasihat SMIAS, Ustaz Aus Korni bin Yahya

Sebelum melangkah ke tempat khas yg disediakan untuk tetamu VIP, tetamu kehormat mengabadikan autograf pada buku istimewa yang disediakan.

[ Ustaz Aus Korni bin Yahya ]

[ Imam besar Masjid Sultan Badlishah ]


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Khalifah Omar [ Mantan SMIAS dan juga YDP PERKIM 2011 ] dan seterusnya majlis dimulakan. Tujuan utama majlis seperti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan SMIAS kepada Tuan pengarah pusat Islam sekaligus memperkenalkan saf pimpinan yang baru bagi sesi 2012.


Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan kepada SMIAS oleh penasihat SMIAS sendiri untuk memberi penjelasan apa itu sebenarnya sekretariat sahabat masjid.

Seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat Islam sendiri untuk memberi nasihat membina sekaligus merasmikan majlis pada malam itu. Masih berbekas lagi apa yang dikatakan oleh Dr.Ismail Ishak... masa itu sangat penting..


Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan sedikit gimik yang disediakan khas oleh naib presiden SMIAS saudara Muhammad Aqmarul Azri bin Azmi.



Pengisian majlis ramah mesra ini turut melibatkan pameran booth-booth daripada 8 Lujnah atau unit yang bernaung dibawah SMIAS.. unit-unit ini adalah :

  1. Lujnah Dakwah dan Tarbiah
  2. Lujnah Sayangi Siswa ( amal makruf nahi munkar )
  3. Lujnah Kebajikan dan Akademik
  4. Lujnah Sahabat Pena ( Informasi & penerbitan )
  5. Lujnah Keusahawanan ( Ekonomi )
  6. Lujnah Fasilitator ( perhubungan luar )
  7. Lujnah Kesenian Islam ( kesenian dan sukan )
  8. Lujnah Kolokium Pusat Islam ( KPI )

[ Barisan saf pimpinan dan exco SMIAS 2012 ]

Majlis malam itu dihadiri oleh lebih dari 100 orang mahasiswa dan siswi yang menunjukkan kesungguhan mereka pada program-program kerohanian dan juga pembangunan karakter insaniah.

Dibawah ini antara sebahagian daripada peserta yakni hadirin yang turut memeriahkan majlis pada malam itu.




UKHWAH DEMI ALLAH ITU PASTI

Majlis kini telah selamat dirasmikan, dan VIP diikuti oleh Penasihat SMIAS mengiringi untuk meninjau booth-booth yang disediakan dan dikendalikan oleh Exco dan timbalan masing-masing.

Sesi fotografi bermula baik candid mahupun bukan candid... inilah kebahagiaan dan keceriaan dalam organisasi bergelar SMIAS ( Sahabat Masjid Imam As-Syafie ).

" Ukhwah kerana Allah terjalin...
mengikat hati-hati syabab dijalan juangnya."

"Senyuman manis kepada saudaramu itu sedekah...
bahkan memberi kekuatan yang luar biasa dikala suram dan sakitnya
dunia melanda"

"Aishiteru ya Allah.... Saranghea Ya Rasulullah"

"Masih segar di ingatan.. saat mesra berputik...
hadirmu membawa sinar.. cahaya inspirasi. Tika ku buntu menyelubungi
tubuh, kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman :) "

Pemandangan disekitar booth Exco Keusahawanan.. unit yang bergerak membantu menjana kewangan dalam bergerak kerja.. meningkatkan syariat Islam.


Pemandangan di sekitar booth Kesenian Islam, Exco yang bertanggungjawab mengintegrasikan kesenian mengikut acuan Islam disamping kesyumulan Islam dalam bersukan.




Booth Exco Sayangi siswa juga tidak kurang hebatnya.. pendekatan yang digunakan dengan pelbagai permainan, game yang menguji minda sehingga dapat menarik ramai mahasiswa tetapi juga "foreigner"

[ Saudara AKmal selaku exco Sayangi siswa (kiri) bergambar
bersama dua pengunjung "foreigner" yang ditemui. Exco Kesenian Islam
Muhammad Shaharul (kanan)]


Banyak lagi program yang akan menyusul yang akan dilakukan untuk semester ini dan semester akan datang.. kerjasama bersama amat diharapkan kerana menuntut ilmu fardhu Ain itu wajib dan perlulah selari dengan ilmu dunia yang dikejar.


Ukhwah dipadu Fikrah disatu

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...