Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdullilah wa syukurillah masih lagi dengan izin Allah masih diberi kesempatan untuk menulis disini.. Moga setiap coretan di sini mampu menyentuh hati dan iman.. Peringatan ini adalaah peringatan bersama.. Kali ini suka untuk berkongsi 2 ayat yang amat mendalam maksudnya dari Surah As-Saff...
Ayat ini ialah ayat 2-3 dari Surah As-Saff.
Ayat ini bila dibaca terjemahannya bagaikan Allah sedang datangkan satu peringatan kursus buat yang bergelar daei'..
Siapa daei'?
Daei' ialah penyeru @ pengajak @ penyampai... Daei' atau pendakwah ini tidak terikat pada ustaz atau ustazah, si serban atau si berpurdah, si kopiah atau si bertudung labuh tapi tugas dakwah ini tugas semua.. Harus difahami bahawa daei' itu adalah semua orang yang telah melafazkan kalimah syahadah ""Asyhadu an lailaha illallahu wa asyha du anna Muhammadar Rasulullah" iaitu Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad utusan Allah... Ini bermakna kamu, kamu dan kamu berhak menyebarkan dakwah ini...
Berbalik pada ayat 2 hingga 3 dari Surah As-Saff ini teramatlah menyentapkan.. Surah As-Saff sebenarnya bila dibaca akan terjemahannya tersangat membawa kepada tersentuhnya hati dan menjentik iman terutamanya buat mereka yang bergelar seorang daei'.
contoh situasi yang dapat saya kongsikan melalui gambar ini :
Yeaa... memang mudah dan teramatlah senang untuk kita mengeluarkan perkataan.. Apa sahaja mampu kita katakan dan lafazkan tapi sayang sekali kita sukar untuk melakukan apa yang kita katakan.. Contoh dalam situasi bergambar 1 ini.. Kita mengajak orang untuk menjaga ikhtilat tapi sejauhmana ikhtilat kita sendiri ? Jangan pula kita jadi seperti peribahasa melayu, "kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih". Gambar kedua pula, ikhtilat hanya terjaga di alam real tapi tidak dialam maya sedangkan ikhtilat itu harus ada dimana-mana bila berhubung antara lelaki dan perempuan.. Seolah-olah diluar ada yang memerhati tapi tidak di alam maya kerana mungkin tiada siapapun yang akan perhatikan jadi bebas untuk lakukan apa sahaja..
Wahai ikhwan wa akhawat,
Ketahuilah bahawa tanggungjawab dakwah ini tersangatlah besar.. Surah As-Saff umpama menyatakan bahawa orang yang berdakwah mesti melakukan apa yang didakwahkannya. Tidak melakukan apa yang dikatakan akan mengundang kebencian dan kemurkaan Allah S.W.T.. Medium dakwah sekarang makin meluas berbagai-bagai ilmu dapat disampaikan pada mad'u contohnya melalui saluran blog, facebook, twitter dan segala bagai yang ada. Jadi, menulislah apa pun andai ia bermanfaat untuk orang lain itu adalah dakwah tapi harus ingat, "tulis serupa bikin" yea..
Tetapi jangan pula menganggap bila tengok ayat ini , taknak dah kata apa-apa nak senyap jea.. Tidak boleh begitu kerana usaha dakwah ini adalah kerja kita.. Berusaha sedaya yang termampu untuk dakwah selebihnya serahkan sahaja kepada Allah.. Dakwah itu tidak memandang siapa yang menyampaikan tetapi apa yang kita sampaikan.
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan “aku lebih tahu” tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya! Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
Akhir kata, moga kita dapat mencontohi para nabi dan sahabat yang bersusah payah berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam. Semoga yang menulis (saya) lebih mempraktikkan penulisannya (ini) , begitu juga dengan pembaca... InsyaAllah..
Mari bersama berusaha menjadi PENYOKONG Allah! InsyaAllah.. Moga Allah redha akan usaha kita.. InsyaAllah.. Allahuma ameen..
Wallahu'alam..
mohon share
ReplyDelete