Bismilillah Alhamdulillah
Pada sabtu yang lepas, satu program "MOTIVATIONAL TALK" telah diadakan di masjid Imam As-Syafie bukit Kachi dibawah kelolaan SMIAS sendiri. Program ini merupakan program dibawah unit Kebajikan dan Akademik SMIAS bersempena bulan peperiksaan yang bakal tiba bulan Jun ini.
Program bermula seawal seusai Isyak dimana tetamu jemputan untuk pengisian pada malam itu merupakan penolong pendaftar sekolah-sekolah agama dibawah jabatan agama Islam Kedah darul aman.
Nama penuh beliau ialah Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad merupakan pelajar lepasan maahad Alor setar dan graduan Universiti Al-Azhar Mesir. Pengisian malam itu sangat mantap dan menepati tema itu sendiri "KERANA KAU YANG DI PILIH"
Kerana kau yang dipilih
Ustaz membahagikan kepada dua iaitu [dipilih kerana Islam] dan [sebagai mahasiswa/i]. Kita semua berada dalam masjid, bermakna kita terpilih daripada ribuan penduduk di bukit kachi ini masyaAllah.... Ini beerti kita muliakan Islam yang kita bawa.. berbangga kerana aku seorang Islam.
Islam itu Manhaj kehidupan... Syeikh Yusuf juga menekankan mengenai ujian... ujian sesuatu yang lumrah dan biasa.. merupakan sunnatullah ketetapan Allah sejak azali lagi. Pertahankanlah muttaqin kerana kita akan bertemu dengan cabaran.
Bacalah surah Al-mulk ayat 2... Allah berfirman mengatakan bahawa Allah yang menciptakan mati dah hidup, ujian itu untuk menguji siapa diantara kamu yang paling baik amalannya...
Untuk berjaya dunia akhirat... kita kena seimbangkan dunia akhirat juga.. jangan sombong dengan Allah.
Seterusnya part kedua ustaz menyentuh mengenai kerana kau dipilih sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Dunia nini merupakan 1 persaingan.. oleh itu usaha tawakkal sesuatu yang sangat penting. Syeikh Yusuf berkata "kalau nak jadi best... kena usaha untuk menjadi the best" tambahnya lagi, kita sering kalah kenapa??? kerana kita tiada target dalam hidup. Kita sering nak cemerlang namun tidak bersungguh-sungguh ibarat melayarkan bahtera layar diatas daratan yang luas.
Konklusi dari Syeikh Yusuf... kita nak berjaya dalam ujian kita terutama kita selaku siswa dan siswi.. kita kena ingat... jaga hubungan dengan Allah.. [HabluminAllah] kena tiptop... pada masa yang sama jaga [HabluminannA'as]..
[ antara peserta Muslimin yang mencintai majlis Ilmu ]
"Inginkan mutiara.. selamilah lautan
Inginkan Bahagia, tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan, redhailah pengorbanan
ketahuilah...
setiap pahit itu, terkandung seribu satu kemanisan"
No comments:
Post a Comment