Wednesday, May 23, 2012

Program 7 SUNNAH HEBAT


Bismillah Alhamdulillah

Alhamdulillah, siaran tertunda berjaya dipostkan insyaAllah. Program 7 SUNNAH HEBAT merupakan program julung kali diadakan di varsiti Sintok ini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia.

Program anjuran Unit Keusahawanan ini berjalan selama 2 hari bermula dari berpuasa hinggalah sempurna pelaksanaan ke-7 sunnah hebat ni.. Rasulullah s.a.w bersabda

"jagalah tujuh sunnah ku ini, kerana ianya keutamaan ku,
1. Tahajud, 2.Baca Al-Quran, 3.Mengimarahkan masjid
4.Solat sunat Dhuha, 5.Puasa Isnin &khamis
6.bersedekah, 7.Istighfar dan zikir"

Moga Pelaksanaan program ini menjadi batu asas untuk menyemarakkan lagi kecintaan pada program 7 sunnah ini. Ingatlah pesanan seorang tokoh Islam

"Jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua"

[ Solat sunat Tahajud ]

[ Lazimi membaca Al-Quran ]

[ berjemaah dimasjid ]

Sebaiknya mulakan hari pertama kita dengan melangkah ke masjid... dan akhirinya dengan solat berjemaah di masjid juga.

[ Solat sunat Dhuha ]

[ Berpuasa Isnin dan Khamis ]

[ Pemurah dengan melazimi amalan bersedekah ]



[ Istighfar dan Zikir ]

Itulah sedikit sebanyak perkongsian tentang 7 SUNNAH HEBAT yang Rasulullah s.a.w anjurkan kita ummatnya untuk lakukan... bersama mencontohi dan menghidupkan sunnah Rasulullah yangbegitu mencintai kita ummatnya...

"Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.. wa'ala alihi.. wa sohbihi.. wabarik wassalim"

Kerana Kau yang dipilih


Bismilillah Alhamdulillah

Pada sabtu yang lepas, satu program "MOTIVATIONAL TALK" telah diadakan di masjid Imam As-Syafie bukit Kachi dibawah kelolaan SMIAS sendiri. Program ini merupakan program dibawah unit Kebajikan dan Akademik SMIAS bersempena bulan peperiksaan yang bakal tiba bulan Jun ini.

Program bermula seawal seusai Isyak dimana tetamu jemputan untuk pengisian pada malam itu merupakan penolong pendaftar sekolah-sekolah agama dibawah jabatan agama Islam Kedah darul aman.

Nama penuh beliau ialah Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad merupakan pelajar lepasan maahad Alor setar dan graduan Universiti Al-Azhar Mesir. Pengisian malam itu sangat mantap dan menepati tema itu sendiri "KERANA KAU YANG DI PILIH"

Kerana kau yang dipilih

Ustaz membahagikan kepada dua iaitu [dipilih kerana Islam] dan [sebagai mahasiswa/i]. Kita semua berada dalam masjid, bermakna kita terpilih daripada ribuan penduduk di bukit kachi ini masyaAllah.... Ini beerti kita muliakan Islam yang kita bawa.. berbangga kerana aku seorang Islam.

Islam itu Manhaj kehidupan... Syeikh Yusuf juga menekankan mengenai ujian... ujian sesuatu yang lumrah dan biasa.. merupakan sunnatullah ketetapan Allah sejak azali lagi. Pertahankanlah muttaqin kerana kita akan bertemu dengan cabaran.

Bacalah surah Al-mulk ayat 2... Allah berfirman mengatakan bahawa Allah yang menciptakan mati dah hidup, ujian itu untuk menguji siapa diantara kamu yang paling baik amalannya...

Untuk berjaya dunia akhirat... kita kena seimbangkan dunia akhirat juga.. jangan sombong dengan Allah.

Seterusnya part kedua ustaz menyentuh mengenai kerana kau dipilih sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Dunia nini merupakan 1 persaingan.. oleh itu usaha tawakkal sesuatu yang sangat penting. Syeikh Yusuf berkata "kalau nak jadi best... kena usaha untuk menjadi the best" tambahnya lagi, kita sering kalah kenapa??? kerana kita tiada target dalam hidup. Kita sering nak cemerlang namun tidak bersungguh-sungguh ibarat melayarkan bahtera layar diatas daratan yang luas.

Konklusi dari Syeikh Yusuf... kita nak berjaya dalam ujian kita terutama kita selaku siswa dan siswi.. kita kena ingat... jaga hubungan dengan Allah.. [HabluminAllah] kena tiptop... pada masa yang sama jaga [HabluminannA'as]..

[ antara peserta Muslimin yang mencintai majlis Ilmu ]

"Inginkan mutiara.. selamilah lautan
Inginkan Bahagia, tempuhilah penderitaan
Inginkan kejayaan, redhailah pengorbanan
ketahuilah...
setiap pahit itu, terkandung seribu satu kemanisan"

Wednesday, May 2, 2012

Enam Persoalan Hidup



S
uatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah
"mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
"masa lalu ". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
"nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
"memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah
"lidah manusia" . Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...