Sunday, April 17, 2011

jadilah mentari......

Bismillah..

Salam perjuangan pengunjung blog sahabat masjid sekalian...

Alhamdulillah, dengan izin Allah,dapat juga saya mengangkat tangan ini untuk menukilkan sesuatu sebagai aset dakwah untuk dikongsi bersama teman-teman yang melawat blog ini.
Hari-hari dalam kamus hidup kita selaku hamba yang berjuang mempunyai seribu erti dan makna, dan bagaimana kita memaknakan kehidupan dimuka bumi ini adalah dengan motivasi utama kita iaitu Allah s.w..t. Memotivasikan diri dengan wawasan akhirat dan jannah!! Menjadi matahari yang menyinar buat diri~
**********************
“Antum teruskan la..ana minta cuti buat seketika, jiwa ana perlu dibina..ana ingin beruzlah.” Luah seorang sahabat.

“Susah la macam ni,semua main tolak-tolak, siapa nak handle ni.? Rungut seorang teman.

“Ukhti, ana banyak masalah, orang ber masalah macam ana tidak layak berada dalam gerakan” Rakan meminta simpati.

“Nur,ana kesempitan sekarang, duit 1 sen pun ana takde dalam poket ni” Keluh seorang teman.

“Saya tidak tahu kemana kita semua letakkan keutamaan kita dalam perjuangan ini?” Dengus seorang rakan.

“Kita tak boleh selamanya begini, urusan ummat perlu kita utamakan! Mereka yang lambat sangat ni, kita tinggal je la” laju meluncur kata2 seorang teman.

**********************
Seringkali kita berdepan dengan situasi begini, samaada diri kita sendiri yang menuturkan, ataupun teman-teman seperjuangan yang meluahkan. Ianya mungkin perkara biasa, masalah dalaman kekadang yang menyinggah pada jiwa-jiwa aktivis gerakan. Namun, bagi saya agak merisaukan bila ia dibiar tanpa disuntik motivasi, kerana aktivis gerakan juga manusia biasa. Vitamin berbentuk spirit perlu disuntik ke dalam jiwa aktivis gerakan ini supaya jatuhnya tiada sempat, agar tersadungnya tidak lama kerana menyedari hakikat masa dan umur tidak panjang untuk terus berbakti pada Islam.

uhibbuka fillah............
abadan abada......

unit sahabatpena

No comments:

Post a Comment

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...