Jika anda tahu bahawa di langit terdapat Tuhan Yang Maha Adil dan Penguasa  yang bijaksana,
 bahkan Dia memasukkan seorang wanita ke Syurga hanya kerana anjing dan  memasukkan
 wanita ke neraka kerana kucing, seharusnya anda berbahagia, menjadi tenang  dan yakin akan
 janji Allah.
 Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israel yang memberi  minum seekor
 anjing yang kehausan. Kerana ia berbuat hal itu dengan ikhlas semata-mata  kerana Allah,
 Allah pun mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga.
 Sementara itu ada seorang wanita yang mengurung seekor kucing di dalam  sebuah sangkar.
 Kucing itu tidak diberinya makan dan minum dan tidak pula diberikannya  mencari makanan
 sendiri berupa serangga yang ada di tanah. Kerana perbuatannya, Allah  memasukkannya ke
 dalam neraka.
 Kejadian tersebut kiranya cukup bermanfaat bagi anda dan akan  mententeramkan hati anda,
 sebab anda tahu bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti akan membalas setiap  perbuatan
 baik walaupun kebaikan seremeh apa pun serta memberi balasan kepada  hambaNya atas
 kebaikan sekecil apa pun.
 Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wasallam
 bersabda:
 "Ada 40 kebaikan, yang paling besar di antaranya adalah meminjamkan  kambing perahan kepada orang 
 lain (untuk diambil susunya). Tidak ada seorang pun yang melakukan  salah satu dari semua kebaikan 
 tersebut kerana mengharap janji Allah dan meyakini balasannya, kecuali  Allah akan memasukkannya ke 
 dalam Syurga" Al-Hadith
 Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:
 "Barangsiapa yang berbuat kebaikan meskipun sebesar biji zarrah, maka  ia akan melihat (balasannya) .
 Barangsiapa yang berbuat keburukan meskipun sebesar biji zarrah, maka  ia akan melihat (balasannya)
 pula" Az-Zalzalah: 7-8
 .... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan...  (Hud:114)
 Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan! 
 Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda! 
 Tolonglah orang yang dianiaya! 
 Berilah makan orang yang kelaparan! 
 Berilah minum orang yang kehausan! 
 Jenguk orang yang sakit! 
 Hantarlah jenazah! 
 Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah! 
 Pimpinlah orang yang buta! 
 Berilah petunjuk orang yang bingung! 
 Muliakanlah tetamu! 
 Berbuat baiklah kepada tetangga! 
 Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!  
 Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain! 
 Sedekahkanlah wang anda! 
 Berbicaralah dengan kata-kata yang baik! 
 Kekanglah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu  sedekah bagi anda.
 Sesungguhnya makna kalimah ini indah  menggambarkan pekerti-pekerti yang tinggi, termasuklah hal 
 yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada serta mengusir  kesusahan, kesedihan,
 kekuatiran dan kedukaan.
 Betapa indahnya akhlaq yang baik itu! Sekiranya ia berwujud seorang lelaki,  tentulah ia merupakan
 seorang yang gagah, harum baunya, terkenal kebaikannya dan cerah  wajahnya.

No comments:
Post a Comment