Thursday, June 4, 2009

Rebut Pahala Gerak Kawan Tido........

RENUNGAN BERSAMA

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah
ra, beliau berkata:


خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه
برجله


“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada
mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat
dengan kakinya.”


(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة


“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan),
sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).


(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:


إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم


“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik
dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena ,
hendaklah dia beredar.”


(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:


الصبحة تمنع الرزق


“Tidur subuh menegah rezki.”


(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau
mengejutkannya dan berkata:


الأرزاق تقسم وأنت نائم


“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang,
riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها


“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”


(Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:


من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه


" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela
melainkan dirinya.”


(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi
Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab
yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda
bersabda:


إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله


Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”


(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di
Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:


قم واقعد فإنها نومة جهنمية


Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli
neraka jahannam.”


(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة
قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء


“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya.
Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati
wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya
enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.


(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka
makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”


(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi
dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....

JaNgAn BeRsEdIh-TuHaN tIdAk BeRbUaT aNiaYa

Jika anda tahu bahawa di langit terdapat Tuhan Yang Maha Adil dan Penguasa yang bijaksana,
bahkan Dia memasukkan seorang wanita ke Syurga hanya kerana anjing dan memasukkan
wanita ke neraka kerana kucing, seharusnya anda berbahagia, menjadi tenang dan yakin akan
janji Allah.
Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israel yang memberi minum seekor
anjing yang kehausan. Kerana ia berbuat hal itu dengan ikhlas semata-mata kerana Allah,
Allah pun mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga.
Sementara itu ada seorang wanita yang mengurung seekor kucing di dalam sebuah sangkar.
Kucing itu tidak diberinya makan dan minum dan tidak pula diberikannya mencari makanan
sendiri berupa serangga yang ada di tanah. Kerana perbuatannya, Allah memasukkannya ke
dalam neraka.
Kejadian tersebut kiranya cukup bermanfaat bagi anda dan akan mententeramkan hati anda,
sebab anda tahu bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti akan membalas setiap perbuatan
baik walaupun kebaikan seremeh apa pun serta memberi balasan kepada hambaNya atas
kebaikan sekecil apa pun.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Ada 40 kebaikan, yang paling besar di antaranya adalah meminjamkan kambing perahan kepada orang
lain (untuk diambil susunya). Tidak ada seorang pun yang melakukan salah satu dari semua kebaikan
tersebut kerana mengharap janji Allah dan meyakini balasannya, kecuali Allah akan memasukkannya ke
dalam Syurga" Al-Hadith
Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya) .
Barangsiapa yang berbuat keburukan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya)
pula" Az-Zalzalah: 7-8
.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)
Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
Tolonglah orang yang dianiaya!
Berilah makan orang yang kelaparan!
Berilah minum orang yang kehausan!
Jenguk orang yang sakit!
Hantarlah jenazah!
Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
Pimpinlah orang yang buta!
Berilah petunjuk orang yang bingung!
Muliakanlah tetamu!
Berbuat baiklah kepada tetangga!
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
Sedekahkanlah wang anda!
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
Kekanglah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.
Sesungguhnya makna kalimah ini indah menggambarkan pekerti-pekerti yang tinggi, termasuklah hal
yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada serta mengusir kesusahan, kesedihan,
kekuatiran dan kedukaan.
Betapa indahnya akhlaq yang baik itu! Sekiranya ia berwujud seorang lelaki, tentulah ia merupakan
seorang yang gagah, harum baunya, terkenal kebaikannya dan cerah wajahnya.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat k hian at dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

kisah teladan

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. . Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 18)

Tuesday, June 2, 2009

Konsumerimse - rukun iman kapitalis

Hishamuddin Rais May 8, 09 11:57am
Hari ini dasar globalisasi yang diajukan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah berjaya menjadikan kapitalisme satu sistem ekonomi yang mencakupi seluruh dunia. Dari Chile ke China, dari Bhutan ke Batang Berjuntai, dari Tokyo ke Taiping, dari Normandy ke Nepal – semua negara dan ceruk sedang menggunakan sistem kapitalisme sebagai satu cara hidup. Cara hidup di sini ertinya budaya harian yang digunakan oleh warga untuk menjalankan kehidupan. Budaya dan cara hidup ini diikat dengan nilai. Kapitalisme telah melahirkan nilai untuk dijadikan rujukan oleh warga dunia. Sistem kapitalisme telah berjaya menyebarkan nilai-nilai baru untuk umat manusia. Nilai ini berperanan besar untuk memperkukuhkan dan mengembangkan lagi kapitalisme. Nilai-nilai ini dirancang dan disusun. Kajian dibuat secara ilmiah tentang apakah nilai yang wajib dibentuk. Pakar-pakar akan memastikan nilai-nilai yang dimunculkan ini hanya akan selari dengan nilai dan hukum perjalanan sistem kapitalisme.Daulah memerlukan nilai-nilai ini untuk memastikan yang kuasa di tangan tidak akan tergelincir lepas. Melalui nilai dan pandangan dunia, daulah dapat memastian hegemoni daulah dapat diteruskan.Penyebar nilai yang nombor wahid ialah media – akhbar, majalah dan tv. Pada awalnya akhbar menjalankan peranan yang amat positif. Jika kita melihat kembali peranan akhbar di negara kita ini, maka kita akan melihat bagaimana akhbar harian telah menjana pemikiran orang ramai. Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan tidak akan ampuh tanpa peranan akhbar.Globalisasi , penswastaan dan pasaran terbuka telah mengalih semua ini. Dasar pasaran terbuka yang dipaksakan ke atas negara-negara Dunia Ketiga telah membuka jalan untuk taikun media antarabangsa melabur dan membeli akhbar dan media tempatan.Hari ini media di dunia ini sedang dimonopoli tidak lebih daripada 10 buah syarikat – antaranya Time Warner Inc, The Walt Disney Corporation, The News Corporation Ltd., Sony Corporation, General Electric Co., Viacom, Inc. dan Bertelsmann AG. Dari sini muncul satu susuk yang menjadi raja segala raja-raja – Rupert Murdoch.Syarikat-syarikat media ini berlegar-legar macam helang lapar untuk mencari mangsa baru. Di mana sahaja ada pasaran dibuka, maka mereka akan datang melabur untuk mempengaruhi bentuk berita yang akan disebarkan kepada umum.Justeru – kita tidak perlu hairan kenapa Isreal yang memiliki lebih daripada 200 biji bom nuklear tidak pernah dipersoalkan oleh saluran media ini. Kita juga tidak perlu hairan kenapa Iran yang hanya membuat loji nuklear untuk menjana elektrik saban hari digodam oleh media ini seolah-olah minggu depan Iran akan meledakkan bom nuklearnya.Memiliki dan mengawal media bertujuan untuk menenggelamkan isu yang fundamental. Mengetepikan isu dan agenda yang rapat di hati warga. Melalui kawalan dan saringan, media bergelumang dan bertungkus lumus menimbulkan isu sampingan yang remeh lagi temeh. Justeru dari hari ke hari pengisian media di seluruh dunia semakin cetek. Umat manusia hari ini ditaburkan dengan cerita-cerita remeh, gosip-gosip tentang artis, aktor, pemain bola, kaki-kaki glamour, ratu cantik atau para model.Telah wujud kesepaduan di antara media cetak dengan media elektronik. Kita tidak perlu pergi jauh untuk memahami semua ini. Lihat sahaja apa bentuk nilai yang sedang disebarkan oleh media kita sendiri.Contohnya: Dari kaca tv kita melihat seorang aktor ciput yang tergedik-gedik. Esoknya kita akan diberitahu siapa kekasih baru aktor ini. Dan lusa kita akan membaca bahawa aktor ciput telah berkahwin dengan seorang Datuk Tua. Kemudian kita terbaca aktor ciput ini minta cerai. Kisah "minta cerai" ini akan menjadi sensasi sehingga berita 5,000 warga yang dibuang kerja dilihat sebagai berita sampingan.Berita remeh cerai-berai artis ciput ini dijual untuk ditakrif lebih penting daripada apa yang terjadi dan ke mana perginya P Subramaniam atau apa yang akan dihadapi oleh warga yang akan hilang pekerjaan?Berita-berita remeh seperti ini memang dirancang untuk mengambuskan isu nasional yang lebih bermakna. Pemikiran warga sengaja dibantut dan dibonsaikan dengan berita remeh, cetek dan lagi superfisial.Media inilah yang sedang melahirkan nilai untuk menjadi rujukan kita bersama. Taktik yang dijalankan - sebelum kita sanggup menerima nilai ini, otak dan fikrah kita perlu dicetekkan dengan berita-berita remeh. Apabila warga menjadi lali, suka melopong depan tv, malas membaca dan kurang cerdik, maka dengan senang warga akan disuapkan dengan nilai konsumer.Nilai konsumer adalah segala nilai dalam budaya kapitalis. Budaya konsumer inilah yang dirancang secara rapi oleh kaum pemodal. Kaum pemodal antarabangsa ingin warga dunia terus membeli barangan dan produk-produk baru yang mereka buat. Inilah tugas penyebaran nilai konsumer.Beli, beli dan terus membeli adalah rukun iman dan syarat utama untuk memastikan sistem kapitalis ini terus bergerak. Jika para konsumer berhenti membeli, maka dengan sendirinya kilang akan terhenti. Untuk memastikan komplot ini terus berjaya, maka warga perlu tunduk, menyembah dan menghayati nilai konsumer.Produk-produk baru akan memasuki pasaran. Lepas satu, satu lagi objek baru akan muncul. Semua produk ini perlu dibeli untuk memastikan enjin kapitalisme terus bergerak. Lihatlah, saban tahun kilang kereta akan mengeluarkan model dan bentuk baru. Komputer akan diisikan dengan perisian yang baru. Pakaian akan diperagakan dengan model yang baru. Semua ini dirancang secara bersepadu di antara media elektronik, media cetak dan iklan – untuk melahirkan nilai konsumer.Kita sebagai warga akan ditembak dari kiri dan kanan. Di rumah, mata kita ditembak oleh kaca tv. Dalam kereta, telinga kita ditembak oleh radio. Di jalan raya, mata kita dibom oleh papan iklan. Semuanya untuk melemahkan diri kita agar kita sama-sama menyembah produk-produk dan membelinya.Hari ini kapitalisma telah berjaya menanamkan nilai aku-mesti-beli dan aku-mesti- memiliki. Jika kita memiliki produk yang dijajakan, maka kita termasuk dalam golongan umat yang berjaya. Sesiapa yang tidak memiliki produk, ertinya susuk ini golongan yang gagal. Dalam budaya kapitalisme, nilai kejayaan diukur dengan pemilikan. Lebih banyak produk yang kita miliki, maka lebih tinggi taraf kita di mata umum.Budaya konsumer seolah-olah berjanji memberi warga kebebasan memilih. Kalau kita ke gedung membeli belah, kita ada kebebasan untuk memilih berpuluh jenis kopi. Apakah benar kita sebagai warga memiliki kebebasan untuk memilih?Tidak. Dalam budaya konsumer kapitalis, pilihan itu hanya satu ilusi. Yang kita pilih hanya logo luaran. Dalam kapitalisme, warga tidak banyak pilihan – semua pilihan akan menjurus kepada orang yang sama dan tuan pemodal yang sama. Tidak percaya? Cuba fikirkan apakah kita ada pilihan apabila berhadapan dengan Star, Sin Chew, Utusan, NST , RTM, TV3, TV9, atau Astro?Kita hanya berilusi bahawa kita ada kebebasan memilih (media) tetapi sebenarnya semua pemiliknya orang-orang dari kumpulan yang sama.Hegemoni budaya kapitalisme ini sedang memerangkap kita semua. Warga Asia, Afrika dan Latin Amerika termasuk Eropah dan Amerika Syarikat semua sedang terjerat oleh budaya ini. Budaya ini sedang membantut dan membonsaikan fikrah kita. Justeru kita wajib mencari jalan keluar.

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...