Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdullilah, wa syukurillah dengan izin dari Allah mampu untuk terus menaip meskipun orang yang menaip silih berganti untuk saban tahun.. InsyaAllah kami selaku Exco Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia yang baru akan meneruskan perjuangan menjadikan pena ini jua salah satu daripada medan dakwah.. InsyaAllah..
Enti kali ini adalah berkaitan "Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)" dan "Majlis Perlantikkan Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2015. Kursus ini telah diadakan pada 27/2/2014-28/2/2014 bertempat di Wang Tepus, Jitra. Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada saff kepimpinan tentang pengurusan organisasi, pelaksanaan gerak kerja, dan juga untuk mengeratkan ukhuwah di antara kepimpinan yang lama dengan yang baru dilantik..
*pemandangan di hadapan tempat penginapan*
Slot pertama kami bermula selepas solat isyak dengan ceramah oleh Ustaz Yusri Affendi dengan tajuk "Ilmu Dakwah"..
Slot kedua pula diteruskan dengan ucapan mandat dari mantan-mantan..
Pada keesokkan pagi Jumaat diadakan pula slot bersama Ustaz Aus Korni, Penasihat SMIAS bertajuk "Bahagian Pengurusan Masjid" untuk menerangkan fungsi pusat Islam dan Majid As-Shafie juga gerak kerja aktiviti pada tahun ini..
Slot diteruskan oleh perkongsian dari mantan Baizura dengan tajuk "Ikhtilat"
Selepas itu diteruskan pula dengan slot yang disampaikan oleh mantan Taufiq yang bertajuk "Ukhuwah"..
Selepas solat Jumaat kursus ini diteruskan lagi dengan slot atau aktiviti yang dikendalikan oleh mantan Sakinah Haris..
Slot terakhir kami pada kursus ini adalah "Majlis Perlantikkan Watikah Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2105... Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua... InsyaAllah dibawah ini senarai nama kepimpinan yang terbaru..
MAJLIS TERTINGGI:
Presiden: Ahmad Amirul Bin Awang
Timbalan Presiden 1: Syazwan Bin Hisham
Timbalan Presiden 2: Wan Khadijah Binti Mohamed Zain
Setiausaha Agung: Sarah Syahira Binti Othman
Setiausaha 1: Mohd Samimi Bin Majid
Setiausaha 2: Siti Noraim Binti Abdul Ghani
Bendahari: Syakirah Binti Zulkafali
Penolong Bendahari: Nurain Binti A.Rahman
SENARAI EXCO:
Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah: Muhammad Faiz Bin Makhtar, Nur Afiqah Binti Muhamad Rozi
Lajnah Smart Group dan Dakwah Strategi: Muhammad Yusof Bin Mat Jasin, Aiman Ain Binti Azahar
Lajnah Informasi dan Akademik: Muhamad Ilham Bin Pok Muda, Nur Halinee Ummi Amira Binti Abdul Halim
Lajnah Keusahawanan dan Korporat: Mohammad Fakhrul Adib Bin Othman, Sabilah Binti Sazulkafli
Lajnah Hubungan Luar dan Komunikasi: Nurzaki Fadhli Bin Ridzuan, Saedah Binti Taib
Lajnah Sayangi Siswa: Mohamad Fadhli Syakirin Bin Mohd Jamaluddin, Raja Nur Fatihah Binti Raja Ibrahim
Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia: Muhammad Firdaus Bin Saldi, Siti Rohana binti Mohd Ali

*Barisan saff kepimpinan baru sesi 2014-2015 bergambar bersama penasihat Smias, Ustaz Aus Korni*
Salam tahniah dan takziah buat semua yang telah dilantik..
Amanat dah disampaikan..
Amanah dah diberikan..
Sekarang masa untuk jalankan gerak kerja dakwah..
Dipilih untuk bersama-sama dalam gerabak dakwah bukanlah satu kebanggaan sedangkan di sisinya terpikul amanah yang berat yang akan dipersoalkan kelak andai tidak dapat jalankan dengan baik... Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran

dan kasih sayang pada semua yang terlibat dalam organisasi ini kerana jalan dakwah itu tidak pernah direntangi dengan karpet merah tapi penuh dengan duri-duri yang menanti sebagai ujian..
Teringat ayat cinta-Nya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( Surah Ali-Imran ayat 104)
Ingin diingatkan kembali ketika slot "Ilmu Dakwah" ustaz sempat berpesan :
"Jangan pernah merasa diri kamu tidak layak untuk berada dalam kerja dakwah kerana kamu adalah insan yang layak yang dah dipilih oleh Allah untuk berada di tempat ini untuk mengantikan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nabi-nabi... Kamu insan yang terpilih, hargailah "
Namun harus ingat, tugas pendakwah adalah menyeru, bukan menghukum dan jangan sekali ingat bahawa hasil dakwah kita itu akan diperolehi dalam masa sehari kerana mungkin kesan dakwah itu terkesan pada sepuluh tahun akan datang .. Siapa tahu kan.. Kerana apa ?Kerana pendakwah itu penyeru bukan pemberi hidayah.. Hidayah itu milik Allah bukan milik manusia.. Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah.
Selamat mengerakkan gerak kerja Islam dengan penuh hamasah dalam diri.. InsyaAllah ,, Allah sedang nilai setiap apa yang sedang kita kerjakan dijalan-NYA..