Begitu juga dengan bulan rejab dalam bulan syaaban juga banyak kelebihan yang boleh disyafaatkan.
Allah berfirman:" Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) " (Al-Taubah ayat 36 ).
Antara kelebihan bulan syaaban yang banyak diperkatakan adalah seperti:
1.sabda nabi S.A.W:apabila masuk bulan syaaban baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ku atas kamu.(AL-HADIS)
2. sesiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5.
Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan
ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6.
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan,
siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia
berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan
oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain
sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus
pintu rahmat. (Al-Hadis).
7.
Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat
kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain)
Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8.
Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya
seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi).
Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas
segala makhluknya. (Al-hadis)
9.
Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban,
sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan
Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban
telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu
kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu
rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan
(syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina,
kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10.
Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu
Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik
dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11.
Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu
pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya.
Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12.
Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang
buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13.
Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam
Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada
Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah
kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang
tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah
s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang
ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam
ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang
yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala
pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada
pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang
kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka
diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah
terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga
naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan
hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu
kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling
banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa
Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang
dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah
dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada
tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas
lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang
kafir)
ditulis
Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa
seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama
dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
- Orang yang kekal minum arak
- Orang yang derhaka kepada ibubapa
- Orang yang kekal dalam zina
- Orang yang banyak berkelahi
- Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
- Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16.
Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam
nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan
bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
(Al-hadis)
17.
Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada
malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun
bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu
lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati),
lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua
tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih
bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku
berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku
berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku
berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau,
aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri
Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud.
(Al-hadis)
18.
Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad
s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah
memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan:
"Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal
kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam
Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar
kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa
sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada
Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga
malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian
pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di
dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
BULAN SYAABAN |
Apabila
telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn"
dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian
dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali
keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan
diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan
surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan
iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.