Sesumur ladang telah berlalu... kini semester ini hampir tiba ke labuhan tirainya. Seperti biasa kita akan menempuh peperangan terakhir selaku seorang mahasiswa dan siswi.. medan yang akan menentukan sejauhmana persiapan kita selaku seorang pejuang akademik.
"perhhh!!! pening..pening.. banyak lagi yang tidak kena cover ni.. "
"nota custody ada tak?? bagi bleh?? "
"pulun jangan tak pulun...."
"Arrhhh.. (menguap), ngantuknya... banyak lagi belum baca ni.. "
Allahuakhbar.. pelbagai ragam yang boleh dilihat menjelang exam ini. Antaranya seperti yang disebut di atas.. persoalan disini.. mengapa berlaku sedemikian??
Permasalahan yang menimpa sebenarnya telah ada jalan penyelesaiannya.. iaitu "ad-deen" jadikannya cara hidup kita.
disini pihak editor ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk bekalan exam.. ^^
1. Jaga hubungan dengan Allah
2. Murnikan niat.. (study atau revision adalah kerana Allah)
3. Buka dengan Ummu kitab dan sudahi dengan tasbih kafarah & surah Al-Asr
4. Mulakan dengan past year paper.. kurangkan rujuk buku dah waktu ni..
5. Pastikan hanya mengambil 20 MINIT sahaja untuk study setiap sesi.. selang selikan dengan rehat proaktif.
6. Sentiasa exercise minda anda..
"Yang penting juga.... STUDY kena SANTAI... "
[ Study Santai... kena ingat.. ^^ ]
Doaku.... Senjata Mukm!n
Sudah pasti... dalam persediaan menempuh exam.. kita kena siapkan diri dengan baju perisai.. serta senjata. Wajib ada 2 senjata ni..
# Alat tulis yang lengkap # Doa sebagai Senjata..
"Ya Allah.. aku titipkan apa yang aku ulangkaji dan pelajari pada kali ini moga kau kembalikan segala yang aku peroleh ini dikala aku memerlukannya"
"HasbunAllah wani'mal Wakil"
MOTIv@s! dari-NYA
"Bukankah menuntut ilmu itu jihad?? maka bersungguhlah sahabat"
"Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian Allah memberi kita kedewasaan bila kita ditimpa Masalah Allah melatih kita supaya sabar melalui kesakitan
Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...
“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.”
“Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”
“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”
Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.
“Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”
Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.
“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.
“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.
Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?
Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.
I – Isyak S – Subuh L – Luhur (Zuhur) A – Asar M – Maghrib
Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Izzat, sahabatmu.
Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.
“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”
“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.
“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.
“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.
“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”
“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.”
“Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”
“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.”
“Pahala free? Kenapa pula?”
“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”
“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.
Berhimpit jerami di balik meranti, Sayang cemara akar terendam, Kasih bersemi ikhlas di hati, Menyejuk bara menghilir dendam.
"...Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-nya. Sungguh, Allah Mahakuat dan Mahaperkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang munkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan." surah Al-Hajj 40-41
Islam itu akan bangkit suatu hari nanti. Oleh itu.. kita sekarang ini harus mengambil peluang untuk menyediakan landasan dan tapak bagi menggapai impian yang telah dijanjikan itu. Allah mewariskan bumi ini pada hamba-hambanya yang soleh. Dia mahaperkasa.. tiada yang lain
“Kenapa ni, moyok aje ni, sakit ke?” Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.
“Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku”, Ain menangis teresak-esak.
“Kenapa?” Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esaknya.
“Kami...kami....da putus”, raung Ain.
Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu besar sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta. Kerana itulah para syuhada’ menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.
Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif.
Sewaktu malaikat Jibril bertanya kepada baginda s.a.w apakah baginda s.a.w ingin Allah Taa’la menurunkan bala kepada penduduk Taif. Baginda s.a.w menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda s.a.w mendoakan agar hati mereka terbuka untuk Islam.
Begitu juga cinta para sahabat yang amat dalam kepada Rasulullah s.a.w hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.
Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa anaknya ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan.
Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah.
Kisah cinta Nabi Allah Yusuf a.s dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf sehinggakan Zulaikha ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.
Nabi Yusuf disumbatkan ke dalam penjara setelah Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilaksanakannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang.
Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf dibebaskandari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja.
Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah s.w.t, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf dan mereka berkahwin.
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta redha Islam sebagai agama kamu”.
(Surah al-Maidah:3)
Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua kepadanya.
Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap penciptaNya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak memperdulikan Nabi Yusuf sendiri yang waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa itu bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf.
Nabi Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.
Melihat kepada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan nafsu semata-mata.
Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabadi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal.
Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian.
“Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya, tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.”
“Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu?”
“Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.”
CINTA ITU KEKUATAN
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-