Monday, September 12, 2011

Zaman berganti Zaman???

Suatu masa, tentera-tentera salib mencari-cari peluang untuk mendapatkan kembali Andalusia. Bagi memastikan sejauh mana mereka berpeluang untuk menawan kembali kota idaman mereka, dihantar seorang utusan untuk meninjau-ninjau keadaan di kota Andalus.

Pada kali pertama kedatangan utusan itu, dia mendapati seorang anak kecil di Andalus menangis. Lantas dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedang cuba memanah seekor burung, tapi sasaranku tidak mengena. Aku kecewa dengan ketidakupayaan memanahku."

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukanlah masa yang sesuai untuk menyerang Islam di Andalus memandangkan anak kecil sendiri sudah punya semangat dan kekuatan.

Di tahun seterusnya, utusan itu dihantar lagi ke sana. Kali ini dia bertemu dengan seorang anak kecil yang menangis. Lantas seperti biasa, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab,"Aku sedih sekali. Aku masih tidak dapat hafal syair-syair." Syair-syair yang dimaksudkan adalah syair puji-pujian terhadap Allah.

Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukan juga masanya lagi untuk menyerang Andalus kerana pemikiran umat Islam yang meletakkan Allah sebagai keutamaan lebih dari segala keutamaan dalam kehidupan.



Dan pada tahun-tahun berikutnya, utusan dihantar lagi. Bertemu lagi dengan seorang anak kecil. Lalu, dia bertanya:

"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"

Anak itu menjawab, "Aku sedih begini kerana putus cinta.”

Lalu, kali ini dia benar-benar yakin itulah masa paling sesuai untuk menyerang kota Andalus kerana perang saraf yang dilancarkan mereka nampaknya berjaya. Mungkin dia melihat umat Islam di Andalus mula lemah dari segi pemikiran dan spiritual. Berbanding tahun-tahun lalu, di mana anak-anak kecil menangis kerana Allah, tahun tersebut mula nampak kepesongan umat Islam.

Rindunya ingin melihat Islam dan kegemilangannya kembali segar bugar... mekar dibumi ini.

oleh:

Mukmin umpama pohonan Kurma

.......Bismillah Alhamdulillah........

Syukur kehadratNya............ ana di beri kesempatan lagi untuk berkongsi secebis ilmu yang dicedok dan ditimba hasil daripada pembacaan ana...

Pada kali ini, ana hendak menyentuh tentang "KURMA" dan kaitannya dengan seorang mukmin itu. Ana hendak mengutarakan satu teka-teki...

"dalam banyak pokok dan tumbuhan yang Allah ciptakan, ada sejenis pokok yg daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya sama seperti seorang muslim"

teka-teki yang sama Rasulullah utarakan kepada sahabat-sahabatnya 1400 tahun yang lalu. Ianya merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmizi.


Ya sahabat sekalian, pokok kurma tidak pernah menggugurkan daunnya kerana yang gugur itu adalah pelepahnya. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis diatas menerangkan perumpamaan pokok kurma dengan seorang mukmin ialah isyarat yang menunjukkan banyaknya faedah pokok ini.

Rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering tetapi masih boleh di makan, batang serta pelepah dan daunnya boleh dimanfaatkan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya. Demikianlah juga seorang mukmin itu yang memiliki pelbagai kebaikan dengan ketaatan dan amalan-amalan solehnya seperti solat, zakat, sedekah, puasa serta akhlaknya yang mulia.

Kita selalu membandingkan perumpamaan seperti "jadilah ibarat pohonan rendang berbuah, bila dibaling dengan batu.. dibalas dengan buah". pernah sahabat semua berfikir... dari mana perumpamaan ini dipetik.. menjadi pohon berbuah adalah baik.. dan sebaiknya seperti cerminan kurma.

Pelbagai lagi bukti kehebatan kurma itu yang Allah berikan.. demi menjana idea dan minda cerdas.. ana tinggalkan bukti yang lain pada antum semua untuk mencarinya...

Firman Allah bermaksud "Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu" (surah Maryam 19: 25-26)

Riwayat hadis diatas menunjukkan kepada kita bagaimana baginda S.A.W sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah baginda dengan mengajak para sahabat sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah

oleh itu... jangan mengamalkan memakan kurma pada bulan Ramadhan sahaja.. lebih baik jika diteruskan setiap bulan.. moga beroleh berkah insyaAllah.

sumber: Artikel solusi isu#34
di edit : nature mujahid

Thursday, September 8, 2011

Syawal pelengkap Ramadhan



Petang itu, suasana cukup hening... sayu saja terasa. Kedengaran deruan enjin pesawat yang bakal memulakan perjalannya.. Aku menghantar tetamu yang merupakan sahabatku setelah selama sebulan menjadi tetamu yang sangat ku muliakan dan nantikan. Terasa mutiara jernih panas meniti lurah kerinduan... lalu sahabatku itu mengesatnya dengan dakapan tarbiyah.

"ana pasti akan merinduimu sahabatku.. bilakah lagi kita dapat bertemu?" tanyaku kepadanya.
"Ana juga begitu.. pasti akan merinduimu.. jika tuhanku dan tuhanmu (ALLAH) mengizinkan, insyaAllah kita akan bertemu juga lagi.".

Sahabatku itu meneruskan lagi bicaranya "biarpun ana akan pergi meninggalkan enta dan sahabat yang lain, tapi telah ku tinggalkan taqwa padamu dalam bungkusan al-Qadar. Jika bertemu lagi.. ana akan bawa lagi hadiah seribu bulan itu."

Lapangan terbang Darul Taqwa itu menjadi saksi... kapal terbang itupun berlepas...
Aku dan Syawal melihat dari jauh.... ianya beransur-ansur hilang dari pandangan

"selamat kembali kepada fitrahmu sahabatku. Taqabballahu minna waminkum". "jazakallah khair sahabatku Syawal.."

Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita untuk setahun ini, tangisan para malaikat memenuhi ruang antara langit dan bumi. Syahdu pemergiannya disambut dengan gema kemenangan Syawal..

ketahuilah.... Syawal bukan bermakna mengurangkan ibadat dan kesungguhan kita dalam mematuhi perintah Allah. Bahkan Syawal ialah pelengkap dan penyempurna kepada Ramadhan. Mari kita bermuhasabah diri sebentar......

-adakah masih dapat dilihat manusia yang berpuasa selepas Ramadhan?
-bacaan al-Quran kita meningkat tidak??
-istiqomah pada bulan Ramadhan lalu masih berbaki lagi ka??

Sempurnanya puasa kita itu hanya apabila zakat ditunaikan dan Syawal menjelma. Bukti puasa kita diterima dan sempurna??? InsyaAllah apabila kita dapat mengekalkan bersabar dan istiqomah amalan soleh selepas Ramadhan...

akhir pena...... ana mengajak para pembaca dan diri ini khususnya... marilah kita menunaikan puasa 6 di bulan Syawal yang masih berbaki ini. Marilah bersama-sama berusaha menjadi insan yang sentiasa istiqomah dengan amalan soleh.

sabda Rasulullah s.a.w "wahai sekalianmanusia, hendaklah kamu beramal sekadar mampu, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu yang jemu. Dan sesungguhnya sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit"

Ana mewakili saf kepimpinan Sahabat Masjid Kachi ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... taqabballahu minna waminkum...

Amin ya rabb ar-Rasyid


Thursday, August 11, 2011

Ahlan wasahlan... wahai tetamu yang dirindui lagi Mulia


Bismillah Alhamdulillah......

Assalammualaikm w.b.t sahabt semua dan para pengunjung blog sahabat masjid ini.

Islam itu tertegak di atas lima tiang dan salah satunya ialah PUASA. Allah telah berfirman dalam al-quran surah al-Baqarah ayat 183-184

"puasa diwajibkan keatas kamu sepertimana umat terdahulu melakukannya.. agar kamu bertaqwa"

Allah telah berjanji... Ramadhan itu pada 3 peringkat... seperti gambar perhiasan di atas...
rebutlah peluang itu bagi mendapat redha, keampunan dan kebebasan dari api neraka agar suci bersih diri kita di Syawal yang akan menyusul..

Sesungguhnya Janji Allah itu benar..dan dalam beroleh hak itu... lazimilah solat sunat dan gandakan yang wajib itu dijaga sebaiknya.. Ramadhan bulan lombong pahala.. peluang setahun sekali sahaja..

Keistimewaan yang mathur di bulan ini ialah malam seribu bulan... al-Qadar... bersama kita menyingkap rahsia dan mencarinya.. insyaAllah.

salam Ramadhan daripada ana mewakili saf pimpinan sahabat masjid kachi...


wallahualam...

Friday, May 20, 2011

M!si HiDup ManuSia

Bismillahirahmanirahim....

salam satu akidah kepada semua pembaca yang dirahmati Allah...
sedikit perkongsian daripada sahabat Masjid

Firman Allah : "Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Al-Dhariyat : 56

Melalui ayat yang pendek ini, Allah telah berfirman... tujuan penciptaan Manusia ialah untuk menjadi hambanya. Misi hidup manuisa ialah untuk menjadi hambanya..
hamba Allah dengan beribadah.

Kita wajib beribadah 24 jam sehari...

Jika kena beribadah 24jam sehari bila masa kita nak makan? minum? kerja sara hidup? Allah ni biar betul..... (marah)

ASPEK IBADAH

Jika difikirkan secara melulu... memang nampak mustahil untuk dilakukan... namun itulah konsep ibadah dalam Islam. Setiap apa yang kita lakukan merupakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan syarat kita ikhlaskan niat itu.

kerja beribadah merupakan pekerjaan "full time" yang mesti dilaksanakan sepanjang hayat. Ianya bukan misi bekerja sebagai "part-time" dan tiada istilah pencen dalam tugas kita selaku hamba Allah.

> Rukun Iman dan rukun Islam adalah akar dan batang bagi pokok itu..

> Ibadat sunat umpama daun-daun yang membekalkan makanan pada pohon Islam kita

> Ibadat umum umpama dahan-dahan besar dan kecil pada pohon Islam..

> Akidah kita dan Iman menjadi akar kepadanya



Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya "bahawasanya Allah suka seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan 'itqan' (elok)" riwayat Al-Baihaqi

Itqan (elok) disini bermaksud bekerja dengan penuh kemahiran, ilmu dan etika yang tinggi kerana kerja yang dianggap sebagai ibadat bukan setakat memenuhi syariatullah tetapi juga sunnatullah.

FORMULA Q1 + Q2 +A = C??

Bagaimana mencapai Itqan dalam bekerja agar kita dapat beribadah 24jam selaku full time muslim??

Manfaatkan ilmu pengurusan (Management). Terdapat satu formula iaitu

Q1 + Q2 + A = C

Sekiranya sesuatu kerja itu dilaksanakan dengan berkualiti (Q1) dan kuantitinya pula banyak (Q2) serta sistem penyampaiannya begitu beradab dan berakhlak (A)... maka selayaknya si pekerja mendapat ganjaran (C) daripada majikannya.

Hukum ini boleh digunakan dalam konsep beribadah dalam kerja atau kerja sebagai satu ibadah.
Cuma majikan dalam konteks ini bukanlah manusia tetapi Allah. Bekerja atas dasar ibadah bukan semata-mata berkehendakan wang dan ganjaran. Keikhlasan adalah harta yang sangat berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya.

Oleh itu... konteks kita selaku pelajar disini juga adalah sama...

moga kita dapat mengamalkannya... kerana ianya kefardhuan...
wallahualam... bissawab..



sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...