Thursday, September 8, 2011

Syawal pelengkap Ramadhan



Petang itu, suasana cukup hening... sayu saja terasa. Kedengaran deruan enjin pesawat yang bakal memulakan perjalannya.. Aku menghantar tetamu yang merupakan sahabatku setelah selama sebulan menjadi tetamu yang sangat ku muliakan dan nantikan. Terasa mutiara jernih panas meniti lurah kerinduan... lalu sahabatku itu mengesatnya dengan dakapan tarbiyah.

"ana pasti akan merinduimu sahabatku.. bilakah lagi kita dapat bertemu?" tanyaku kepadanya.
"Ana juga begitu.. pasti akan merinduimu.. jika tuhanku dan tuhanmu (ALLAH) mengizinkan, insyaAllah kita akan bertemu juga lagi.".

Sahabatku itu meneruskan lagi bicaranya "biarpun ana akan pergi meninggalkan enta dan sahabat yang lain, tapi telah ku tinggalkan taqwa padamu dalam bungkusan al-Qadar. Jika bertemu lagi.. ana akan bawa lagi hadiah seribu bulan itu."

Lapangan terbang Darul Taqwa itu menjadi saksi... kapal terbang itupun berlepas...
Aku dan Syawal melihat dari jauh.... ianya beransur-ansur hilang dari pandangan

"selamat kembali kepada fitrahmu sahabatku. Taqabballahu minna waminkum". "jazakallah khair sahabatku Syawal.."

Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita untuk setahun ini, tangisan para malaikat memenuhi ruang antara langit dan bumi. Syahdu pemergiannya disambut dengan gema kemenangan Syawal..

ketahuilah.... Syawal bukan bermakna mengurangkan ibadat dan kesungguhan kita dalam mematuhi perintah Allah. Bahkan Syawal ialah pelengkap dan penyempurna kepada Ramadhan. Mari kita bermuhasabah diri sebentar......

-adakah masih dapat dilihat manusia yang berpuasa selepas Ramadhan?
-bacaan al-Quran kita meningkat tidak??
-istiqomah pada bulan Ramadhan lalu masih berbaki lagi ka??

Sempurnanya puasa kita itu hanya apabila zakat ditunaikan dan Syawal menjelma. Bukti puasa kita diterima dan sempurna??? InsyaAllah apabila kita dapat mengekalkan bersabar dan istiqomah amalan soleh selepas Ramadhan...

akhir pena...... ana mengajak para pembaca dan diri ini khususnya... marilah kita menunaikan puasa 6 di bulan Syawal yang masih berbaki ini. Marilah bersama-sama berusaha menjadi insan yang sentiasa istiqomah dengan amalan soleh.

sabda Rasulullah s.a.w "wahai sekalianmanusia, hendaklah kamu beramal sekadar mampu, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu yang jemu. Dan sesungguhnya sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit"

Ana mewakili saf kepimpinan Sahabat Masjid Kachi ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... taqabballahu minna waminkum...

Amin ya rabb ar-Rasyid


Thursday, August 11, 2011

Ahlan wasahlan... wahai tetamu yang dirindui lagi Mulia


Bismillah Alhamdulillah......

Assalammualaikm w.b.t sahabt semua dan para pengunjung blog sahabat masjid ini.

Islam itu tertegak di atas lima tiang dan salah satunya ialah PUASA. Allah telah berfirman dalam al-quran surah al-Baqarah ayat 183-184

"puasa diwajibkan keatas kamu sepertimana umat terdahulu melakukannya.. agar kamu bertaqwa"

Allah telah berjanji... Ramadhan itu pada 3 peringkat... seperti gambar perhiasan di atas...
rebutlah peluang itu bagi mendapat redha, keampunan dan kebebasan dari api neraka agar suci bersih diri kita di Syawal yang akan menyusul..

Sesungguhnya Janji Allah itu benar..dan dalam beroleh hak itu... lazimilah solat sunat dan gandakan yang wajib itu dijaga sebaiknya.. Ramadhan bulan lombong pahala.. peluang setahun sekali sahaja..

Keistimewaan yang mathur di bulan ini ialah malam seribu bulan... al-Qadar... bersama kita menyingkap rahsia dan mencarinya.. insyaAllah.

salam Ramadhan daripada ana mewakili saf pimpinan sahabat masjid kachi...


wallahualam...

Friday, May 20, 2011

M!si HiDup ManuSia

Bismillahirahmanirahim....

salam satu akidah kepada semua pembaca yang dirahmati Allah...
sedikit perkongsian daripada sahabat Masjid

Firman Allah : "Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Al-Dhariyat : 56

Melalui ayat yang pendek ini, Allah telah berfirman... tujuan penciptaan Manusia ialah untuk menjadi hambanya. Misi hidup manuisa ialah untuk menjadi hambanya..
hamba Allah dengan beribadah.

Kita wajib beribadah 24 jam sehari...

Jika kena beribadah 24jam sehari bila masa kita nak makan? minum? kerja sara hidup? Allah ni biar betul..... (marah)

ASPEK IBADAH

Jika difikirkan secara melulu... memang nampak mustahil untuk dilakukan... namun itulah konsep ibadah dalam Islam. Setiap apa yang kita lakukan merupakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan syarat kita ikhlaskan niat itu.

kerja beribadah merupakan pekerjaan "full time" yang mesti dilaksanakan sepanjang hayat. Ianya bukan misi bekerja sebagai "part-time" dan tiada istilah pencen dalam tugas kita selaku hamba Allah.

> Rukun Iman dan rukun Islam adalah akar dan batang bagi pokok itu..

> Ibadat sunat umpama daun-daun yang membekalkan makanan pada pohon Islam kita

> Ibadat umum umpama dahan-dahan besar dan kecil pada pohon Islam..

> Akidah kita dan Iman menjadi akar kepadanya



Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya "bahawasanya Allah suka seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan 'itqan' (elok)" riwayat Al-Baihaqi

Itqan (elok) disini bermaksud bekerja dengan penuh kemahiran, ilmu dan etika yang tinggi kerana kerja yang dianggap sebagai ibadat bukan setakat memenuhi syariatullah tetapi juga sunnatullah.

FORMULA Q1 + Q2 +A = C??

Bagaimana mencapai Itqan dalam bekerja agar kita dapat beribadah 24jam selaku full time muslim??

Manfaatkan ilmu pengurusan (Management). Terdapat satu formula iaitu

Q1 + Q2 + A = C

Sekiranya sesuatu kerja itu dilaksanakan dengan berkualiti (Q1) dan kuantitinya pula banyak (Q2) serta sistem penyampaiannya begitu beradab dan berakhlak (A)... maka selayaknya si pekerja mendapat ganjaran (C) daripada majikannya.

Hukum ini boleh digunakan dalam konsep beribadah dalam kerja atau kerja sebagai satu ibadah.
Cuma majikan dalam konteks ini bukanlah manusia tetapi Allah. Bekerja atas dasar ibadah bukan semata-mata berkehendakan wang dan ganjaran. Keikhlasan adalah harta yang sangat berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya.

Oleh itu... konteks kita selaku pelajar disini juga adalah sama...

moga kita dapat mengamalkannya... kerana ianya kefardhuan...
wallahualam... bissawab..



Monday, April 25, 2011

Detiknya kian tiba..



Assalamualaikum.......


Dihitung2, dibilang-bilang.......rupanya detik yg dinanti kian tiba.....Bermain di fikiran,"nak balik umah jap or study dulu or x pyah balik umah lgsg or.......????"Tapi yg pasti ia antara faktor penentu masa dpn kita, ye x???(^_^)


Papun, SAHABAT MASJID KACHI mengucapkan moga sahabat2 selamat semuanya....



  • GOOD LUCK FOR FINAL EXAM!!

  • SALAM IMTIHAN


  • CHAYOK2


  • GAMBATTE


  • JAGA DIRI, JAGA IMAN WALAU DI MANA BERADA.


Ingatlah teman,


study itu amanah,


study itu dakwah,


belajar bkn sebarang belajar,


tapi utk tingkatkan martabat islam,


x kisah dpt sedikit atau banyak,


yang penting usaha dulu.....



buat sahabat yg mengerti indahnya islam: "DAKWAH NO.1 TAPI BELAJAR BUKAN NO.2"


berjaya = usaha + doa + tawakal ++.....


"......SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH KEADAAN SESUATU KAUM SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAN DIRI MEREKA SENDIRI......"


(AR-RA'D:11)


SALAM IMTIHAN..INNALLAHA MAA'NA(SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA)




sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...