Sunday, April 17, 2011

jadilah mentari......

Bismillah..

Salam perjuangan pengunjung blog sahabat masjid sekalian...

Alhamdulillah, dengan izin Allah,dapat juga saya mengangkat tangan ini untuk menukilkan sesuatu sebagai aset dakwah untuk dikongsi bersama teman-teman yang melawat blog ini.
Hari-hari dalam kamus hidup kita selaku hamba yang berjuang mempunyai seribu erti dan makna, dan bagaimana kita memaknakan kehidupan dimuka bumi ini adalah dengan motivasi utama kita iaitu Allah s.w..t. Memotivasikan diri dengan wawasan akhirat dan jannah!! Menjadi matahari yang menyinar buat diri~
**********************
“Antum teruskan la..ana minta cuti buat seketika, jiwa ana perlu dibina..ana ingin beruzlah.” Luah seorang sahabat.

“Susah la macam ni,semua main tolak-tolak, siapa nak handle ni.? Rungut seorang teman.

“Ukhti, ana banyak masalah, orang ber masalah macam ana tidak layak berada dalam gerakan” Rakan meminta simpati.

“Nur,ana kesempitan sekarang, duit 1 sen pun ana takde dalam poket ni” Keluh seorang teman.

“Saya tidak tahu kemana kita semua letakkan keutamaan kita dalam perjuangan ini?” Dengus seorang rakan.

“Kita tak boleh selamanya begini, urusan ummat perlu kita utamakan! Mereka yang lambat sangat ni, kita tinggal je la” laju meluncur kata2 seorang teman.

**********************
Seringkali kita berdepan dengan situasi begini, samaada diri kita sendiri yang menuturkan, ataupun teman-teman seperjuangan yang meluahkan. Ianya mungkin perkara biasa, masalah dalaman kekadang yang menyinggah pada jiwa-jiwa aktivis gerakan. Namun, bagi saya agak merisaukan bila ia dibiar tanpa disuntik motivasi, kerana aktivis gerakan juga manusia biasa. Vitamin berbentuk spirit perlu disuntik ke dalam jiwa aktivis gerakan ini supaya jatuhnya tiada sempat, agar tersadungnya tidak lama kerana menyedari hakikat masa dan umur tidak panjang untuk terus berbakti pada Islam.

uhibbuka fillah............
abadan abada......

unit sahabatpena

Saturday, March 26, 2011

ceramah "warkah cinta haruman syurga"

Assalammualaikm w.b.t kepada pengunjung blog ini. alhamdulillah.... kerana dengan kurnianya dapat kami.. sekretariat sahabat masjid menganjurkan satu lagi program keilmuan..

program ini di beri nama ceramah "WARKAH CINTA HARUMAN SYURGA"... dan sememangnya harum dengan mutiara ilmu yang di curah.....

di bawah adalah suasana sebelum majlis berlansung.... ^^
sahabat masjid kachi membuka kaunter untuk berniaga... di bawah kelolaan unit keusahawanan.
pelbagai produk barangan di jual oleh pihak kami..

tak di lupakan juga kepada sahabat-sahabat lainnya yang turut membantu memeriahkan majlis pada malam tersebut dengan kepelbagaian buku dan barangan jualan.

program "warkah cinta" ini merupakan kelolaan di bawah unit KPI dengan kerjasama Pusat islam.

lihatlah keadaan yang sangat meriah ini.. para pelajar UUM begitu bersemangat dalam menuntut ilmu keagamaan... walaupun ramai peserta yang terpaksa berhimpit dan bersesakan...




hehe.. inilah antara barisan ajk-ajk program yang sangat berdedikasi...


penceramah pada malam tersebut : Ustaz Hisbur Rahman

saudara Mohd Shaharul @ abe mat (ketua exco keusahawanan)

saudara Umar Farid (ketua exco sayangi siswa) bersalaman dengan saudara Firdaus (kanan), pelajar semester 8 jurusan perakaunan

barisan nasyid handalan bukit kachi di bawah kelolaan exco kesenian Islam
dan ustaz Aus selaku pemantau. keep up da gud work sahabat sekalian. duduk tiga dari
kanan ialah saudara Arif (presiden sahabat masjid kachi) bersama mantan unit sahabat pena saudara Fawas.. berada di tengah..


"majlis mengucapkan terima kasih daun keladi..." hehe
pengerusi majlis pada malam ini saudara Aqmarul Azri (ketua exco kebajikan dan akademik)

terbaik di situ sahabatku.....................



akhir sekali.. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar dengan penceramah dan seluruh kakitangan dan ajk-ajk program.....

walaupun penglibatan peserta di luar jangkaan sehingga menyebabkan ruang menjadi padat.. namun alhamdulillah.. mutiara ilmu yang di sampaikan dapat di semai dan di praktikkan oleh peserta mahupun juga ajk-ajk program..

tahniah di ucapkan kepada pengarah program... saudara Wan Khairul Hakim


kepada para pembaca sekalian.... selepas ini akan ada pelbagai lagi aktiviti yang akan di jalankan insyaAllah..

mohon sokongan..

syukran jazilan....

Tuesday, January 4, 2011

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM..

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:


1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.


2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.


3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.


4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.


5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.


6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.


8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.


9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Thursday, July 22, 2010

MENGAPA PERLU BERJEMAAH DI MASJID


Sabda Rasulullah: "Sesunggguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia, sepertimana serigala yang menyerang kambing-kambing yang terpisah dari kumpulannya. Maka hati-hatilah kamu, jangan menyendiri di lembah-lembah tetapi hendaklahmenyertai jemaah dan berada di masjid".

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas : "Demi Keagungan dan KebesaranKu, jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi, lalu Aku melihat mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu (masjid), dan yang saling kasih keranaKu, dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam, maka aku elakkan azab itu dari mereka."

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...