Wednesday, April 2, 2014

Daei' dan Surah As-Saff




Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdullilah wa syukurillah masih lagi dengan izin Allah masih diberi kesempatan untuk menulis disini..  Moga setiap coretan di sini mampu menyentuh hati dan iman.. Peringatan ini adalaah peringatan bersama.. Kali ini suka untuk berkongsi 2 ayat yang amat mendalam maksudnya dari Surah As-Saff... 


Ayat ini ialah ayat 2-3 dari Surah As-Saff. 

Ayat ini bila dibaca terjemahannya bagaikan Allah sedang datangkan satu peringatan kursus buat yang bergelar daei'.. 

Siapa daei'?
Daei' ialah penyeru @ pengajak @ penyampai... Daei' atau pendakwah ini tidak terikat pada ustaz atau ustazah, si serban atau si berpurdah, si kopiah atau si bertudung labuh tapi tugas dakwah ini tugas semua.. Harus difahami bahawa daei' itu adalah semua orang yang telah melafazkan kalimah syahadah ""Asyhadu an lailaha illallahu wa asyha du anna Muhammadar Rasulullah" iaitu Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad utusan Allah... Ini bermakna kamu, kamu dan kamu berhak menyebarkan dakwah ini...


Berbalik pada ayat 2 hingga 3 dari Surah As-Saff ini teramatlah menyentapkan.. Surah As-Saff sebenarnya bila dibaca akan terjemahannya tersangat membawa kepada tersentuhnya hati dan menjentik iman terutamanya buat mereka yang bergelar seorang daei'. 

contoh situasi yang dapat saya kongsikan melalui gambar ini :




Yeaa... memang mudah dan teramatlah senang untuk kita mengeluarkan perkataan.. Apa sahaja mampu kita katakan dan lafazkan tapi sayang sekali kita sukar untuk melakukan apa yang kita katakan.. Contoh dalam situasi bergambar 1 ini.. Kita mengajak orang untuk menjaga ikhtilat tapi sejauhmana ikhtilat kita sendiri ? Jangan pula kita jadi seperti peribahasa melayu, "kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih". Gambar kedua pula, ikhtilat hanya terjaga di alam real tapi tidak dialam maya sedangkan ikhtilat itu harus ada dimana-mana bila berhubung antara lelaki dan perempuan.. Seolah-olah diluar ada yang memerhati tapi tidak di alam maya kerana mungkin tiada siapapun yang akan perhatikan jadi bebas untuk lakukan apa sahaja.. 

Wahai ikhwan wa akhawat,

Ketahuilah bahawa tanggungjawab dakwah ini tersangatlah besar.. Surah As-Saff umpama menyatakan bahawa orang yang berdakwah mesti melakukan apa yang didakwahkannya. Tidak melakukan apa yang dikatakan akan mengundang kebencian dan kemurkaan Allah S.W.T..  Medium dakwah sekarang makin meluas berbagai-bagai ilmu dapat disampaikan pada mad'u contohnya melalui saluran blog, facebook, twitter dan segala bagai yang ada. Jadi, menulislah apa pun andai ia bermanfaat untuk orang lain itu adalah dakwah tapi harus ingat, "tulis serupa bikin" yea..

Tetapi jangan pula menganggap bila tengok ayat ini , taknak dah kata apa-apa nak senyap jea.. Tidak boleh begitu kerana usaha dakwah ini adalah kerja kita.. Berusaha sedaya yang termampu untuk dakwah selebihnya serahkan sahaja kepada Allah.. Dakwah itu tidak memandang siapa yang menyampaikan tetapi apa yang kita sampaikan.



Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan “aku lebih tahu” tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
     Akhir kata, moga kita dapat mencontohi para nabi dan sahabat yang bersusah payah berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam. Semoga yang menulis (saya)  lebih mempraktikkan penulisannya (ini) , begitu juga dengan pembaca... InsyaAllah.. 


Mari bersama berusaha menjadi PENYOKONG Allah! InsyaAllah.. Moga Allah redha akan usaha kita.. InsyaAllah.. Allahuma ameen.. 

Wallahu'alam.. 



Tuesday, March 4, 2014

Coretan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) & Watikah Perlantikkan SMIAS..



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdullilah, wa syukurillah dengan izin dari Allah mampu untuk terus menaip meskipun orang yang menaip silih berganti untuk saban tahun.. InsyaAllah kami selaku Exco Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia yang baru akan meneruskan perjuangan menjadikan pena ini jua salah satu daripada medan dakwah.. InsyaAllah..

Enti kali ini adalah berkaitan "Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)" dan "Majlis Perlantikkan Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2015. Kursus ini telah diadakan pada 27/2/2014-28/2/2014 bertempat di Wang Tepus, Jitra. Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada saff kepimpinan tentang pengurusan organisasi, pelaksanaan gerak kerja, dan juga untuk mengeratkan ukhuwah di antara kepimpinan yang lama dengan yang baru dilantik..

*pemandangan di hadapan tempat penginapan*


Slot pertama kami bermula selepas solat isyak dengan ceramah oleh  Ustaz Yusri Affendi dengan tajuk "Ilmu Dakwah"..


Slot kedua pula diteruskan dengan ucapan mandat dari mantan-mantan..



Pada keesokkan pagi Jumaat diadakan pula slot bersama Ustaz Aus Korni, Penasihat SMIAS bertajuk  "Bahagian Pengurusan Masjid" untuk menerangkan fungsi pusat Islam dan Majid As-Shafie juga gerak kerja aktiviti pada tahun ini..


Slot diteruskan oleh perkongsian dari mantan Baizura dengan tajuk "Ikhtilat"


Selepas itu diteruskan pula dengan slot yang disampaikan oleh mantan Taufiq yang bertajuk "Ukhuwah"..



Selepas solat Jumaat kursus ini diteruskan lagi dengan slot atau aktiviti yang dikendalikan oleh mantan Sakinah Haris..




Slot terakhir kami pada kursus ini adalah "Majlis Perlantikkan Watikah Saff Kepimpinan Baru Sesi 2014-2105... Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua... InsyaAllah dibawah ini senarai nama kepimpinan yang terbaru.. 

MAJLIS TERTINGGI:

Presiden: Ahmad Amirul Bin Awang

Timbalan Presiden 1: Syazwan Bin Hisham

Timbalan Presiden 2: Wan Khadijah Binti Mohamed Zain

Setiausaha Agung: Sarah Syahira Binti Othman

Setiausaha 1: Mohd Samimi Bin Majid

Setiausaha 2: Siti Noraim Binti Abdul Ghani

Bendahari: Syakirah Binti Zulkafali

Penolong Bendahari: Nurain Binti A.Rahman


SENARAI EXCO:

Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah: Muhammad Faiz Bin Makhtar, Nur Afiqah Binti Muhamad Rozi

Lajnah Smart Group dan Dakwah Strategi: Muhammad Yusof Bin Mat Jasin, Aiman Ain Binti Azahar

Lajnah Informasi dan Akademik: Muhamad Ilham Bin Pok Muda, Nur Halinee Ummi Amira Binti Abdul Halim

Lajnah Keusahawanan dan Korporat: Mohammad Fakhrul Adib Bin Othman, Sabilah Binti Sazulkafli

Lajnah Hubungan Luar dan Komunikasi: Nurzaki Fadhli Bin Ridzuan, Saedah Binti Taib

Lajnah Sayangi Siswa: Mohamad Fadhli Syakirin Bin Mohd Jamaluddin, Raja Nur Fatihah Binti Raja Ibrahim

Lajnah Sahabat Pena dan Multimedia: Muhammad Firdaus Bin Saldi, Siti Rohana binti Mohd Ali

*Barisan saff kepimpinan baru sesi 2014-2015 bergambar bersama penasihat Smias, Ustaz Aus Korni*

Salam tahniah dan takziah buat semua yang telah dilantik..


Amanat dah disampaikan..
Amanah dah diberikan..
Sekarang masa untuk jalankan gerak kerja dakwah..

Dipilih untuk bersama-sama dalam gerabak dakwah bukanlah satu kebanggaan sedangkan di sisinya terpikul amanah yang berat yang akan dipersoalkan kelak andai tidak dapat jalankan dengan baik... Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran
 dan kasih sayang pada semua yang terlibat dalam organisasi ini kerana jalan dakwah itu tidak pernah direntangi dengan karpet merah tapi penuh dengan duri-duri yang menanti sebagai ujian..
Teringat ayat cinta-Nya :


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
( Surah Ali-Imran ayat 104)

Ingin diingatkan kembali ketika slot "Ilmu Dakwah" ustaz sempat berpesan :


 "Jangan pernah merasa diri kamu tidak layak untuk berada dalam kerja dakwah kerana kamu adalah insan yang layak yang dah dipilih oleh Allah untuk berada di tempat ini untuk mengantikan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nabi-nabi... Kamu insan yang terpilih, hargailah "



Namun harus ingat, tugas pendakwah adalah menyeru, bukan menghukum dan jangan sekali ingat bahawa hasil dakwah kita itu akan diperolehi dalam masa sehari kerana mungkin kesan dakwah itu terkesan pada sepuluh tahun akan datang .. Siapa tahu kan.. Kerana apa ?Kerana pendakwah itu penyeru bukan pemberi hidayah.. Hidayah itu milik Allah bukan milik manusia.. Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah.


Selamat mengerakkan gerak kerja Islam dengan penuh hamasah dalam diri.. InsyaAllah ,, Allah sedang nilai setiap apa yang sedang kita kerjakan dijalan-NYA.. 












Wednesday, January 22, 2014

VARIASI DAKWAH

BISMILLAH.ASSALAMUALAIKUM.

Kaifa Haluka?
ape khabar saudara seagama dan saudara saperjuanganku.
 maaf jika sudah lama tidak update blog
namun hari ini alhamdulillah sempat untuk diriku 'bercinta' dengan blog ni.
jadi hari ni cuma ingin mengimbau kembali kenangan SMIAS untuk satu sem ini.
Variasi dakwah merupakan satu medium untuk kita bersama-sama memperkenalkan islam kepada umum.
hmmm....dibawah ni ana bawakan beberapa program yang dijalankan olaeh SMIAS UUM.
hello junior welcome senior

imam bilal


bahaya syiah


















 di atas merupakan beberapa program yang dijalankan oleh SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE..
 dalam mengejar redha ilahi terapkan dalam diri kesepakatan dan ukhwah yang berkekalan
kelak hidup bahagia.dunia digapai akhirat kelak mendapat rahmat.
coretan dari hamba ALLAH yang serba kekurangan ^_^
Sekian....wassalam..

Saturday, August 17, 2013

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatul,
alhamdulillah walaupun ramadhan telah berlalu namun ALLAH ingin menambahkan lagi pahala puasa kita dengan menjalankan ibadat puasa enam hari di bulan  syawal.dalam gembira kita menyambut raya jangan dilupa ganjaran yang akan diperolehi bagi yang melaksanakan puasa enam hari ini.
Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

puasa yang dilaksanakan di bulan ramadhan setelah disambung dengan puasa enam ibarat puasa setahun penuh kerana pahala bagi satu kali puasa dAAiberi ganjaran oleh ALLAH sebanyak 10 kali.
bertapa beruntungnya bagi sesiapa yang mengerjakannya
ayuh saudara semuslimku sekalian kita 'upgrade' pahala kita dalam mengejar cinta Allah yang kekal abadi..



Thursday, August 1, 2013

KEMBARA ALAM DAN EKSPLORASI MINDA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN
syukur kepada ALLAH AZZA WAJALLA kerana jaulah kami pada kali ini berjalan lancar dan sempurna...alhamdulillah..
jaulah kami kali ini bertempat di terengganu darul iman.program ini berjalan selama tiga hari dua malam
dalam jaulah kami kali ini memang menemui kelainan dan pelbagai informasi berguna yang diperolehi..
    
antara tempat yang kunjungi adalah air terjun lata tembakah di jertih terengganu. di situ kami menjalankan aktiviti perkhemahan dan mendaki .
alhamdulillah Ya Allah syukur padamu atas segala yang Engkau berikan kepada kami..
Selain itu,pada hari kedua kami berkunjung ke rumah anak yatim di marang, makan angin di pantai chendering dan pada malam pula aktiviti bersama UMT...
dan pada hari terakhirnya,kami berkunjung ke masjid ladang  dan pasar payang...

ilmu diperolehi apabila melalui banyak pengalaman dan pengetahuan..hijrah membawa satu perubahan dalam hidup.hijrah rasulullah membawa sinar islam menjadi gah..hijrah tanpa perjuangan tidak akan membawa apa-apa makna...wassalam..

Wednesday, July 10, 2013

PROGRAM MALAM LANTUNAN MAHABBAH



Pada 22 april yang lalu sahabat masjid Iman As-Syafie telah mengadakan program MALAM LANTUNAN MAHABBAH
program ini diadakan bagi tujuan memperingati junjungan besar nabi muhammad s.a.w.antara pengisian program tersebut adalah seperti:
  •  iftar jamaie 
  •   kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeikh Tayyib Al-MakkI
  • ceramah tausiah mahabbah yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa KaMaL Bin Hamzah
  •  alunan qasidah

sememangnya alunan tersebut penuh kesyahduan dan intonasi yang cukup memukau. Kepelbagaian lagu yang disampaikan menambahkan lagi keasyikkan dan menunjukkan betapa mendalam rasa cinta kepada Baginda S.A.W



kami rindu padamu Ya Rasulullah.Cinta kepadamu tiada bandingan.syafaatmu di akhirat berguna kepada kami.Dalam mengejar redha Allah perbanyakkan sunnah nabi.rahmat dan syafaat peroleh bersama..Ashiteru Wahai Kekasih Allah.

Tuesday, June 11, 2013

BARISAN KEPIMPINAN SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN BULAN KEDUA PENUH KEBERKATAN SELEPAS REJAB

Begitu juga dengan bulan rejab dalam bulan syaaban juga banyak kelebihan yang boleh disyafaatkan.
Allah berfirman:" Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) "       (Al-Taubah ayat 36 ).

 Antara kelebihan bulan syaaban yang banyak diperkatakan adalah seperti:

1.sabda nabi S.A.W:apabila masuk bulan syaaban baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ku atas kamu.(AL-HADIS)

2. sesiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
 
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
 
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
 
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
 
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
 
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
 
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
 
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
 
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
 
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
 
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
 
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
  • Orang yang kekal minum arak
  •  Orang yang derhaka kepada ibubapa
  •  Orang yang kekal dalam zina
  •  Orang yang banyak berkelahi
  •  Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
  • Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
 
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
 
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
 
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
 
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
BULAN SYAABAN
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

 ini adalah antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan.peluang ini cuma datang setahun sekali sahaja.amalan yang soleh dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan di akhirat kelak.wallahualam.selamat beramal^_^

Tuesday, May 28, 2013

Liqo SMIAS di tasik Jitra

Bismillah Alhamdulillah

 Sayyidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata
" Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap
umat ini ialah munculnya orang yang alim pada
lisan tetapi jahil pada hati "

Musim peperiksaan akhir semester kini
dipersimpangan, tekanan demi tekanan baik
daripada assignment, project work, thesis, presentation,
kelas ganti, tutorial, kuiz hatta midsem test pasti
membebani masa mana-mana mahasiswa/i.

Namun itu semua bukan penghalang untuk
mendidik tarbiyyah diri kerana Islam dijadikan
sebagai panduan dalam setiap detik kehidupan.


Alhamdulillah shabab proaktif dalam SMIAS atau nama
kepanjangannya Sahabat Masjid Imam As-Shafie telah
berjaya mengadakan satu lagi liqo santai yang diketuai oleh
akhi Taufiq Johari (timbalan presiden 1 SMIAS).

Pengisian santai liqo ini melibatkan pimpinan tertinggi dan
exco-exco semasa SMIAS 2013-2014 bersama-sama
dengan mantan SMIAS yang lain.

Pengisian dimulakan dengan sesi ta'aruf (berkenalan)
kemudiannya kata-kata dan amanat daripada
mantan-mantan SMIAS.

 [ Pimpinan SMIAS 2013-2014 ]

Alhamdulillah, sedikit perkongsian ilmu
mengenai apa itu syariatullah dan Sunnatullah..
keduanya harus bergerak seiring dalam diri muslim 
seperti diri kita ini.

Ingatlah wahai para dai'e 
dalam memikul beban dakwah ini sememangnya
berat tetapi yakinlah dengan firman Allah dalam surah
Muhammad ayat 7 yang inti patinya mengatakan
dengan menolong agama Allah yakni Islam,
Allah akan memperkukuhkan kedudukannya 
dan membantu dirinya.

oleh itu ayuh!!!
keyakinan kita mesti mantap.

Seusai pengisian ringkas,
Allah kurniakan sedikit lagi rahmat berupa angin
yang kuat bertiup diiringi dengan awan mendung di kaki
langit Jitra. Namun, itu semua tidak memberi
apa-apa mudharat selagi Allah tidak izinkan.




Seterusnya aktiviti santai dan bebas, muslimah
mengupas buah limau bali yang dibeli dan diagih
kepada semua.

ada yang makan bersahaja, ada juga yang cecah 
dengan colek.












[ Uhibbukum fillah, abadan abada ]

mengakhiri kalam dengan bacaan doa, moga Allah
memberkati kita semua..

Bismillahi rahmanirahim...

"segala puji bg Allah tuhan seru sekalian alam,
selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w
beserta keluarga dan para sahabat baginda.

Ya rabbi, jadikanlah diri kami sebagai 
orang yg bersyukur kepadamu,
orang yang berzikir kepadamu,
orang yang bersandar kepadamu,

ya rabbi, terimalah taubat kami
bersihkanlah kesalahan dan dosa kami,
kabulkanlah doa kami,
teguhkanlah langkah kami,
tunjukkan hati kami,
luruskanlah lisan kami dan
sucikanlah kedengkian dan dendam dari hati kami

aaminn ya rabbil alamin".

by : nature mujahid
28/05/13

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

sahabat masjid imam as-syafie sesi 2013/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...